WELCOME TO HELL!!!

WELCOME TO HELL!!!
"Selamat Datang Ke Dunia Penuh Pancaroba"
Thursday, May 27, 2010 at 6:57 PM |  




Mencari Wajah Dekon; Akhirnya Ketemu jua di Festival Dekon Makum 2010


22hb Mei 2010, lengkaplah sudah penyertaan 11 buah IPTA mempersembahkan dekon masing2. aku selaku penganjur dekon untuk kali ke 5 ini cukup gembira melihat prestasi kebanyakan kumpulan yang mempersembahkan dekon 2010....masing-masing sudah mula nampak wajah dekon makum yang kita mahu...terima kasih kerana nampaknya penganjuran bengkel dekon sebulan sebelum festival cukup memberikan pulangan yang baik untuk kita semua. sebahagian besar IPTA yang mengikuti bengkel telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam membentuk corak persembahan dekon mereka..hanya beberapa ipta yang tidak sempat menghadiri bengkel yang kelihatannya masih tercari-cari lagi...tak mengapa. Sebagai rakan ipta yang prihatin dengan perkembangan dekon, kita akan menghantar salinan ketetapan dekon yang kita persetujui dalam bengkel untuk mereka hayati dan amalkan di masa akan datang.Ada rakan seni yang mencadangkan agar UMS segera mengorak langkah untuk mempatenkan Dekon ini..aku setuju sangat2 kerana UMS yang memperkenalkan dekon kepada MAKUM.Semestinya UMSlah yang berhak untuk membentuk acuan mengikut keperluan MAKUM.

Malam terakhir pementasan, aku melihat para juri berhempas pulas untuk menentukan juara dekon kali ini. tidak seperti tahun lalu..yang kesudahannya sudah dijangka...aku gembira menyertai dekon kali ini kerana sudah memahami corak dan bentuk dekon...aku harap IPTA lain juga merasakan seperti aku... dekon itu bukan Poor Theatre seperti Grotowski dan bukan juga rich Theatre seperti Anton Chekov dan bukan seperti WestEnd dan Broadway mahupun persembahan PUISIDRA seperti anggapan sesetengah pihak. Tidak sama sekali. dekon tidak menolak ciri-ciri artistik pentas malah menggalakkan seperti penggunaan kesan bunyi dan cahaya. Bunyi yang pelbagai dan pencahayaan yang menarik membantu mengangkat mood dan persembahan. penggunaan peralatan multimedia juga sangat digalakkan sebab ia boleh memberikan kesan dan membina perwatakan plot cerita. penggunaan alat muzik secara langsung juga adalah digalakkan sebagai penyokong cerita dan mood. cuma dekon tidak menggalakkan penggunaan set latar besar dan kostum yang pelbagai bentuk dan warna...cukup sekadar set dan kostum yang bersifat multi-use atau multi-purpose. aku tertarik dengan kata Dekan SENI ketika malam Penutupan Dekon lalu, dia kata `persembahan dekon ini umpama mencampurkan gula dalam kopi...tidak terlalu banyak, dan tidak terlalu sedikit...secukup rasa'. Elemen artistik penting dalam sebuah pementasan dekon, itu yang pasti.

UDM telah berubah sama sekali berbanding tahun 2009. corak persembahan juga menampakkan corak dekon walaupun adakalanya pelakon tersasar dalam membezakan watak. itu perkara biasa untuk sebuah genre yang baru...tapi persembahan mereka mantap dan berkesan. USM dan UMS memang menjadi favourite untuk menjuarai FDM 2010 namun tahun ini adalah tahun UDM. Mereka layak untuk menjadi juara. tak mengapa. yang pasti, aku yakin...tahun 2011 FDM akan lebih sengit lagi.

UNiMAP, USM, UMS, UPSI, UTHM, UTEM dan UKM sudah menampakkan wajah dekonnya dengan jelas, memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan dalam bengkel dekon 2010. Persembahan dekon kali ini jelas menampakkan ciri-ciri tersebut adanya peranan narator yang dibuat oleh dekonis serta memenuhi keperluan dekon iaitu ucap dekonis (dialog), monolog, soliloki dan penerapan corak penanda kesenian melayu.

Kalau dulu USM seringkali dilihat menjadi ikon untuk persembahan dekon. namun kini ia telah berubah. bukan tujuan untuk menafikan USM, tetapi IPTA lain sudah mula menunjukkan saingan kepada USM. Itulah yang kita mahu, persaingan seimbang. bila wajah dekon sudah kelihatan dan difahami oleh peserta maka persaingan menjadi seimbang dan mencabar. itu baru menarik. dekon 2010 bukan hanya didominasi oleh sebuah ipta lagi seperti tahun tahun sebelumnya...kini penentuan dan perjudian menentukan IPTA manakah yang menepati wajah dekon menjadi sukar kerana kebanyakan IPTA telah memahami dekon. juri juga tidak boleh lagi sewenang2nya mengatakan itu atau ini wajah dekon atau IPTA belum memahami wajah dekon kerana kebanyakan IPTA sudah pun memahami konsep dekon itu. terima kasih kepada Pak Marzuki, Datin Sabera dan Mansor (Panel pembentang). tugas juri menjadi lebih sukar kini kerana mereka kena menentukan siapakah yang terbaik dalam mementaskan dekon bukannya menyatakan ini lah wajah dekon atau itu bukan dekon, seperti yang selalu berlaku sebelumnya. juri tidak perlu lagi menjelaskan kepada peserta wajah dekon itu bagaimana..kerana kebanyakan IPTA yang menyertai dekon kali ini sudah boleh melihat wajah dekon yang dimahukan oleh MAKUM. siapapun yang bakal dinobatkan sebagai juara dekon, teruskan usaha menggali seni tradisional bangsa. kerana kita IPTAlah yang dipertanggungjawabkan untuk mencari, mengumpul, dan mengetengahkan kembali seni tradisi masyarakat melayu yang telah dilupakan.

Sekarang ini tanggungjawab aku ialah mempatenkan wajah dekon MAKUM di atas kertas agar ia diiktiraf oleh org seni malaysia dan antarabangsa. tempoh 10 tahun sejak dekon dilahirkan merupakan tempoh yang panjang untuk dibiarkan terus dekon tanpa berbin atau berbinti...masa sudah tiba. MAKUM perlu mendaftarkan dekon ke jabatan pendaftaran....

TAHNIAH UNTUK YANG BERJAYA, kepada yang tidak berjaya, terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan semua dalam mengangkat seni dekon, SENI KITA WAJAH KITA.
signed Daddy Long-Legged

2 comments:

myeyma said...

Tahniah kepada Sekolah Pengajian Seni, UMS selaku pihak penganjur yang masih giat memperkukuhkan wajah dekon kita. Tahniah juga kepada angkatan2 Dekon IPTA yang telah turun bertanding, yang berjaya mahupun yang belum mendapat gelaran juara. Selaku salah seorang yang pernah cuba memahami bentuk dekon sebenar, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang sedaya upaya bergabung dan membentuk diri dekon itu sendiri.

Saya dan rakan2 yang pernah berjinak-jinak mengamati wajah dekon itu tentu saja merasa satu kerugian kerana tidak dapat menonton pertandingan dekon pada tahun ini. Agak rugi bila saya dan rakan2 yang dulu pernah hampir dengan dekon itu tidak berpeluang melihat dengan mata sendiri wajah dekon yang dipamerkan pada pertandingan dekon kali ini yang khabarnya telah menjelaskan dengan sejelasnya bentuk dekon itu. Jika dulu kami sendiri masih kabur dalam membina tiang dekon itu, kini kami mndengar tiangnya semakin kukuh. Moga tahun hadapan kami akan berpeluang juga menonton keutuhan dekon itu tanpa ada lagi kekaburan.

Apapun tahniah kepada semua produksi yang bertanding, serta penganjur yang sentiasa merancakkan industri seni dan budaya kita dalam membentuk sebuah sejarah yang bakal dirujuk oleh pelajar akan datang sebagaimana kami pada masa ini merujuk buku2 sejarah bangsawan, moga nanti ada pula pelajar2 yang akan mencari susur galur kelahiran dekon ini. So, Dr.Andika n da geng, lepas ni bolehlah buat buku dekon pulak..

Apapun, Break a Leg!!! hehe..^_^
Bangga!!!!!.....

***myeymaWORDStoPublish4U2C***

May 27, 2010 at 8:20 PM  
labah-labah hitam said...

thanks myema. akan diusahakan segera penerbitan buku dekon makum..dalam perancangan terdekat...ia berguna untuk semua IPTA dan peminat dekon nanti

May 28, 2010 at 4:31 AM  
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates