Dekon MAKUM 2001 - UMS Pengasas Dekon MAKUM


Terima kasih kepada ahli Grup Teater Lab yang tidak mengenal penat dan lelah, telah berusaha mengangkat satu genre baru dalam sejarah perkembangan teater di Malaysia iaitu Dekon. Biarpun ada di kalangan orang seni yang memandang remeh akan Dekon MAKUM ini, namun usia penganjuran Dekon MAKUM sudah mencecah 11 tahun!

Pada saya, UMS telah mengorak selangkah dengan membuat pilihan yang bijak dengan menganjurkan sebuah festival berprestij yang disertai oleh sejumlah besar IPTA seluruh Malaysia. Tahniah kepada Mantan Dekan SENI Prof Madya Hj INon Shaharuddin Abd Rahman (kini Dekan Sains Sosial) kerana beliau menyokong penuh usaha mengangkat genre ini.

UMS telah mendapat tempat KETIGA dalam penganjuran sulung itu, Johan (UKM) dan Naib Johan (UNIMAS). Suria dari UMS mendapat Dekonis Terbaik. Penganjuran Dekon MAKUM 2001 banyak meninggalkan kenangan manis kepada G-TEL kerana inilah projek Mega anjuran G-tel yang bertahan untuk tempoh 11 tahun. BELUM PERNAH ADA MANA-MANA GRUP TEATER YANG BERJAYA MENCIPTA SEJARAH INI.

Comments

Andy D'Great said…
dah 11 tahun usia FDM ni rupanya..dan G-TEL terus unggul menganjurkannya. belum pernah ada mana-mana grup teater intelektual (IPTA) yang berjaya melaksanakan seperti yang telah dilaksanakan oleh G-TEL.

Kelab Teater Rimba (KTR) sebagai tempat bakat aku dilahirkan... aku ucapkan terima kasih..
tahniah dan teruskan usaha dalam mempergiat seni teater/drama pentas di negeri di Bawah Bayu ini :D
All the best untuk Group G-TEL :D

Popular Posts