sem baru, tahun baru, azam baru...

semester telah bermula bermakna semua labah-labah yang pulang telah kembali ke sarang bersama-sama dengan azam yang baru (bukan si azam ya, jgn prasan azam) maksud black sini adalah cita-cita yang baru dan diharapkan antara senarai azam baru itu adalah meningkatkan grup teater lab ke tingkat yang lebih tinggi. apabila terbukanya sem bermakna ahli produksi harus memeningkan kepala sekali lagi untuk meneguhkan semula produksi 'terra rossa' kita...aduh! apa yang lebih memeningkan dua pelakon utama kita sudah pigi praktikal...macamana ni? kerana kita harus bersedia sekali lagi untuk ke peringkat MAKUM yang semestinya lebih dahsyat dan menyengat. semakinlah tension si liza yang selalu kena marah tu...(marah berhasil ndak apa juga, ni penat jak mulut pot-pet)dan pemergian pelakon utama kita itu juga disertai dengan penghijrahan pengarah kita si yoyo (mau buat pelem pulak) walaupun sementara sahaja tetapi mungkin masih meninggalkan kesan kepada mereka yang ditinggalkan bekerja sendiri...tapi itulah dia, disini labah-labah tahun 2 harus membuktikan kemampuan dalam memikul beban yang berat bukan sekadar berharap kepada bakat lakonan sahaja tetapi juga ilmu pengurusan harus dikuasai untuk kebaikan diri dan bersama, apatah lagi musim dekon akan bermula pada bulan april ini semestinya labah-labah tahun 2 akan lebih menerima tekanan ekoran kuantiti batch yang ndak seberapa untuk mengurus dekon yang berprestij itu...apapun black tengok dan lihat jak

Comments

redback said…
labah-labah tahun 2 akan buat yang terbaik untuk menyahut cabaran yang telah diberikan.
mRs NazRi said…
masih teringat lagi teater Pulau Sa & DI dibawah pimpinan Pn Tasia Arlina utk student2 yg ambik minor teater.Tak lupa juga Dunia Di atas ranjang arahan/pimpinan Isa Romtie

Popular Posts