bermain dekon atau dipermainkan dekon?

salam kepada semua lelabah...ketika hari sabtu yang maha cerah dan sedikit terik telah memberikan satu buah fikiran kepada black dan juga menyebabkan black termanggu seketika apabila memikirkan jarak waktu yang hampir kepada pertandingan dekon. apa yang merisaukan black? black tertanya 'kenapa risau'? mungkinkah memikirkan wakil dekon ums kita, atau memikirkan betapa kemenangan (tempat ke-3) pada tahun 2001 dulu tidak lagi pernah berulang. orang sering berkata bukan kemenangan yang dikejar, tapi itu kata-kata bohong seseorang yang mahu menyedapkan hati. bukan apa black terfikir ums lah pembentuk kepada konsep dekon ini tapi bagaimana pula kita yang turut terhanyut dengan konsep tersebut, dengan itu pada mac lalu satu bengkel dekon telah diadakan yang diselenggarakan oleh dua orang tokoh yang dikagumi seperti Marzuki Ali dan Datin sabera untuk menentukan konsep dekon yang harus dijadikan pedoman kepada setiap universiti yang bertanding. masing-masing punya kepakaran tersendiri walaupun apa yang black lihat mereka punya pendirian berbeza mengenai teater namun keduanya dan ums sekali telah memperolehi kata sepakat mengenai pembentukan konsep dekon ini. wah! akhirnya black merasakan satu kelapangan terhadap pembentukan dekon ini yang selama ini black menyemat ideologi lakon dekon itu sendiri di dalam hati (yalah siapalah black)tapi apapun sebagai seorang insan teater ideologi itu harus dikongsi bersama (bukan tunjuk pandai sekadar berkongsi)
untuk mengemukakan definisi dekon itu sendiri rasanya semua anak-anak lelabah sudah faham dan sudah pandai berkata-kata dengan gahnya apa itu dekon yang sebenarnya, namun berapa orang yang cukup memahami bentuk dan konsep dekon itu sendiri? mungkin hanya boleh dibilang dengan jari. well, black pun tak arif sangat tapi berdasarkan pemerhatian dan observasi permainan dekon atau dipanggil dekonis itu secara menyeluruhnya memegang 'total act', untuk memudahkan pemahaman seseorang yang mahu menjadi dekonis adalah lebih baik untuk menggali ilmu lakonan grotowski (walaupun tidak keseluruhan tetapi jika dapat dilakukan maka lahirlah seorang dekonis yang hebat) untuk terjun ke dalam lakonan grotowski itu sendiri pun menjadikan seseorang itu terkucil apatah lagi masuk ke alam dunia lakonan dekonis. pertama-tama yang harus ada pada seorang dekonis (pada pendapat black) adalah pengalaman berlakon, kerana mereka yang sekadar tak lepas asas pasti akan 'tergila' sekejap kerana terkejut dengan gaya berdekon ini yang terkenal payah untuk diselami (berdasarkan beberapa pengalaman dekonis yang lalu)seseorang pelakon dekon itu perlu bijak menggunakan krafnya secara menyeluruh yang bukan sahaja tubuh dan vokalnya tetapi juga setiap bakat keseniannya yang mengalir di dalam tubuhnya. tubuh di sini bukan sekadar menggerak-gerakkan intipati teks tetapi terkadang dekonis perlu menjadi objek atau subjek jika perlu/ menggambarkan suasana/ emosi/ bertukar-tukar watak (yang nyatanya bukan 1 atau 2 watak sahaja)/ bertukar-tukar vokal mengikut watak yang dipegang dan kadangkala menghasilkan efek atau bunyian sebagai iringan kepada lakonannya (termasuklah ciri-ciri seni melayu: gurindam/pantun dll)...kedua; sang dekonis itu harus dalam kejiwaannya memandangkan dekon ini dasar utamanya adalah teks (teks yang cantik nilai bahasa dan putis/ tinggi mutunya) nah! untuk mengangkat teks realisme pun kita masih terkial-kial, jadi harus bagaimana pula menaikkan teks yang dalam isinya, di samping sang dekonis itu juga harus turut bijak mengawal emosi yang pelbagai yang dipotretkan di dalam teks dekon itu sendiri..wah! banyak sungguh kerjanya untuk menjadi seorang dekonis. kerana itu barangkali tempoh masa persembahan dekon itu hanya dihadkan menjadi 30 minit sahaja (bayangkan kalau 1 jam?)
di sini black ingin berkongsi sedikit sebanyak kengkangan dan kesilapan dekonis ketika di atas pentas; kebanyakan dekonis lebih tertumpu kepada teks ataupun pengucapan maka terjadilah lakonan yang diistilahkan 'verbal act'. seperti mana monolog, bakat lakonan itu telah diberatkan di bahu seorang dekonis lebih malang lagi set dan props telah diminimakan, jadi apa yang tinggal hanyalah diri sang pelakon itu sendiri dalam menghasilkan sebuah pementasan yang berkesan. kebanyakan dekonis terlalai mengkspresikan fizikalnya untuk diharmonikan dengan teks, gesture/body language la intipati utama dalam mewarnakan dekon agar ianya tidak menjadi satu persembahan yang hambar dan membosankan; ekspresi wajah/bloking/level/gesture/body language/permainan tubuh (menari,bersilat,akrobatik dll) akan mengindahkan sesebuah lakonan dekon itu. jika dilihat ciri-ciri berikut bukankah teknik tersebut lebih dekat dengan lakonan grotowski?
seterusnya adalah kebijaksanaa penggunaan set/props yang minima; di sinilah letaknya keistimewaan dekon berbanding dengan bentuk teater yang lain. pelakon dituntut menggunakan sepenuh tubuhnya, bergantung harap terhadap setiap urat dan sendi krafnya, jika set/props di letakkan harus digunakan sepenuhnya (bukan sekadar hiasan) yang mana penggunaannya harusla 'multiple'. di sini daya imaginasi sang pelakon dituntut; imaginasi sekeliling (environment)/imaginasi objek (yang tidak wujud/wujud), sebagai contoh kerusi bukan hanya sekadar untuk melabuhkan punggung, juga barangkali boleh dijadikan kenderaan atau apa-apa sekalipun. apa yang sering dilupakan oleh dekonis adalah daya imaginasinya terhadap sekeliling (masa/objek-objek di sekitar yang tidak wujud), memandangkan dekon tidak mempunyai set yang khusus dalam menggambarkan suasana atau periodisasi makanya imaginasi memainkan peranan yang penting. cthnya: suasana di halaman harus diwujudkan suhu kepanasan (waktu) pokok-pokok, bungaan (environment) kicauan burung, bunyi kenderaan (sense).
sungguh menyedihkan dari pandangan black hanya beberapa orang sahaja yang hampir berjaya bermain dekon, yang selebihnya seperti terhanyut dan terbawa oleh permainan dekon itu sendiri. kerana itu ramai kalngan penonton terdiam atau barangkali tertidur ketika menonton dekon dek kerana kebanyakan yang bermain dekon itu masih tidak mampu mengangkat dekon seperti yang sepatutnya.
wah! barangkali selepas membaca tulisan black ini sesiapa pun merasa seram utnuk memegang peranan sebagai dekonis, tetapi suka black ulangi... manusia yang dilahirkan ke bumi ini tiada yang dilahirkan hebat melainkan pengalaman yang diambil daripada sekeliling dan ilmunya, 'lakukanlah sesuatu yang tidak mampu anda lakukan' demikianlah kata-kata azimat grotowski yang sehingga kini sering terngiang di kepala black, yang menjadi inspirasi black dalam mencapai sesuatu yang mustahil/kreatif. yang membezakan kita semua selain ilmu/pengalaman adalah KESUNGGUHAN dalam mencapainya. kepada lelabah, tujuan black menulis ini adalah bertujuan untuk menyemat keazaman dan daya 'push 2 d limit' dikalangan ahli kumpulan. janganlah sentiasa bersyukur kepada apa yang ada kecuali jika anda sudah melakukan pelbagai cara (cara yang zalim tidak termasuk dalam senarai ini) untuk tujuan tersebut. kepada bakal dekonis selamilah ilmu lakonan sedalamnya sebelum anda bermain dekon, jangan biar pula diri anda dipermainkan dekon...

Comments

Popular Posts