WELCOME TO HELL!!!

WELCOME TO HELL!!!
"Selamat Datang Ke Dunia Penuh Pancaroba"



Lahir 22 Disember 1962, seorang pelakon berbangsa Inggeris. Beliau telah muncul dalam beberapa buah filem terkemuka antaranya The English Patient, In Bruges, The Constant Gardener, Strange Days dan Maid in Manhattan.
Beliau juga turut dikenali dalam lakonan watak-watak jahat yang hebat seperti: Amon Goth (penjenayah zaman perang Nazi) dalam filem Schindler's List; pembunuh bersiri Francis Dolarhyde dalam filem 2002 Red Dragon; watak Rameses II dalam The Prince of Egypt; dan Lord Voldemort dalam filem bersiri Harry Potter. Yang terbaru, beliau muncul dalam filem The Reader (2008), In Bruges (2008) The Hurt Locker (2009) dan sebagai Hades dalam filem Clash of the Titans (2010).
Beliau turut memenangi anugerah Tony Award dan turut tercalon untuk anugerah Academy Award sebanyak dua kali. Beliau juga merupakan duta UNICEF UK. Beliau disenangi ramai dan dianggap paling layak untuk menerajui watak Lord Voldemort di dalam filem saga Harry Potter.

Latar Belakang Kehidupannya
Fiennes dilahirkan di Ipswich, anak sulung kepada Jennifer Lash (1938–1993), seorang penulis berketurunan Inggeris/Irish, anak kepada Mark Fiennes (1933–2004), seorang petani dan jurugambar. Bapanya adalah seorang bangsawan iaitu Sir Maurice Fiennes (1907–1994).
Fiennes ada pertalian darah dengan Putera Wales. Beliau adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik, adik- beradiknya juga mempunyai darah seni sepertinya; Joseph Fiennes (Shakespeare in Love, Luther, FlashForward); Martha Fiennes, seorang pengarah di dalam filem Onegin); Magnus Fiennes, seorang komposer; Sophie Fiennes, seorang produser filem; dan Jacob Fiennes, seorang aktivis pecinta alam. Adik angkatnya, Michael Emery, adalah seorang ahli arkeologis. Saudara lelakinya Hero Fiennes-Tiffin turut berlakon di dalam file Harry Potter and the Half Blood Prince sebagai Lord Voldemort ketika muda.
Keluarga Fiennes beroindah ke Ireland pada 1973, menetap di West Cork and County Kilkenny untuk beberapa tahun sebelum berpindah ke Salisbury di England. Fiennes mendapat didikan di Kolej St Kieran selama setahun, kemudian di Newtown School. Di Salisbury , Fiennes menamatkan persekolahannya di sekolah Bishop Wordsworth dan kemudian menyambung pengajian kolejnya di Chelsea College of Art.

Karier
Fiennes mendapat latihan drama di Royal Academy of Dramatic Art. Beliau memulakan karier dalam dunia teater di Open Air Theatre, Regent's Park dan pada lewat 1980an, di National Theatre sebelum menjadi bintang terkenal di Royal Shakespeare Company. Kemunculan Fiennes di layar perak bermula pada 1990-1992 sebagai Heathcliff di dalam Wuthering Heights bergandingan dengan Juliette Binoche, di mana beliau menerima pujian dan diiktiraf lakonannya di seluruh Eropah.
1993 merupakan tahun bertuahnya. Beliau diberikan peranan watak yang besar dalam filem yang penuh kontroversi iaitu The Baby of Mâcon, arahan Peter Greenaway. Tidak lama selepas itu, beliau semakin dikenali melalui filem yang memaparkan lakonannya yang memberangsangkan iaitu filem arahan Steven Spielberg iaitu Schindler's List. Di dalam filem itu, Fiennes terpaksa menambah berat badannya untuk menyesuaikan dirinya dengan watak yang diperannya. Melalui filem ini beliau telah tercalon untuk Anugerah Academy sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Beliau tidak memenangi anugerah Academy tersebut, namun beliau memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di dalam Anugerah BAFTA. Lakonan belaiu sebagai watak Göth dalam filem Schindler’s List turut meletakkan namanya di dalam senarai 50 Pelakon watak Jahat Teratas American Film Institute.


Pada tahun 1994, beliau muncul dengan watak Charles Van Doren, seorang akademia Amerika dalam filem Quiz Show. Tahun 1996 beliau telah dicalonkan sekali lagi dalam Anugerah Academy untuk kategori Pelakon Terbaik bagi filem epik percintaan Perang Dunia Kedua iaitu The English Patient di mana beliau berlakon disamping Kristin Scott-Thomas. Fiennes telah berlakon dalam banyak jenis filem iaitu filem bercorak thrillers (Red Dragon), filem animasi epik (The Prince of Egypt), filem nostalgia (The Avengers), filem komedi romantik (Maid in Manhattan), dan filem sejarah (Sunshine). The Constant Gardener, sebuah lagi filem lakonan beliau tahun 2005. Filem itu dibuat di Kenya, sebuah kawasan miskin di daerah Kibera dan Loiyangalani. Keadaan kemiskinan di situ telah memberi inspirasi kepada produksi ini di mana mereka akhirnya telah membuat satu tabung Dana Khas yang dinamakan Constant Gardener Trust untuk membantu anak-anak penduduk tempatan khususnya di dalam pendidikan asas dan Fiennes adalah penaungnya.


Fiennes melakonkan watak Lord Voldemort di dalam filem bercorak fantasi Harry Potter and the Goblet of Fire (2005). Beliau turut memegang watak yang sama di dalam filem Harry Potter and the Order of the Phoenix dan Harry Potter and the Deathly Hallows, yang telah ditayangkan dalam dua bahagian pada tahun 2010 dan 2011. Walaubagaimanapun di dalam filem Harry Potter and the Half-Blood Prince, di mana terdapatnya babak imbas kembali ketika Voldemort berumur 11 tahun – watak itu telah dilakonkan oleh anak saudara Fiennes iaitu Hero Fiennes-Tiffin.

Lakonan Fiennes dalam persembahan teater Faith Healer (2006), telah mengangkat nama beliau untuk tercalon di dalam Tony Award (2007). Dalam tahun 2008, Fiennes turut terlibat berlakon teater di bawah arahan Jonathan Kent sebagai watak utama di dalam teater Oedipus the King di National Theatre di London. Tahun 2008, beliau telah melakonkan watak sebagai Duke of Devonshire di dalam filem The Duchess, dan watak utama dalam filem The Reader.



Pada Febuari 2009, Fiennes telah dijemput sebagai tetamu khas di Festival Filem Belgrade. Di sana beliau turut berlakon di dalam filem Coriolanus. Di dalam filem The Hurt Locker (2009), Fiennes telah berlakon bersama bersama pelakon terkenal Kathryn Bigelow. Pada April 2010, beliau telah berlakon watak Hades bersama Liam Neeson, yang melakonkan watak Zeus di dalam filem hasilan semula 1981 iaitu Clash of the Titans. .
Fiennes juga dijangka akan muncul dalampembikinan filem adaptasi novel John le Carrél, iaitu Tinker, Tailor, Soldier, Spy, di bawah arahan Tomas Alfredsonn.

Kehidupan Peribadi
Fiennes telah bertemu dengan Alex Kingston, seoorang pelakon berbangsa Inggeris, ketika kedua-duanya masih menuntut di Royal Academy of Dramatic Art. Selepas menjalinkan percintaan selama 10 tahun, mereka berkahwin pada tahun 1993. Namun usia perkahwinan itu tidak panjang dan mereka bercerai pada tahun 1997. Pada tahun 1995, Fiennes menjalinkan hubungant dengan Francesca Annis, pelakon teater yang ditemui ketika berlakon bersama di dalam teater Hamlet. Selepas 11 tahun bersama, mereka berpisah pada Febuari 2006.

Pada tahun Febuari 2007, seorang petugas kapalterbang Qantas dalam penerbangan dari Sydney, Australia ke Mumbai, India telah mendapati Fiennes keluar dari tandas kapalterbang bersama seorang pramugari Qantas Lisa Robertson berusia 38 tahun. Fiennes mengaku telah mengadakan hubungan seks dengan Lisa Robertson walaupun pada awalnya menafikan perbuatan tersebut.. dikatakan ketika itu Fiennes sedang dalam lawatan rasminya sebagai duta UNICEF ke Mumbai untuk menyertai Kempen Kesedaran Mengenai AIDS! UNICEF mengekalkan tugas Fiennes manakala Lisa Robertson telah dibuang kerja!

Hasil Kerja
Filem
1990 A Dangerous Man: Lawrence After Arabia T. E. Lawrence
1991 Prime Suspect Michael (a victim's boyfriend) Television series
1992 Emily Brontë's Wuthering Heights Heathcliff
1993 The Baby of Mâcon The Bishop's son
1993 Schindler's List - Amon Göth
• BAFTA Award for Best Actor in a Supporting Role
• Boston Society of Film Critics Award for Best Supporting Actor
• Chicago Film Critics Association Award for Best Supporting Actor
• Dallas-Fort Worth Film Critics Association Award for Best supporting Actor
• London Film Critics' Circle Award for Best British Actor
• National Society of Film Critics Award for Best Supporting Actor
• New York Film Critics Circle Award for Best Supporting Actor
• Nominated – Academy Award for Best Supporting Actor
• Nominated – Golden Globe Award for Best Supporting Actor – Motion Picture
• Nominated – MTV Movie Award for Best Breakthrough Performance

1994 Quiz Show Charles Van Doren
1995 Strange Days Lenny Nero Nominated – Saturn Award for Best Actor
1996 The English Patient Count László de Almássy. Nominated – Academy Award for Best Actor
• Nominated – BAFTA Award for Best Actor in a Leading Role
• Nominated – Golden Globe Award for Best Actor – Motion Picture Drama
• Nominated – Satellite Award for Best Actor - Motion Picture Drama
• Nominated – Screen Actors Guild Award for Outstanding Performance by a Male Actor in a Leading Role
• Nominated – Screen Actors Guild Award for Outstanding Performance by a Cast in a Motion Picture
1997 Oscar and Lucinda Oscar Hopkins
1998 The Avengers - John Steed
• Nominated – Razzie Award for Worst Actor
• Nominated – Razzie Award for Worst Screen Couple (with Uma Thurman)
1998 The Prince of Egypt - Rameses II
• Nominated – Annie Award for Outstanding Individual Achievement for Voice Acting in an Animated Feature Production
1999 Sunshine Ignatz Sonnenschein - Adam Sors Ivan Sors
• European Film Awards for Best European Actor
• Nominated – Genie Awards for Best Performance by an Actor in a

Leading Role
1999 Onegin Evgeny Onegin Also executive producer
1999 The End of the Affair
Maurice Bendrix • Nominated – BAFTA Award for Best Actor in a Leading Role
• Nominated – London Film Critics' Circle Award for Best British Actor
2000 The Miracle Maker Jesus Christ
2002 Spider Dennis "Spider" Cleg • Nominated – European Film Award for Best European Actor
• Nominated – London Film Critics' Circle Award for Best British Actor
2002 The Good Thief Tony Angel Uncredited
2002 Red Dragon Francis Dolarhyde
Nominated – Saturn Award for Best Supporting Actor
2002 Maid in Manhattan - Christopher Marshall
Nominated – Teen Choice Award for Choice Movie Liplock
2005 The Chumscrubber - Mayor Michael Ebbs
2005 Chromophobia Stephen Tulloch
2005 The Constant Gardener - Justin Quayle
• Evening Standards British Film Award for Best Actor
• London Film Critics' Circle Award for Best British Actor
• Nominated – BAFTA Award for Best Actor in a Leading Role
2005 Wallace & Gromit: The Curse of the Were-Rabbit
Lord Victor Quartermaine Nominated – Annie Award for Best Voice Acting in an Animated Feature Production
2005 The White Countess - Todd Jackson
2005 Harry Potter and the Goblet of Fire - Lord Voldemort
Nominated – MTV Movie Award for Best Villain
2006 Land of the Blind Joe
2007 Harry Potter and the Order of the Phoenix - Lord Voldemort
2007 Bernard and Doris - Bernard Lafferty
• Nominated – Primetime Emmy Award for Outstanding Lead Actor – Miniseries or a Movie
• Nominated – Golden Globe Award for Best Actor – Miniseries or Television Film
• Nominated – Satellite Award for Best Actor – Miniseries or Television Film
• Nominated – Screen Actors Guild Award for Outstanding Performance by a Male Actor in a Miniseries or Television Movie
2008 In Bruges
Harry Waters Nominated – British Independent Film Award for Best Supporting Actor
2008 The Duchess
William Cavendish, 5th Duke of Devonshire
• Nominated – British Independent Film Award for Best Supporting Actor
• Nominated – Golden Globe Award for Best Supporting Actor – Motion Picture
• Nominated – Irish Film and Television Award for Best International Actor
• Nominated – London Film Critics' Circle Award for Best British Actor
2008 The Reader Older Michael Berg
2009 The Hurt Locker
Contractor Team Leader • Gotham Independent Film Award for Best Ensemble Cast
• Washington DC Area Film Critics Association Award for Best Ensemble
2010 Cemetery Junction - Mr Kendrick
2010 Clash of the Titans - Hades
2010 Nanny McPhee and the Big Bang - Lord Gray
2010 Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1 - Lord Voldemort
2010 The Wildest Dream - George Mallory
2011 Coriolanus - Coriolanus

Also director and producer
2011 Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 2 - Lord Voldemort
2012 Wrath of the Titans - Hades

Pementasan Teater
• Twelfth Night by William Shakespeare (1985) – Role: Curio – Directed by Richard Digby Day – New Shakespeare Company – Open Air Theatre in Regent's Park, London
• A Midsummer Night's Dream by William Shakespeare (1985) – Role: Cobweb – Directed by Toby Robertson – New Shakespeare Company – Open Air Theatre in Regent's Park, London
• A Midsummer Night's Dream by William Shakespeare (1986) – Role: Lysander – Directed by David Conville and Emma Freud – New Shakespeare Company – Open Air Theatre in Regent's Park, London and New Shakespeare Company's European Tour
• Romeo and Juliet by William Shakespeare (1986) – Role: Romeo – Directed by Declan Donnellan – New Shakespeare Company – Open Air Theatre in Regent's Park, London
• Six Characters in Search of an Author by Luigi Pirandello (1987) – Role: Son – Directed by Michael Rudman – National Theatre's Olivier Theatre, London
• Fathers and Sons by Ivan Turgenev (1987) – Role: Arkady Nikolayevich Kirsanov – Directed by Michael Rudman – National Theatre's Lyttelton Theatre, London
• Ting Tang Mine by Nick Darke (1987) – Role: Lisha Ball – Directed by Michael Rudman – National Theatre's Cottesloe Theatre, London
• Much Ado About Nothing by William Shakespeare (1988) – Role: Claudio – Directed by Di Trevis – Royal Shakespeare Theatre, Stratford-upon-Avon
• The Plantagenets: Henry VI, The Rise of Edward IV, Richard III His Death by William Shakespeare (1988–1989) – Role: Henry VI, ghost of Henry VI – Directed by Adrian Noble – Royal Shakespeare Theatre, Stratford-upon-Avon and Barbican Theatre, London
• King John (1989) by William Shakespeare – Role: Dauphin – Directed by Deborah Warner – The Other Place Theatre, Stratford-upon-Avon and The Pit Theatre, London
• The Man Who Came to Dinner by Moss Hart and George S. Kaufman (1989) – Role: Bert Jefferson – Directed by Ron Gene Saks – The Royal Shakespeare Company – Barbican Theatre, London
• Playing with Trains by Stephen Poliakoff (1989) – Role: Gant – Directed by Ron Daniels – The Royal Shakespeare Company – The Pit Theatre, London
• Troilus and Cressida by William Shakespeare (1990) – Role: Troilus – Directed by Sam Mendes – The Royal Shakespeare Company – Swan Theatre, Stratford-upon-Avon
• King Lear by William Shakespeare (1990) – Role: Edmund – Directed by Nicholas Hytner – The Royal Shakespeare Company – Royal Shakespeare Theatre, Stratford-upon-Avon
• Love's Labour's Lost by William Shakespeare (1991) – Role: Berowne – Directed by Terry Hands – The Royal Shakespeare Company – Royal Shakespeare Theatre, Stratford-upon-Avon and Barbican Theatre, London
• Hamlet by William Shakespeare (1995) – Role: Hamlet, with Francesca Annis as Gertrude – Directed by Jonathan Kent – The Almeida Theatre Company – Hackney Empire, London and Belasco Theatre on Broadway, NY
• Ivanov by Anton Chekhov translated by David Hare (February–April 1997) – Role: Ivanov – Directed by Jonathan Kent – The Almeida Theatre Company – Almeida Theatre, London
• Coriolanus by William Shakespeare (2000) – Role: Coriolanus – Directed by Jonathan Kent – The Almeida Theatre Company – Gainsborough Film Studios in Shoreditch, London and BAM Harvey Theatre in Brooklyn, New York City
• Richard II by William Shakespeare (2000) – Role: Richard II – Directed by Jonathan Kent – The Almeida Theatre Company – Gainsborough Film Studios in Shoreditch, London and BAM Harvey Theatre in Brooklyn, New York City
• The Play What I Wrote by Hamish McColl, Sean Foley and Eddie Braben (2001) – Role: Sir Ralph Fiennes – Directed by Kenneth Branagh – The Duo The Right Size – Wyndham's Theatre, West End
• The Talking Cure by Christopher Hampton (2003) – Role: Carl Jung – Directed by Howard Davies – National Theatre's Cottesloe Theatre, London
• Brand by Henrik Ibsen (2003) – Role: Brand – Directed by Adrian Noble – The Royal Shakespeare Company – Swan Theatre, Stratford-upon-Avon and Theatre Royal Haymarket, West End
• Julius Caesar by William Shakespeare (2005) – Role: Mark Anthony – Directed by Deborah Warner – Barbican Centre, London & tour
• Faith Healer by Brian Friel (2006) – Role: Frank Hardy – Directed by Jonathan Kent – Gate Theatre, Dublin and Booth Theatre on Broadway, New York City
• First Love by Samuel Beckett – Sydney Festival 2007
• God of Carnage by Yasmina Reza (2008) – Role: Alain Reille – Gielgud Theatre, West End
• Oedipus the King by Sophocles (2008) – Role: Oedipus – National Theatre, London

Anugerah dan Pencalonan
Anugerah
• 1993 – New York Film Critics Circle Award for Best Supporting Actor – Schindler's List
• 1994 – BAFTA Award for Best Actor in a Supporting Role – Schindler's List
• 1994 – NSFC Award, DFWFCA Award, and CFCA Award for Best Supporting Actor – Schindler's List
• 1995 – ALFS Award for British Actor of the Year – Schindler's List
• 1995 – Tony Award for Best Actor – Hamlet
• 1999 – European Film Award for Best Actor – Sunshine
• 2005 – Krzysztof Kieślowski Award for his body of work as a thespian
• 2006 – Honorary Fellowship of UCD Dramatic Society for services to theatre
• 2007 – Spike TV's 2007 Scream Awards for Most Vile Villain – Harry Potter and the Order of the Phoenix
• 2007 – The James Joyce Award of the Literary and Historical Society.
Pencalonan
• 1994 – Academy Award for Best Supporting Actor – Schindler's List
• 1994 – Golden Globe for Best Performance by an Actor in a Supporting Role in a Motion Picture – Schindler's List
• 1994 – MTV Movie Award for Best Breakthrough Performance – Schindler's List
• 1996 – Screen Actors Guild Award for Outstanding Performance by a Cast – The English Patient
• 1997 – Academy Award for Best Actor in a Leading Role – The English Patient
• 1997 – BAFTA Award for Best Performance by an Actor in a Leading Role – The English Patient
• 1997 – Golden Globe and Satellite Award for Best Performance by an Actor in a Motion Picture – Drama – The English Patient
• 1999 – Annie Award for Outstanding Individual Achievement for Voice Acting in an Animated Feature Production – The Prince of Egypt
• 2000 – BAFTA Film Award for Best Performance by an Actor in a Leading Role – The End of the Affair
• 2000 – Genie Award for Best Performance by an Actor in a Leading Role – Sunshine
• 2001 – ALFS Award for British Actor of the Year – The End of the Affair
• 2003 – Saturn Award for Best Supporting Actor – Red Dragon
• 2003 – Teen Choice Award – Choice Movie Liplock (shared with Jennifer Lopez) – Maid in Manhattan
• 2006 – BAFTA Award – Best Actor – The Constant Gardener
• 2006 – Annie Awards – Best Voice/Animation – Wallace & Gromit – Curse of the Were-Rabbit
• 2006 – MTV Movie Awards – Best Villain – Harry Potter and the Goblet of Fire
• 2008 – Golden Globe Award for Best Supporting Actor – The Duchess
signed Daddy Long-Legged
Setelah berjempas pulas selama sebulan untuk semester pendek, pelajar teater yang mengikuti kursus sinografi berusaha menyiapkan model set berdasarkan kajian teks naskah-naskah penulis Sabah. Berikut ini adalah hasil model set oleh pelajar teater tahun 3 2011.

1. Mohd Firdaus

2. Betroychiper

3. Rai

4. Nisma

5. Amizah

6. Atikah

7. Wan

8. Joe

9. Aisyah
signed Daddy Long-Legged
Wednesday, July 6, 2011 at 8:05 PM | 0 comments  
DRAMA?

BERKENALAN DENGAN DRAMA

1. Kata "drama" berasal dari bahasa Yunani DRAOMAI (Dromenon) yang berarti berlaku
seperti ..., berbuat seperti ..., beraksi seperti ..., dan bertindak
seperti ... .

2. Dran (Yunani)- Melakukan

3. Aristotle (4SM) Mimesis – Peniruan aksi

4. Salah satu cabang kusasteraan yang ditulis di dalam bentuk dialog bukan naratif.

5. Kisah atau kejadian yang membabitkan kesan emosi akibat daripada perihal tentang
manusia dan kemanusian.

PENGALAMAN DRAMATIK

- Perlakuan sesuatu (Perbuatan)- melihat perlakuan orang lain
- Kejadian sesuatu (Kemalangan)
- Peristiwa biasa (Lawatan, belajar,…)- Pengalaman baru
- Menghadapi situasi yang sukar – Bangun lewat ada temujanji.

SESUATU YANG MEMPUNYAI NILAI DRAMATIK BERASASKAN KEPADA PERTENTANGAN DUA NILAI (Negatif dan positif)) SEHINGGA BOLEH MELAHIRKAN CETUSAN EMOSI DAN PERASAAN INGIN TAHU APA YANG BERLAKU SETERUSNYA


CIRI-CIRI ASAS MEMBENTUK DRAMA :

SITUASI - Latar tempat/ masa/zaman
MASALAH - Emosi/ Tekanan/Penindasan
PENYELESAIAN - Perancangan
(DIBENTUK MENJADI SEBUAH CERITA LENGKAP


Bentuk Cerita :
- Skrip (Naskhah Lakon)
- Senario
- Story Board
- Komik

DI PERSEMBAHKAN :
- Pentas
- Radio
- TV
- Media baru
- Filem
- Pembacaan
- Bercerita

DRAMA MENGANDUNGI CIRI-CIRI
1. Plot
2. Watak
3. Bahasa
4. Pemikiran
5. Muzik
6. Kekaguman
7. Konvensi


STRUKTUR DAN ORGANISASI DAN ORGANISASI AKSI DI DALAM LAKON-PENTAS/DRAMA

1. PLOT
- Menentukan aksi berdasarkan kepada SEBAB dan AKIBAT berpunca daripada
kejadian atau peristiwa yang dibina.

- Mengatur Aksi-aksi terpilih

- Masuk dan keluar watak-watak

- Perlakuan fizikal

- Berbentuk naratif

Plot dapat diterangkan di dalam keadaan seperti berikut:

Aturan kronologi

Imbas kembali / Imbas hadapan


Gambaran bentuk plot secara tradisinya adalah berbentuk piramid:
Bentuk Aristotle dan bentuk Gustav Freytag.













signed Daddy Long-Legged
Oleh
DR. ANDIKA AZIZ HUSSIN

Pengenalan
Sebuah pementasan tidak kira sama ada pementasan teater, opera, ballet atau konsert boleh dipersembahkan di mana-mana sahaja. Apa yang diperlukan hanyalah sekumpulan pelakon dan penonton. Namun, kehadiran atau kewujudan elemen tambahan seperti set, prop dan pencahayaaan bukan sahaja akan memperkayakan lagi bentuk persembahan malahan turut memperkayakan mutu lakonan pelakon dan meningkatkan nilai estetika penonton yang menyaksikan pementasan tersebut. Namun dalam pementasan dekon, penggunaan set latar, prop yang besar, penggunan kostum yang pelbagai dan berwarna-warni serta hiasan rias yang menarik bukan menjadi satu keutamaan yang besar. Elemen visual tersebut bukan tidak perlu tetapi ia tidak menjadi suatu kemestian sepertimana di dalam pementasan teater. Dekon tidak terlalu bergantung kepada elemen visual seperti yang dinyatakan itu tetapi lebih bergantung kepada keupayaan pelakon tersebut. Pelakon dekon yang juga disebut sebagai dekonis berbeza dengan pelakon dalam sebuah teater. Dekonis tidak memeran sesuatu watak yang khusus atau tertentu. Ia berupaya memerankan pelbagai watak dalam satu situasi yang tertentu. Seorang dekonis juga haruslah berkeupayaan dan serba boleh; menyanyi, menari, berlakon dan sebagainya tertakluk kepada keperluan dan kehendak skrip dekon; naratif/prosa, dialog, monolog dan soliloki.
Walaupun begitu, untuk menafikan terus ketidakperluan kepada elemen visual adalah satu kesalahan dalam pementasan pentas. Setiap bentuk persembahan pentas memerlukan penataan pencahayaan tersendiri. Elemen pencahayaan dalam seni pementasan khususnya dekon, selain daripada bertujuan untuk menerangi tubuh dan wajah pelakon-pelakonnya, ia turut memainkan peranan sebagai agen dramatik dalam teater, mengawal dan menarik perhatian, melakar dan membentuk imej, menyalur maklumat mengenai masa dan tempat, menyumbang kepada pengkayaan teknik dan mood serta menyampaikan idea-idea. Teknikal pencahayaan di dalam dekon tidaklah perlu serumit dalam pementasan teater. Ia hendaklah seringkas yang mungkin tetapi tidaklah sampai menjejaskan kualiti dan konsep dekon itu sendiri. Ringkas tetapi mampu menampilkan mood, warna dan kehidupan kepada lakonan tersebut. Peranan pencahayaan dekon perlu bukan sahaja untuk tujuan hiburan semata malah ia sebagai satu cara untuk memberikan ‘nyawa’ kepada persembahan dekon.

Fungsi Pencahayaan Pentas
Keindahan dalam pementasan hanyalah satu elemen kecil dan bukan satu keutamaan dasar. Namun begitu pencahayaan dalam pementasan dekon mestilah dibuat secara teratur dan sistematik. Pencahayaan tersebut tidak boleh dibuat sesuka hati dan sekadar untuk mencantikkan pentas dan persembahan sahaja. Pencahayaan dekon mempunyai fungsi dan tatacara tertentu yang perlu difahami dan dipatuhi. Terdapat enam fungsi pencahayaan dekon dalam pementasan; kejelasan, mood, komposisi, fokus, kesatuan dan kredibiliti.

Kejelasan (Visibility)
Kejelasan bermaksud kemampuan melihat secara jelas apa yang berlaku di atas pentas. Namun itu bukan bermakna setiap sudut pentas atau pelakon itu mesti disinari oleh cahaya sepanjang masa. Memadai hanya menyinari sebahagian runag atau pelakon tertentu sahaja mengikut keperluan skrip dan sutradara. Kejelasan tertakluk juga dan bergantung kepada tahap ilmunisasi yang digunakan. Ini bergantung kepada kehendak skrip dan mood yang diperlukan. Dalam persembahan dekon, cahaya yang digunakan itu mestilah mampu menerangkan susuk tubuh dan wajah pelakon mengikut keperluan dan kesesuaian naskah. Hanya ruang yang digunakan untuk lakon sahaja yang harus diterangi, sementara ruang lain boleh sahaja disuramkan atau digelapkan.

Mood dan Komposisi
Mood merujuk kepada kesan emosi hasil stimulasi olek kualiti, warna dan komposisi pencahayaan yang digunakan. Sementara komposisi pula adalah gubahan gambaran persembahan yang diciptakan oleh pencahayaan hasil gabungan bersama dengan pelakon-pelakon, set, prop, kostum dan rias. Dalam persembahan dekon, pemilihan warna cahaya itu bergantung kepada keperluan dan mood persembahan lakon itu sendiri. Yang penting ialah bagaimana komposisi cahaya itu dihasilkan menentukan corak penghasilan lakonan dekon tersebut.

Fokus
Fokus dapatlah dimaksudkan sebagai kemampuan pencahayaan yang dipancarkan untuk menarik perhatian penonton terhadap apa yang ingin ditonjolkan baik pelakon mahupun ruang tertentu. Ia boleh dilakukan dengan memberikan mood dan gabungan komposisi warna yang sesuai pada ruang atau pelakon yang mahu difokuskan.

Kredibiliti
Kredibiliti melibatkan kemampuan pencahayaan mewujudkan kepercayaan sementara penonton terhadap situasi yang dipaparkan di atas pentas. Ini bukan bermakna situasi dramatic tersebut mesti dihasilkan secara realistic. Contohnya, skrip memerlukan latar suasana yang gelap gelita di dalam bilik, maka di atas pentas tidaklah boleh digelapkan sahaja ruang lakonan sebagai memenuhi kehendak skrip. Perlu dipancarkan kualiti cahaya yang sesuai agar penonton dapat melihat aksi yang terhasil atau apa jua yang perlu dilihat penonton. Ini berbalik semula kepada fungsi visibiliti tadi.

Kesatuan
Kesatuan melibatkan kemampuan pencahayaan menggabungjalinkan stail, warna dan lain-lain elemen dalam produksi; set, prop, kostum dan rias. Sistem penggubahan pencahayaan seperti yang telah sedia maklum akan hanya boleh dilaksanakan apabila semua elemen lain seperti yang dinyatakan sebelum ini telah berjaya disatukan dan disiapkan. Semua fungsi yang dinyatakan itu memberikan kesan yang besar kepada pementasan sama ada ia dirancang ataupun tidak. Walau bagaimanapun, fungsi-fungsi ini digunakan termasuklah kuantiti pencahayaan, sudut arahan, pergerakan, warna dan kuantiti pencahayaan. Kuantiti tersebut sebagai intensity yang menjelaskan tentang tahap kuantiti cahaya yang digunakan. Kuantiti cahaya yang digunakan bakal menghasilkan kuantiti terang atau suram sesuatu objek yang dipancarkan cahaya ke arahnya. Ini boleh terhasil bergantung kepada jenis lampu yang digunakan, susun letak lampu, media warna yang digunakan atau lain-lain aksesori yang dipakai bersamanya.

Sudut Arah
Sudut arah atau direction merujuk kepada sudut di mana pencahayaan itu dipancarkan di atas pentas. Susun letak lampu baik di hadapan, sisi, bawah, atas atau belakang pelakon memberikan kesan yang berbeza. Kedudukan ini bakal menentukan atau mengubah bentuk tiga dimensi pelakon atau objek tersebut.

Pergerakan
Pergerakan melibatkan apa jua perubahan cahaya bagi menggambarkan pergerakan suasana dalam pementasan seperti terang dan gelap, perubahan waktu dan sebagainya. Sebarang perubahan cahaya akan menimbulkan keadaan suasana yang memberikan kesan kepada penonton.

Warna
Penggunaan warna memberikan kesan yang besar kepada mood persembahan. Penggunaan warna memberikan interpretasi berbeza terhadap mood dan situasi yang digambarkan. Contohnya, warna biru yang melambangkan kesayuan, mimpi dan sebagainya.

Tekstur
Ia melibatkan variasi kualiti cahaya yang digunakan. Iluminasi boleh sahaja bersifat lembut atau terfokus kepada keperluan persembahan. Penghasilan tekstur cahaya melibatkan pengawalan kuantiti pencahayaan yang digunakan. Ini boleh terhasil dengan penggunaan penapis atau filter dan jenis lampu.

Rekaan di dalam Pencahayaan Dekon

Setiap fungsi yang telah dinyatakan sebelum ini boleh dicapai dengan pelbagai cara. Dalam rekaan pencahayaan, perkara yang paling dasar yang perlu difahami untuk rekaan pencahayaan ialah susun letak peralatan lampu yang digunakan, warna yang digunakan dan lain-lain kesan khas yang dipakai. Untuk memahami konsep rekaan dalam system pencahayaan dekon, perlulah difahami terlebih dahulu istilah-istilah yang digunapakai untuk menyesuaikan kedudukan lampu.

High angle – merujuk kepada kedudukan peralatan lampu yang diletakkan secara sudut menegak 60 darjah atau lebih dari kedudukan kepala/muka pelakon.

Low-angle – merujuk kepada peralatan lampu yang diletakkan secara menegak antara 25 ke 30 darjah dari kedudukan kepala/muka pelakon.

Backlight – peralatan lampu yang diletakkan menegak di belakang kepala pelakon dalam kedudukan high-angle antara 60 ke 75 darjah. Ia menghasilkan baying yang pendek di hadapan pelakon tersebut.

Downlight – peralatan lampu yang biasanya diletakkan tepat di ats kedudukan kepala pelakon dan cahaya terus ke bawah. Ia menghasilkan kesan baying yang agak dalam pada wajah pelakon terutamapada bawah mata dan bawah hidung.

Pencahayaan Sisi (Sidelight) – peralatan lampu yang diletakkan di sisi kiri atau kanan pelakon. Kedudukan lampu tersebut boleh sahaja diletak pada kedudukan high-angle 45 ke 60 darjah, sama paras dengan pelakon atau berdekatan dengan lantai pentas.


Teknik Pencahayaan Dekon di Pentas Proscenium

Pementasan menggunakan pentas proscenium bakal menuntut penggunaan rekaan pencahayaan yang berbeza dengan pementasan yang dibuat di dalam pentas arena. Sistem pencahayaan yang diperkenalkan oleh Prof. Stanley McCandless menghasilkan teknik pencahayaan McCandless telah dipilih, namun ia bukanlah dianggap sebagai sistem yang terbaik untuk digunapakai, tetapi cukup untuk menjadi topic kajian tentang teknikal pencahayaan dekon. Pencahayaan McCandless menjelaskan teori penggunaan sudut dan warna dalam pencahayaan. Warna melibatkan penggunaan warna cool untuk satu sudut dan warna warm untuk satu sudut yang lain. Merujuk kepada system ini terdapat beberapa tatacara projeksi pencahayaan seperti:

Pencahayaan Tunggal (Single-Point Lighting)

Bagi kumpulan produksi yang kekurangan kemudahan pencahayaan, peralatan lampu yang digunakan hanyalah bertujuan menerangi sudut ruang atau pelakon tertentu sahaja. Pencahayaan Tunggal atau Single Point Lighting secara umumnya bermaksud satu lampu digunakan untuk menerangi setiap sudut kawasan lakon yang diperlukan. Namun, dalam konteks yang lebih luas ia bermaksud satu sudut pencahayaan untuk satu kawasan. Seleksi sudut pencahayaannya mestilah dilakukan dengan teliti kerana satu lampu perlu memainkan peranan yang besar. Lampu perlu diletakkan terus di hadapan ruang lakon pada sudut menegak 45 ke 60 darjah bagi menghasilkan pencahayaan yang ‘natural’ (baying yang normal). Sudut pilihan ini bagi mengelakkan baying yang terhasil tidak jatuh pada set atau bertindan dengan bayang pelakon lain. Semakin rendah sudut pilihan itu maka bayang yang terhasil juga akan lebih ketara. Sudut pilihan 30 darjah menghasilkan dua ‘persembahan’ pelakon dan bayangnya. Jika sudut pilihan melebihi 60 darjah, bayang pada wajah dan tubuh pelakon akan tenggelam dan kelam.


Pencahayaan Berkembar (Two-Point Lighting)

Projeksi menggunakan dua sudut pencahayaan ialah satu lampu di hadapan pelakon dalam sudut menegak 45 darjah, dan lampu kedua diletakkan di belakang pelakon dalam sudut menegak 60 ke 70 darjah. Teknik pencahayaan ini juga boleh melibatkan penggunaan dua lampu dari belakang dan satu lampu dari hadapan. Ini disebut sebagai double-hanging. Contohnya lampu belakang menggunakan warna biru dan merah, menggunakan kawalan berasingan sementara lampu hadapan bersifat ‘natural’. Perubahan pergerakan cahaya warna biru ke merah tanpa perlu mengubah warna cahaya di hadapan sesuai digunakan untuk menunjukkan perubahan masa yang berlalu.



Kedudukan lampu-lampu dalam teknik ini boleh diletakkan dengan pelbagai cara yang bakal menghasilkan kesan berbeza; lampu belakang diletakkan di tempat yang sama; menegak 45 darjah, lampu hadapan diletakkan ke sisi sedikit daripada wajah pelakon dalam sudut yang sama. Ini akan menghasilkan bayang yang lebih ketara pada wajah pelakon. Selain daripada meletakkan lampu bertentangan antara satu sama lain, kali ini lampu belakang diletakkan di sudut sisi pelakon dan mengekalkan kedudukan lampu hadapan. Lampu hadapan ini menghasilkan bentuk wajah 3 dimensi secara jelas tetapi lampu sisi menghasilkan bayang kelam pada wajah dan tubuh pelakon.


Pencahayaan Tiga/Empat Punca (Three-Point Lighting & Four-Point Lighting)

Ia mempunyai fungsi yang hamper sama dengan two-point cuma dengan penambahan satu atau dua sudut lagi akan memberikan kesan tiga dimensi yang lebih baik berbanding teknik two-point. Berikut adalah contoh penggunaan three-point dan four-point lighting.


Sistem Pencahayaan Pelbagai (Multi-Point Lighting)

Penggunaan sudut pancahayaan melebihi empat dikenali sebagai multi-point lighting. Bagi pentas yang mempunyai banyak peralatan pencahayaan, teknik multi-point boleh dilaksanakan. Dekon yang mempunyai banyak pergerakan besar dan luas seperti ada nyanyian dan gerak tarian umpamanya, teknik multi-point ini sesuai digunakan.
signed Daddy Long-Legged author
Aspek teknikal melibatkan spectacle atau pemandangan. Hari ini istilah tersebut merangkumi segala perlakuan yang dikenakan kepada pentas dan penonton seperti set, kostum, rias, pencahayaan dan lain-lain yang disebut sebagai scenography. Untuk memudahkan pemahaman, pengertian sinografi di golongkan ke dalam dua golongan yang saling bertimbal balik iaitu sinografi yang dikenakan kepada pelakon dan sinografi yang dibina di atas pentas.

Sinografi yang dikenakan kepada pelakon melibatkan ciptaan kostum, rias, prop tangan dan pencahayaan. Ketiga-tiganya diusahakan oleh ketua bahagian yang berlainan iaitu pereka kostum akan mereka kostum untuk para pelakon, ketua rias akan memberikan penekanan kepada rias para pelakonnya sementara pencahayaan akan dilakukan oleh penata lampu. Sementara dalam bahagian sinografi yang dibina di atas pentas melibatkan kerja-kerja pembinaan dan pertukangan yang dilakukan oleh pekerja-pekerja mahir. Ia termasuklah set dan rekabentuk pentas, peralatan pentas dan pencahayaan.

Walaupun pencahayaan disebut di dalam dua bahagian tetapi kedua-dua hal tersebut bukanlah bersifat berasingan. Sebaliknya pencahayaan dan sinografi pada pelakon dan pada pentas adalah sama. Kerjasama antara setiap bahagian teknikal penting kerana penentuan akan dibuat kepada warna yang digunakan dan juga bentuk-bentuk yang sesuai antara satu sama lain. Misalnya kalau kostum yang diciptakan menggambarkan suatu suasana yang menggerunkan maka set yang direka juga mempunyai rekabentuk ke arah tersebut. janganlah kalau gambaran di sebuah rumah lama dan using, pelakon-pelakon semuanya berpakaian baru yang berwarna-warni dan baru dijahit. Ertinya ketepatan pada segala aspek yang melibatkan rekabentuk sinografi adalah penting.

Segala rekacipta para pengarah teknik hendaklah sesuai dengan mood lakonan. selain daripada menyediakan suatu suasana kreatif para pelakonnya, segala peralatan yang diletakkan di atas pentas, pada pelakon dan yang digunakan oleh pelakon hendaklah membantu bagi memudahkan pergerakan para pelakon. Kalau tujuan kita adalah untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan dalam rekacipta sinografi sedangkan rekacipta kita itu boleh mengganggu pergerakan pelakon dan ada pula yang tidak berkaitan langsung dengan lakonan maka ciptaan kita itu adalah sia-sia sahaja.

Oleh kerana keadaan kewangan yang sempit (biasanya dialami oleh kebanyakn kumpulan bersifat amatur) maka tendensi mereka untuk membina sesuatu rekacipta untuk persembahan mereka adalah tipis. Mereka lebih gemar menggunakan peralatan yang telah sedia ada seperti tangga, bongkah dan sebagainya. Semua benda ini boleh dipinjam atau disewa dengan harga yang murah sahaja. Walaupun demikian, daya cipta dari segi penyesuaian dan pemikiran tentang penyusunan (tokok tambah) adalah penting. Tanpa memikirkan tentang lokasi objek dan sebagainya mungkin peralatan tersebut akan menjadi faktor penghalang dan kesannya boleh merosakkan keseluruhan persembahan tersebut.
Satu lagi aspek sinografi yang tidak kurang pentingnya adalah pencahayaan atau disebut juga teknik lampu. Pada dasarnya kumpulan-kumpulan teater yang tumbuh di luar Bandar tidak ada kemudahan lampu yang sempurna. Yang paling mudah ialah menggunakan pencahayaan yang digunakan pada peringkat yang paling minimu sekali. Bagi yang mampu sedikit dapatlah menggunakan dua atau tiga lampu spot. Ertinya, fdari beberapa fungsi pencahayaan, kumpulan-kumpulan tersebut hanya mampu menyempurnakan fungsi dasarnya sahaja iaitu untuk menerangkan pelakon agar dapat dilihat oleh penontonnya. Tetapi diharapkan janganlah kerana kekurangan yang disebutkan itu akan melemahkan para pekerja taeter untuk terus bergiat dalam pementasan drama pentas. Tanamkan dalam ingatan kita bahawa kalau kita juga mempunyai kemudahan seperti kumpulan-kumpulan yang bernasib baik dengan teknik lampu yang canggih, kita juga boleh buat sama seperti mereka itu. Apa yang penting adalah semangat untuk terus berteater sentiasa ditanamkan di benak kita.

Sesuatu rekacipta untuk sinografi hendaklah bersesuaian dengan sesebuah bentuk pentas yang akan digunakan untuk pementasan. Tidak ada satu rekacipta yang dapat disesuaikan seratus peratus bagi kesemua bentuk pentas. Rekacipta untuk pentas proscenium misalnya tidak dapat digunakan untuk pentas arena. Begitulah juga dengan bentuk-bentuk pentas yang lain. Kalau pada pentas proscenium kita boleh letakkan atau bina set-set yang banyak (heavy-setting) seperti membina tembok dan sebagainya, tetapi perkara tersebut tidak boleh dilakukan untuk sebuah pentas arena. Pentas arena yang terletak di tengah-tengah penonton (penonton berada pada empat bahagian iaitu depan, belakang, kiri dan kanan pentas) memerlukan sebuah rekacipta yang berbeza.kita tidak boleh membina tembok tinggi atau meletakkan peralatan pentas yang boleh melindung pelakon dari pandangan penonton. Ertinya gubahan rekabentuknya adalah sederhana tetapi memberikan fungsi yang sewajarnya, kerana peralatan yang berlebihan akan melindungi segala aksi yang hendak digambarkan kepada penonton. Oleh itu kita haruslah meletakkan peralatan yang rendah, ringkas dan represent pada apa yang disampaikan.

Segala rekacipta oleh masing-masing pengarah bahagian teknik hendaklah terlebih dahulu dipersetujui oleh sutradara drama tersebut. walaupun kita berupaya melakukan apa sahaja untuk tujuan sinografi namun suara mutlah adalah dari sutradaranya sendiri. Oleh itu sebelum pembinaan dibuat, lukisan rekabentuk hendaklah ditunjukkan dan disahkan oleh sutradara.

Lukisan pelan pentas dan perspektifnya dengan kedudukan set dan sebagainya amat berguna kepada sutradara. Bila sutradara melihat pelan pentas akan ternampak dua perkara iaitu;
i) Tentang penyebaran para pelakon di sekitar pentas iaitu untuk tujuan blocking.
ii) Tentang keadaan susunan para pelakon bila pelakon-pelakonnya bergerak di atas pentas.

Dari segi estetika, set menyumbangkan bahagian yang besar dalam sesuatu persembahan teater. banyak perkara yang dapat ditimbulkan dengan adanya set. Walaupun dalam drama yang tidak memerlukan set seperti dalam anti-setting drama atau theatre minus theatre, set berbentuk blok-blok atau kotak-kotak masih digunakan untuk tujuan leveling.

Dengan kehadiran set, kita melihat bagaimana para pelakon memanipulasikan serta menggunakan alatan yang ada di atas pentas dengan sempurna. Untuk itu, set yang dibina mestilah yang akan memberikan makna kepada persembahan bukan sekadar diletakkan tanpa apa-apa fungsi tertentu dalam satu-satu masa drama tersebut. set juga bertugas untuk melahirkan idea dan konsep penulis atau sutradara secara visual. Ia menyediakan keadaan untuk pembinaan suasana kreatif pelakon-pelakonnya. Di bawah ini diperincikan lagi fungsi set untuk pemahaman yang lebih mendalam.

1.Menyediakan tempat untuk sesuatu perkara yang berlaku. Lokasi atau tempat cerita berlaku digambarkan melalui set seperti keadaan dalam rumah, ruang tamu, pejabat, kaeasan luar rumah dan sebagainya. Pemandangan secara visual itu diperkukuhkan lagi dengan dialog dari para pelakon yang dengan dengan sendirinya mengekalkan kepercayaan penonton terhadap apa yang terjadi di atas pentas sebagai gambaran suatu kehidupan yang benar.

2. Menolong para wataknya menyatakan tentang statusnya dalam masyarakat yang digambarkan. Melalui pemandangan (spectacle), penonton akan mengetahui kedudukan dan sosioekonomi watak itu sama ada kaya, miskin atau gambaran tentang hidup.

3. Menunjukkan masa yang tepat bagi perlakuan drama itu. Melaluinya penonton dapat mengagak masa dan zaman peristiwa itu berlaku sama ada pada kurun ke-18, 19 atau kurun ke-20.

4. Memberi suasana drama sama ada tragedi, komedi, melodrama atau menggambarkan stail-stail tertentu yang dibawa oleh drama itu.

5. Memperteguhkan jalinan tema, kerana dari pemandangan keseluruhannya tema drama dapat diperjelaskan.

6. Memberikan perspektif dengan menunjukkan gubahan tiga dimensi atau menunjukkan keluasan (width) dan kedalaman (depth) kawasan lakonan.

Perhiasan pentas hendaklah bersesuaian dengan keadaan drama yang dipentaskan. Janganlah terlalu ghairah untuk memperlihatkan kemampuan menghias pentas sehingga mencalarkan tujuan drama yang sebenarnya di mana perhiasan itu lebih berupa timbunan-timbunan setting yang tidak berfungsi.

Pemilihan warna yang betul pada setting adalah perlu. Kita janganlah melahirkan warna-warna yang antara dua tona pilihan kita itu amat jauh bezanya melainkan untuk memberikan penekanan kepada sesuatu yang mahu dilahirkan. Biasanya dalam teater orang bercakap mengenai harmoni iaitu satu perkara adalah bersesuaian dengan yang lain hingga melahirkan satu kesatuan yang jitu. Dari itu, warna yang dilahirkan juga tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Apa yang dimaksudkan di sini adalah intensiti warna yang dipilih hendaklah mendatangkan harmoni yang unik.

Pengetahuan tentang warna pada peringkat yang paling dasar sekali adalah perlu. Misalnya, seseorang itu harus mengetahui perbezaan antara warna garang dengan warna lembut. Sebagai keperluan dasar, diterangkan di sini warna-warna yang dimaksudkan itu iaitu warna merah, merah tua dan jingga adalah warna garang atau disebut juga sebagai warna panas (warm color), sementara warna-warna biru, biru muda, biru tua, hijau, hijau muda dan hijau tua adalah warna lembut yang juga disebut sebagai warna sejuk (cool color). Dengan pemilihan warna yang betul itu akan melahirkan perasaan yang betul pada keseluruhan drama kita kelak. Melalui pemilihan warna yang betul dan sesuai yang kelak dipadankan dengan warna-warna kostum akan menimbulkan harmoni yang dimaksudkan. Kalau pemilihan tidak teliti maka ditakuti kostum akan tenggelam dalam warna setting dan kemudiannya baru kita menyesali perkara itu kerana tenaga yang begitu banyak dicurahkan menjadi abu sahaja. Warna setting dengan warna kostum hendaklah suatu warna yang kontra tetapi tidaklah terlalu kontra sehingga menyakitkan mata yang memandang.

Semoga ilmu peringkat 1 ini berguna untuk pembaca. yang tak faham, boleh bertanya.sila...sila
signed Daddy Long-Legged author
Pada 3hb Feb telah berlangsung resital pelajar SENI yang dinilai jam kreditnya. Aku datang dengan semangat baru untuk melihat sesuatu yang baru. Tapi apa yang berlaku, corak persembahan yang dipaparkan untuk setengah jam pertama sahaja sudah memualkan. Pengurusan persembahan juga masih di takuk lama, tiada sebarang perubahan apatah lagi peningkatan. Hanya tema sahaja yang ditetapkan. Corak penyampaian masih lemah, lebih teruk dari sekolah rendah! Malu betul kalau orang seni di luar khususnya dari KL tengok persembahan pelajar SENI begini. Di ASWARA dan Universiti Sains Malaysia contohnya, penilaian persembahan dibuat secara serius dengan pelajar diminta mempersiapkan hasil dengan sesempurna mungkin. Ini kerana `nyawa’ dan kredibiliti tenaga pengajar menjadi cagarannya. Lemah kumpulan itu akan menyebabkan kredibiliti pengajarnya turut terjejas. Tetapi keadaan yang berbeza di SENI UMS ini. Tenaga pengajarnya tidak langsung endah dengan soal kredibiliti ini. Di biar sahaja pelajar membuat tanpa sebarang tunjuk ajar yang sewajarnya. Hasilnya, lahirlah persembahan seperti budak sekolah tadika pun ada.

Siapa berani lawan pensyarah? Kalau mahu dipotong markah, cubalah. Aku tidak suruh pelajar melawan pensyarah kerana anak murid yang melawan pensyarahnya tidak akan berkat ilmu yang dipelajarinya. Sebaliknya tegurlah sesama kita secara bijaksana apabila melihat sesuatu kepincangan. Kita semua manusia dan manusia sentiasa melakukan kesalahan. Malah sikap tegur menegur amat digalakkan dalam agama Islam kerana di dalam surah Al Asri ada dinyatakan bahawa; “… berpesan-pesan kepada kebaikan…”. Begitu juga dalam sabda nabi s.a.w yang bermaksud; “apabila kita melihat sesuatu kemungkaran berlaku, tegurlah dengan tanganmu, jika tidak berkemampuan, tegurlah dengan lidahmu, jika tidak berkemampuan juga maka tegurlah dengan hatimu. Maka ia adalah selemah-lemah iman.” Berpandukan pada firman Allah dan sabda rasulullah ini jelas menunjukkan bahawa kita perlu saling menegur dan mencegah sebarang kemungkaran mengikut kemampuan dan tahap yang kita miliki.

Kita tidak boleh menyalahkan pelajar kerana namanya pun pelajar jadi mereka masih belajar dan tentunya banyak kelemahan. Di sini kesalahan itu harus dipikul dan dibebankan sepenuhnya kepada tenaga pengajar dan pembimbingnya yang dilihat tidak begitu serius mengendalikan dan membimbing pelajar untuk mempersiapkan diri untuk membuat persembahan. Kasihan Dekan SENI yang mencadangkan idea resital ini. Impian dan gagasan Dekan dilihat cukup baik dalam usahanya untuk memantapkan ilmu yang dipelajari pelajar di bilik kuliah telah dipersia-siakan oleh mereka yang malas dan tiada motivasi ini. Aku lihat Dekan sentiasa melahirkan idea dan gagasan bernas tetapi malangnya idea itu tidak dilihat secara serius oleh kakitangannya. Aku memahami keadaan dan perasaan Dekan kerana aku juga berada di dalam kedudukan tersebut.

Resital seharusnya tempat untuk mempraktikkan ilmu masing-masing. SENI yang merangkumi 3 program; Muzik, Kreatif dan Teknologi Visual dilihat cukup mantap pendasarannya namun pengaplikasian terlalu lemah. Tiga program ini sepatutnya saling melengkapi untuk menghasilkan sebuah persembahan pentas yang mantap namun sejak kewujudan penilaian resital secara berkredit ini sehingga kini tidak ada satupun persembahan yang boleh dibanggakan dan diperkatakan kualitinya. Semua dibuat seperti `melepaskan batuk di tangga sahaja’. Mengecewakan! Itu sahaja perkataan yang boleh diperkatakan.

Misi dan harapan dekan SENI cukup murni. Mewujudkan penilaian berkredit kepada persembahan resital sebagai satu langkah untuk menggalakkan pelajar berusaha bersungguh-sungguh mengaplikasikan teori yang dipelajari ke pentas. Namun sehingga kini, tidak pernah sekalipun kita lihat pelajar dari program visual umpamanya yang kelihatan mempamerkan hasil visual yang membanggakan dalam resital. Begitu juga dengan program kreatif penulisan, tiada satu karya penulisan yang boleh dibanggakan dilihat di atas pentas Dewan Resital. Belum pernah ada satu pun!!!!! Semuanya hanya `tangkap muat’ sahaja.

Tindakan drastik perlu dibuat agar masalah dan kepincangan ketara ini dapat diatasi. Penyelarasan persembahan resital perlu dirombak. Setiap persembahan yang dibuat hendaklah memenuhi tiga elemen dasar dalam persembahan pentas iaitu elemen visual, kinetik dan auditorinya. Program kreatif yang mengandungi tiga modul (penulisan, tari dan teater) menjadi tonggak utama, perlu bergabung membuat sebuah persembahan seperti modul penulisan menghasilkan naskah (cerita) sementara modul teater dan tari berperanan dari segi kinetiknya dengan `menghidupkan’ naskah tersebut dengan dibantu penzahirannya dari sudut kreativiti visualnya seperti latar oleh program visual. Sementara aspek auditorinya diperkukuhkan oleh pelajar dari program muzik. Cara ini barulah terlaksana apa yang dikatakan `Minda, Jiwa dan Diri Bersatu’.

BANGUNLAH WAHAI TENAGA PENDIDIK SENI UMS. JANGAN LENA DAN LEKA DIBUAI GAJI BULANAN YANG LUMAYAN SEMATA.

Bukan niat menghina atau menyindir, tetapi sedih melihat sikap dan mentaliti yang ada. Biarlah penulisanku ini menjadikan aku tidak popular, biarlah luahan ikhlasku ini menjadi sumpah seranah ke atasku, aku dah biasa. Aku dah lali dengan keadaan ini. Niatku baik untuk pembangunan sekolah. Aku perlu kawan? Selama ini aku ada kawan ke di SENI? Aku rasa tidak. Kewujudanku juga tidak dirasai. Mereka lebih gembira barangkali jika aku tiada dalam kelompok mereka. Apa yang aku buat adalah baik. Benda baik ni macam ubat yang pahit, tidak ada yang suka makan ubat walaupun ia baik untuk kesihatan. Ada orang kata cara aku salah biarpun niat ku betul. Apa yang salahnya? Adakah kerana aku melanggar norma-norma sosial dan adat melayu yang ditetapkan? Seperti kata Tun Dr Mahathir melalui buku Dilema Melayu, sesekali kita perlu melanggar norma sosial dan adat sedia ada demi untuk membawa angin kesedaran. Aku tidak mahu jadi hipokrit atau munafik. Aku juga tidak suka bercakap belakang. Aku tidak mengganggap tulisan ku dianggap sebagai fitnah atau surat layang, jauh sekali menjadi penakut. Aku menulis dengan keikhlasan dan kebenaran. Aku letakkan namaku sebagai pengenalan diriku. Aku menulis bukan kerana nama tetapi kerana aku tidak mahu sekolah kesayanganku yang aku bina bersusah payah bersama-sama dekan dan segelintir tenaga pengajar itu dihancurkan begitu sahaja oleh mereka yang tidak mengerti. Kita perlu sedar bahawa pelajar adalah klien kita dan kita perlu ikhlas membantu mereka mendapat ilmu. Laksanakan janji kita pada UMS dan klien kita yang dibuat semasa menandatangi Akuan AKUJANJI. Hanya…aku ulangi, hanya di tangan pendidik SENI lah misi dan visi SENI itu boleh terlaksana. Tidak ada yang mustahil.

Andika Aziz Hussin
signed Daddy Long-Legged author

Pengajian Seni Teater Pencetus Pembangunan Teater Berkualiti di Sabah

        Pendidikan seni teater secara formal bukanlah sesuatu yang asing di kebanyakan sekolah baik rendah mahupun menengah, kolej dan universiti di Barat. Boleh dikatakan hampir setiap sekolah, kolej dan universiti di Barat ada menawarkan Sijil, Diploma, Ijazah dan Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam pengajian seni teater. Tidak hairanlah jika kita dapati seni teater di sana mampu menjadi sebahagian dari budaya kehidupan masyarakat Barat melewati lingkungan umur dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Teater itu sendiri adalah kehidupan dan manusia. Teater merangkumi rentetan peristiwa, konflik dan hubungan sesama manusia. Teater adalah lambang ketamadunan negara dan bangsa. Oleh sebab itulah kita dapati  hampir di setiap negara maju di dunia ini mempunyai pergerakan dan kegiatan teaternya sendiri.

        Namun keadaannya berbeza dengan di Malaysia, bidang ini dianggap lekeh oleh sesetengah pihak dan dikatakan masih belum mampu menembusi pasaran pendidikan nasional. Adalah mustahil untuk mengatakan bidang ini asing kerana masyarakat kita telah didedahkan kepada dunia teater sejak beratus tahun seperti teater tradisional seperti Jikey, randai, menorah, teater transisi Bangsawan, Sandiwara, purbawara dan teater moden. Kehidupan manusia yang ketika itu sangat kuat dipengaruhi oleh alam sekeliling dikatakan menjadi penentu kepada perjalanan dan pengurusan kehidupan seharian dan elemen teater telah dijadikan sebagai wadah untuk membantu menyempurnakan kehidupan seharian. Selain daripada itu, teater juga pernah menjadi alat yang sangat berkesan untuk menyampaikan mesej baik berupa pesanan, didaktik mahupun propaganda seperti yang berlaku di zaman Jepun dan sejurus selepas merdeka.

Namun begitu, mengapa seni teater tidak diberikan kedudukan yang sewajarnya seperti lain-lain seni? Kegagalan pemimpin dan masyarakat Malaysia untuk melihat kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh teater berpunca dari  sikap mereka sendiri yang terlalu melihat kepada aspek kebendaan (materialistik) dan keuntungan segera semata-mata. Pelbagai alasan diberikan untuk menolak dan menidakkan hak seni teater. Terdapat masyarakat termasuklah segelintir ahli akademik (amat memeranjatkan) menganggap bidang teater hanya suatu bidang seni hiburan tidak komersil sepertimana lain-lain bidang seni khasnya muzik. Apakah mereka kurang peka atau sengaja buat-buat tidak nampak bahawa terdapat beberapa buah negara luar yang berjaya menjadikan teater sebagai salah satu sumber pembangunan ekonomi negara seperti di London (West End), New York (Broadway) dan Tokyo (Kabuki).
         

Alasan lain yang diberikan bahawa penghasilan produksi teater sangat besar belanjanya. Adakah ini juga benar? Ya, mungkin juga benar sebab mereka hanya merujuk kepada beberapa buah produksi yang bersifat mega seperti pementasan-pementasan di Istana Budaya. Namun bagi mereka yang bijak, sebenarnya untuk menghasilkan sebuah produksi teater bergantung kepada kreativiti manusia dan teater itu juga sebenarnya fleksibel sifatnya. Teater itu adalah cerminan kehidupan! Pelbagai bentuk teater boleh dibuat tanpa memerlukan perbelanjaan atau kos yang besar seperti teater jalanan, teater lobi, teater khemah dan teater bergerak.

         Ada juga yang beranggapan mempelajari teater itu tidak akan membantu seseorang individu di masa akan datang. Soalan yang biasa diajukan ialah ke mana hala tuju dan masa depan graduan berkelulusan teater? Di manakah pasarannya? Pandangan ini jelas sempit dan bersifat tidak adil kerana ia merujuk kepada sudut perolehan peluang pekerjaan yang baik serta keuntungan yang besar dalam masa yang singkat semata-mata. Dari sudut manakah teater dikatakan mempunyai prospek yang terhad, adalah suatu persoalan yang melucukan. Persoalan-persoalan ini wujud kerana mereka melihat teater hanya sebagai lakonan persembahan sahaja, tidak lebih dari itu. Pernah suatu ketika heboh di akhbar mengenai isu graduan seni hanya layak untuk memegang tombak sahaja. Sejauh manakah kenyataan ini benar dan sekiranya benar apakah puncanya? Penggiat dan graduan seni tidak seharusnya melenting dengan kebenaran fakta ini. Persoalan samada graduan seni dan sijilnya itu berkualiti atau tidak seharusnya menjadi isu lagi kerana jelas tenaga pengajar seni khususnya di bidang teater di Malaysia mempunyai kelulusan daripada pusat pengajian yang hebat dan diiktiraf dunia. Ini berbalik kepada soal pendidikan dan budaya. Budaya masyarakat Malaysia yang menghargai dan menilai kemampuan seni teater itu masih berada di tahap yang rendah. Masyarakat kita lebih menjiwai seni muzik berbanding lain-lain seni yang ada. Muzik dilihat sebagai sebuah seni yang elit. Seni pentas teater hanya dilihat sebagai seni kelas ketiga. Mengapa ini terjadi? Terlalu banyak faktornya. Antaranya ialah seni muzik yang telah lama mempunyai asasnya tersendiri. Muzik dilihat sebagai salah satu cara untuk `mencari makan’ atau perniagaan. Ramai yang telah menjadi kaya dan terkenal melalui muzik. Wujudnya banyak sekolah muzik umpama cendawan tumbuh selepas hujan di mana-mana pelusuk negeri menjadi faktor penggalak yang utama dan mendapat sambutan setiap golongan lapisan masyarakat khususnya masyarakat bandar. Seni muzik sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan, di mana-mana sahaja kita disogokkan dengan muzik; di kaca televisyen, di corong radio, hinggakan tanpa muzik, manusia akan merasa kesunyian dan kesepian. Muzik hidup kerana irama, tempo, rentak, liriknya telah menjadi halwa telinga yang cukup menghiburkan.
           Berbalik kepada teater, mengapa ia tidak mampu mencapai tahap kemasyhuran seperti seni muzik? Mengapa hal sedemikian boleh terjadi? Semuanya berpunca daripada sistem pendidikan teater kita yang terlalu bersifat lahiriah dan tidak langsung atau sekadar sepintas lalu sahaja menumpukan kepada aspek pembangunan rohani, teknikal, pensejarahan teater, psikologi dan sosiologi teater dan kreativiti pengurusan. Perkara ini pernah dikeluhkan oleh Sasterawan Negara Dato Syed Alwi di dalam temubual dengan majalah Pentas (2007). Kebanyakan institusi pengajian yang menawarkan kursus atau program teater tidak bersifat inovatif, masih berada di takuk lama, era lama. Kebanyakannya memfokuskan lebih kepada aspek bagaimana untuk menjadi seorang pelakon, tatacara menghasilkan sebuah produksi atau tatacara melihat dan mengkritik sebuah produksi dari sudut estetikanya semata. Akibatnya lahirlah kumpulan penggiat teater yang kurang masak atau separuh masak. Masyarakat melihat mempelajari lakonan dan seni teater sebagai satu perkara yang remeh dan tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara. Masyarakat melihat seni berteater itu mudah. Sesiapa sahaja boleh buat teater dan berlakon. Dari sudut ekstrinsiknya memang benar tetapi berbicara dari sudut intrinsiknya pula, kualiti, dan impak sosialnya bagaimana? Melihat sudut lakonan pelakon Malaysia di kaca televisyen dan panggung wayang umpamanya seperti melihat patung kayu yang digerak-gerakkan, tiada emosi dan jiwa. Kebanyakan pelakon yang ada di Malaysia ini tidak mendalami ilmu lakonan mereka malah berpuas hati dengan setakat apa yang mereka ada sahaja.
           Semua pendekatan pengajaran atau pengajian teater yang diaplikasikan di kebanyakan institusi pengajian selama ini kebanyakannya berpaksikan dari ilmu Barat yang menekankan aspek lahiriah dan materialistik semata-mata tanpa mengambilkira faktor persekitaran dan keperluan nasional. Penawaran kursus lakonan umpamanya tanpa menitik beratkan kepada peranan serta hubungkait diri seseorang itu dengan jiwa, agama dan pembangunan sahsiah kemanusiaan menjadikan pendidikan teater menjadi kosong dan jumud. Seni teater sebenarnya cukup lengkap dalam ertikata mencari dan mengenal diri dan Penciptanya. Pengenalan istilah `Teater Memanusiakan Manusia’ adalah sangat tepat sekali. Melalui berteater kita belajar tentang hubungan diri, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Pengamalan sesi olahan tubuh umpamanya, mampu melatih seseorang insan itu mengenal tubuhnya sendiri dengan lebih dekat dan sekaligus menjadikannya seorang manusia yang insaf dan tawadduk kepada kuasa yang lebih agung yang menjadikan dirinya sedemikian rupa. Melalui olahan tubuh juga boleh melatih manusia untuk bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Dalam pengurusan teater pula, seni teater dapat melatih seseorang itu untuk menerima dan memberi arahan, mewujudkan sikap toleransi dan bekerjasama serta meningkatkan daya kreativiti.  Pelakon yang baik  tidak kira dalam seni teater atau filem adalah mereka yang sanggup dan tidak jemu-jemu untuk mendalami ilmu lakonan mereka. Ilmu di dunia ini umpama buih di lautan, yang tidak akan pernah habis. Pelakon yang baik itu perlu mendalami bukan sahaja ilmu lakonan malahan juga perlu mendalami ilmu di luar daripada bidang lakonan tetapi masih dalam ruang lingkup teater seperti gerakgeri, seni muzik dan seni suara agar pelakon itu dapat mengekploitasikan seluruh anugerah yang ada pada tubuhnya seperti menari, menyanyi dan bermain alat muzik. Penggiat atau pelajar teater juga wajib mempelajari ilmu psikologi, sosiologi dan antropologi masyarakat. Ini kerana seorang pengarah teater sebelum dia boleh mengarah sebuah drama, ia perlu memahami budaya, sastera dan sejarah berkaitan cerita yang dibawa, memahami psikologi watak dan pelakon dan lain-lain. Seni teater menyediakan pengamalnya dengan ilmu dan  membantunya melihat dunia dan kehidupan sesama manusia dari sudut yang lebih luas. Ini sekaligus mampu menjadikan pengamal teater sebagai manusia yang terbaik di kalangan manusia!
            Pandangan mempelajari seni teater tidak memberikan sebarang manfaat menunjukkan betapa ceteknya pemikiran sekelompok manusia dalam melihat dunia teater. Teater memainkan peranan jauh lebih daripada itu. Teater sejak dahulu hingga kini menjadi wadah pembangunan sosial malah ia telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai medium perubahan sosial masyarakat dan manusia amnya. Di Rio de Janeiro, seni teater yang dikenali sebagai Forum Theatre telah dijadikan sebagai alat untuk membantu kerajaan dalam menggubal dasar dalam perlembagaan dan undang-undang. Teater menjadi saluran untuk rakyat menyuarakan pandangan dan teguran secara aman, selamat dan terkawal terhadap pemerintah. Di Eropah, teater dijadikan sebagai alat luahan perasaan dalam membantu pesakit yang mengalami masalah tekanan perasaan seperti pendekatan psikodrama, sosiodrama, Playback theatre dan lain-lain.
Apapun kesalahan tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepada golongan yang dengkel pemikiran ini kerana mereka bercakap berdasarkan pengalaman seharian dan kecetekan ilmunya dalam seni itu sendiri. Faktor lain juga berpunca daripada pihak ilmuan sendiri yang tidak sensitif dan peka dalam mengajar bidang teater secara sambil lewa. Skop pengajarannya hanya lebih kepada bagaimana menyediakan pementasan teater sahaja. Pengajaran bidang lakonan contohnya, tidak dijalankan secara serius berbeza seperti yang dilaksanakan di Barat di mana pengajaran lakonan sahaja mempunyai banyak peringkat yang terdiri daripada beginner, intermediate dan advance acting.
                 Perkembangan teater di Sabah bukanlah suatu yang baru di dalam arena seni teater tanahair. Apabila kita menyebut tentang teater Sabah, akan terpapar di fikiran kita kepada gabungan seni persembahan pelbagai budaya suku-suku kaum di Sabah yang unik dan menarik. Corak serta konsep persembahan lakonan yang abstrak, penuh imaginasi dan improvisasi seolah-olah tidak dapat dipisahkan dari dunia teater Sabah. Sememangnya teater Sabah penuh dengan `elemen of suprises’. Ini terbukti di era 70an hingga akhir 90an, dalam setiap siri pertandingan Pekan Teater Kebangsaan atau Festival Teater, kumpulan teater dari Sabah pastinya akan menonjolkan sesuatu kelainan yang sememangnya memukau perhatian khalayak yang datang menonton. Teater Sabah mempunyai prospek yang sangat cerah dan kejayaan itu adalah kerana ketika itu Sabah mempunyai ramai penggiat teater yang bersemangat tinggi serta berbakat besar dan terdiri dari kalangan mereka mempunyai asas serta ilmu teater yang mantap hasil cedokan ilmu yang baik khususnya para lepasan USM.

        Namun semangat dan kebanggaan tersebut semakin pudar apabila kelompok aktivis tersebut tidak dilapisi oleh golongan pewaris yang mantap dan berilmu. Memang ada sedikit kebenarannya mengenai pendapat mengatakan teater di Sabah mundur akibat dari pengurangan dana bantuan yang selama ini agak mewah diperolehi oleh badan-badan teater di Sabah.  Namun itu hanya sebagai faktor luaran sahaja. Faktor utama yang mendorong kepada kemelesetan kualiti seni pementasan teater di Sabah adalah disebabkan oleh kedengkelan ilmu teater itu sendiri di kalangan penggiat-penggiat baru turut harus diambilkira. Kebanyakan penggiat teater yang baru di Sabah tidak memiliki ilmu teater yang secukupnya. Kebanyakan penggiat teater mewarisi bakat teater melalui pengalaman yang sememangnya tidak lengkap tanpa disertai dengan pengajian teater secara formal. Samalah seperti mahu belajar agama, ia tidak akan lengkap dan sempurna jika hanya belajar melalui pengalaman dan pengamatan semata-mata tanpa disertai oleh seorang guru bertauliah yang memberikan tunjukajar dan teguran. Semangat yang tinggi serta bakat yang besar jika tidak disertai dengan asas ilmu teater yang kuat tidak akan memberikan sebarang impak yang besar. Teater Sabah akan selamanya terus berada di takuk yang lama.
          Ketandusan penggalian ilmu teater di kalangan penggiat-penggiat teater di Sabah bukan kerana keengganan penggiatnya untuk mempelajarinya tetapi disebabkan oleh ketiadaan kemudahan untuk mendapatkannya. Kalau nak dibandingkan dengan di Semenanjung, berapa banyakkah pusat pengajian yang ada menawarkan kursus pengajian teater secara lengkap? Penubuhan ASWARA, penawaran kursus-kursus teater di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan seperti UMS, USM, UITM dan UM walaupun tidak secara khusus ia dilihat mampu membantu meringankan masalah ini. Namun berapa ramai rakyat Sabah terutama penggiat teater Sabah yang mampu untuk menimba ilmu teater di institusi pengajian yang dimaksudkan? Kemiskinan dan kos pembiayaan yang terlalu tinggi menjadi faktor penghalang utama. Di sinilah peri pentingnya ada suatu pusat pendidikan teater yang munasabah yang dapat mengatasi masalah tersebut di negeri Sabah jika mahu melihat masalah ini tidak berterusan. Penawaran kursus sijil, diploma dan ijazah pertama pengajian teater perlu diwujudkan di Sabah kerana ia dilihat sebagai antara alternatif yang perlu dan bijak. Belum ada lagi sebuah pusat atau badan tertentu yang benar-benar menawarkan kursus teater secara intensif di Sabah termasuklah di Sekolah Pengajian Seni UMS. Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya. Pastinya ia bakal melahirkan sebuah kumpulan masyarakat yang unik mdari segi kehidupan dan cara hidup. Peluang ini seharusnya diambil oleh UMS kerana kekayaan sumber budaya di Sabah perlu dieksploitasi dan sekaligus menjadikan UMS sebagai pusat kepada kegiatan teater intelektual yang bermutu di rantau Borneo. Dengan adanya kursus pengajian teater di Sabah akan memberikan nafas baru kepada industri teater di Sabah sekaligus melahirkan tokoh-tokoh teater tempatan yang berkaliber dan bukannya sekadar tong-tong kosong yang hanya kuat berbunyi tetapi tiada hasil. Pengujudan kursus pengajian teater di Sabah dijangka mampu menarik minat ramai penggiat dan peminat teater dari Sabah khususnya kerana peluang ini sememangnya telah lama dinanti-nantikan oleh mereka.
             Seperti yang telah dijelaskan diawalnya, bidang pengajian teater sedia ada perlu dirombak agar ia mampu memberikan pulangan rohani yang baik bukan sahaja kepada pihak pelaksana malahan juga kepada masyarakat dan negara amnya. Penyediaan kursus-kursus teater perlu diteliti agar ia mampu memenuhi pasaran dan kepentingan negara. Penawaran kursus lakon, pengarahan, teknikal, dan pengurusan seni perlu disertai dengan ilmu pembangunan sahsiah dan rohani. Kerakusan mengejar material dan wang ringgit oleh sesetengah penganjur menjadikan teater sebagai alat untuk mengumpul harta menjadikan teater seperti sampah dan dipandang sebagai seni yang membazir dan tidak berfaedah. Ambil contoh di Barat semua penawaran kursus teater akan disertai dengan aspek pengajian sejarahnya, peranannya  kepada individu dan negara serta  sumbangannya kepada pembangunan dan kesihatan manusia amnya. Pengajian teater dilihat mampu melahirkan insan yang memenuhi dasar Falsafah Pendidikan Negara iaitu insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek.
         Sudut materialnya pengkorporatan IPT memerlukan pihak pengurusan mendapatkan dana melalui pelbagai alternatif antaranya melalui yuran pengajian pelajar. Penawaran kursus teater yang lengkap mampu menarik minat masyarakat tempatan dan sekaligus bakal menyediakan sumber dana yang besar. Penawaran kursus pengajian produksi teater secara keseluruhannya tidak memerlukan kos yang terlalu besar sepertimana lain-lain kursus kerana pengajian teater lebih banyak menumpukan kepada pengeksploitasian tubuh manusia yang telah tersedia hasil anugerah Ilahi, hanya dari aspek penyediaan panggung sahaja yang memerlukan kos tertent, itupun lebih bersifat one-off sahaja. Pengajian teater dari sudut jangka panjangnya lebih banyak memberikan manfaat serta akan memberikan pulangan modal yang besar di masa akan datang.
              Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil langkah yang bijak apabila menawarkan pengkhususan dalam bidang lakonan dan pengarahan pada Mei 2000. Usaha yang dijalankan oleh pihak USM ini merupakan satu langkah yang positif serta bijak dalam menyediakan tenaga-tenaga intelektual di dalam bidang seni terutamanya seni teater bagi menuju alaf baru. Dan usaha ini seharusnya menjadi contoh dan iktibar kepada lain-lain IPTA yang ada menawarkan pengajian teater. Khasnya UMS kerana di Sabah segalanya telah tersedia, yang perlu sekarang hanyalah tindakan dan perlaksanaan. Semoga dengan wujudnya sebuah pusat pengajian seni teater di Sabah akan dapat mengembalikan zaman keagungan teater yang berilmu dan berkualiti seperti pandangan yang diutarakan oleh Dato Syed Alwi dalam temubualnya dengan majalah Pentas (Mac/April 2007) bahawa sekiranya masyarakat sedar dan mengerti akan peranan dan tujuan seni teater yang sebenarnya, sudah pasti mereka tidak akan teragak-agak untuk menubuhkan jabatan teater yang lengkap, malah akan melaksanakannya dengan cepat supaya Malaysia boleh membangunkankan teater yang mampu memberikan identiti dan daulat dalam seni budaya dunia.
signed Daddy Long-Legged author
           Sejak berakhirnya Festival Teater Sabah 2009 dengan penuh kontroversi, tiada lagi aku melihat sebuah pementasan teater berskala besar yang berkualiti dilangsungkan di negeri Di Bawah Bayu ini. Duduk diam di Kepulauan Borneo yang semakin tandus akan seni persembahan berkualiti khususnya seni teater menjadikan aku semakin resah dan gelisah. Sejak tahun 2009, tidak ada satu persembahan teater yang betul-betul berkualiti malah jangankan kata berkualiti, nak tengok persembahan teater pun payah sangat di Sabah ni! Kalau nak kata tidak ada kumpulan teater di Sabah, Grup teaternya banyak, ada lebih 10 kumpulan teater berdaftar dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah, namun tiada usaha langsung dari mana-mana kumpulan untuk mementaskan teaternya. Mungkin masing-masing ada kekangan tersendiri, namun bukan menjadi alasan untuk tidak mementaskan sebuah teater langsung. Agaknya mereka menunggu kalau-kalau JKKN akan menganjurkan festival teater baru akan muncul kelibat setiap kumpulan teater ini. Kalau pun ada persembahan teater, kualiti persembahan... sedih sekali. Macam budak sekolah tadika lagak persembahannya. Bukan aku tak mahu galakkan anak-anak G-Tel pergi menonton, namun aku sendiri yang akan letih nak menjawab setiap persoalan yang bakal ditimbulkan oleh mereka nanti bila mereka pulang dari menonton persembahan teater itu. Soalan-soalan yang biasa kedengaran seperti; "Kenapa teruk sangat persembahan tu...level tiada, pelakon berbaris macam tiang eletrik, suara tak dengar.." dan macam-macam lagilah. Pada aku, kalau nak menonton sesuatu biarlah kita menerima sesuatu yang baru hasil dari tontonan itu. Barulah bermakna dan tak membuangkan masa.

Kreativiti baru perlu digarap dan dicambah namun dengan keadaan sedia ada di Sabah yang tiada sebarang perkembangan yang positif ini menjadikan aku jumud dan `keras'. Anak-anak G-TeL semakin cetek ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam seni persembahan teater. Keputusan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian untuk tidak menganjurkan lagi Festival Teater Sabah serta kegersangan penganjuran Festival Teater MAKUM (terhenti sejak 2008 sehingga kini) menambahparahkan lagi keadaan yang telah sedia kritikal di Sabah ini. Nasib baik ada Festival Dekon MAKUM baru-baru ini berlangsung, itupun setelah mengalami herdikan, cacian dan pandangan sinis segelintir tenaga pengajar, namun penat lelah pelajar teater SENI berjaya juga melaksanakannya. Sedikit sebanyak dapat juga mengubat rasa rindu dan kegersangan dalam menimba ilmu berteater khususnya kepada anak-anak G-TeL. Namun ini tidak mencukupi, almaklumlah, menuntut ilmu ni mana boleh berpuas hati setakat apa yang ada..kita perlu berusaha mencari dan mendalami..seperti kata Nabi; `tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China'. Takkan kita nak syok sendiri, buat persembahan dan kemudian kita sendiri yang menontonnya!

Anak-anak G-TeL perlu mendalami ilmu kalau mahu berjaya. Mereka tidak boleh berpuas hati dengan ilmu yang sedia ada.  Ilmu perlu dicari bukan ditunggu jatuh dari langit! Ilmu teater itu luas sifatnya, bukan sekadar ilmu pementasan sahaja, ilmu teater itu adalah ilmu berkaitan kehidupan. untuk menjadikan diri kita matang, kita perlu mendalami dan memahami kehidupan di sekeliling kita. Bagi menjayakan aspirasi ini, aku selaku penasihat dan pengasas G-TeL merasakan bertanggungjawab ke atas setiap anak-anak G-Tel ini. Kalau di Sabah dah tak ada persembahan teater yang baik, kita perlu mencarinya di luar Sabah. Aku mengambil keputusan untuk membawa anak-anak G-TeL keluar dari Sabah dengan mengadakan lawatan ke pusat perkembangan seni dan budaya di Malaysia iaitu KUALA LUMPUR. Seperti biasa, anak-anak G-TeL  berusaha gigih untuk menjayakan matlamat ini (memang dah menjadi tabiat anak-anak G-Tel yang rajin dan tahan lasak). Perancangan diatur, permohonan peruntukan dicari dalam pelbagai cara samada melalui pihak universiti, hasil jualan perniagaan, dan tabung kelab sendiri. Pelbagai usaha dilakukan dan akhirnya G-TeL berjaya mengumpulkan dana yang mencukupi untuk menampung kos sepanjang berada di Kuala Lumpur nanti.

Anak-anak G-TeL akan berada di Kuala Lumpur selama 2 malam 3 hari itu. Aku harap mereka akan berusaha mencari dan menonton sebanyak mungkin persembahan teater di sana. Gunakan masa yang terhad ini untuk memajukan diri. Biar pun sedikit, itu lebih bermakna daripada tiada apa-apa.

Doakanlah kami....
signed Daddy Long-Legged author
ASSALAMUALAIKUM....

setelah hampir 2 tahun tidak meng'update' blog ni, lepak2 selepas berakhirnya KPLI, SPP dan KISSM... hari ini aku telah diminta oleh Long Daddy utk mengubah semula sedikit blog ini...akhirnya jadilah hasil yang x seberapa ini...diharap agar semua PARA SOLDADU LELABAH HITAM dapat berkumpul di sini bagi sama-sama berkongsi ilmu dan maklumat... Nama blog ini aku ubah kepada LAUNGAN LELABAH HITAM!!! agar semua para soldadu dapat melaungkan apa saja yang ingin dilaungkan. buat para pelajar baru selamat datang ke blog rasmi G-TeL UMS ini.
signed Tarantula Mr.Bomb author
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates