WELCOME TO HELL!!!

WELCOME TO HELL!!!
"Selamat Datang Ke Dunia Penuh Pancaroba"

Tahun baru, azam baru, semangat baru, semuanyalah baru. 2009 dan tahun2 sebelumnya mengajar aku untuk lebih menjadi baik dan cemerlang pada masa sekarang, mungkin belum sebaik orang-orang yang dianggap baik dan cemerlang di sisi masyarakat, namun aku cuba ke arah itu.


Tahun 2010 membawa satu matlamat baru. Fokus aku adalah untuk bersama2 dgn barisan G-TELIAN (istilah yang aku pandai2 buat hehehe) yang lain (yang masih tinggal la senang cerita) untuk mempertahankan kejuaraan UMS di pentas MAKUM. khabar angin yang boleh dipercayai memberitahu yang IPTA lain sudah 'gatal tangan' untuk merampas kembali piala pusingan Teater MAKUM yang UMS miliki sekarang. Berat. Cukup berat. Aku tahu rasanya apabila di pentas MAKUM. Cabarannya kuat. Dulu orang melihat UMS sebagai 'ayam belasan', sekarang 'ayam belasahan' ini hendak dikalahkan pula. Namun harapan bagi diriku dan G-TeLIAN yang lain agar membuktikan kita bukan Jaguh Kampung ataupun kemenangan di MAKUM dulu hanya 'PLUKSHUT' cakap orang sabah.


Tahun ni juga G-TeL mungkin (menunggu surat rasmi untuk kelayakan) untuk menyertai Festival Teater Kebangsaan. Aku tak tahu rasanya di Pentas Kebangsaan. Ini mungkin pertama kali bagiku. Aku rasa bertuah daripada batch yang telah pun menamatkan pengajian di SENI, namun masih dapat menyertai FTK ini (jika layak, doa2kanlah). Ini pengalaman baru yang semestinya tidak akan ku lupakan. Semoga Allah memberkati usaha kita semua, memberi kesihatan, umur yang panjang dan memberi semangat untuk berjaya dalam segala apa jua yang kita lakukan, Selamat Datang 2010, Selamat Datang Festival Teater MAKUM, Selamat Datang Festival Teater Kebangsaan. Nantikan G-TeL UMS mengoncang dunia teater Malaysia, Insya Allah!!!!
signed Daddy Long-Legged author

2 comments:

labah-labah hitam said...

oi sapa kt gtel p kebangsaan hah?

January 6, 2010 at 9:35 AM  
Grup Teater Lab Universiti Malaysia Sabah said...

sori labah2 hitam huhuhu jangan mara ye...ini impian ja harap2 la dapat masuk kebangsaan, semoga keyakinan dapat masuk kebangsaan akan tercapai..kalau xdapat redha ja la huhuhuh (p/s- marilah kita berdoa agar dapat masuk apapun tunggu senarai rasmi ya ni huhuhu)

January 6, 2010 at 10:09 PM  
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates