WELCOME TO HELL!!!

WELCOME TO HELL!!!
"Selamat Datang Ke Dunia Penuh Pancaroba"
           Sejak berakhirnya Festival Teater Sabah 2009 dengan penuh kontroversi, tiada lagi aku melihat sebuah pementasan teater berskala besar yang berkualiti dilangsungkan di negeri Di Bawah Bayu ini. Duduk diam di Kepulauan Borneo yang semakin tandus akan seni persembahan berkualiti khususnya seni teater menjadikan aku semakin resah dan gelisah. Sejak tahun 2009, tidak ada satu persembahan teater yang betul-betul berkualiti malah jangankan kata berkualiti, nak tengok persembahan teater pun payah sangat di Sabah ni! Kalau nak kata tidak ada kumpulan teater di Sabah, Grup teaternya banyak, ada lebih 10 kumpulan teater berdaftar dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah, namun tiada usaha langsung dari mana-mana kumpulan untuk mementaskan teaternya. Mungkin masing-masing ada kekangan tersendiri, namun bukan menjadi alasan untuk tidak mementaskan sebuah teater langsung. Agaknya mereka menunggu kalau-kalau JKKN akan menganjurkan festival teater baru akan muncul kelibat setiap kumpulan teater ini. Kalau pun ada persembahan teater, kualiti persembahan... sedih sekali. Macam budak sekolah tadika lagak persembahannya. Bukan aku tak mahu galakkan anak-anak G-Tel pergi menonton, namun aku sendiri yang akan letih nak menjawab setiap persoalan yang bakal ditimbulkan oleh mereka nanti bila mereka pulang dari menonton persembahan teater itu. Soalan-soalan yang biasa kedengaran seperti; "Kenapa teruk sangat persembahan tu...level tiada, pelakon berbaris macam tiang eletrik, suara tak dengar.." dan macam-macam lagilah. Pada aku, kalau nak menonton sesuatu biarlah kita menerima sesuatu yang baru hasil dari tontonan itu. Barulah bermakna dan tak membuangkan masa.

Kreativiti baru perlu digarap dan dicambah namun dengan keadaan sedia ada di Sabah yang tiada sebarang perkembangan yang positif ini menjadikan aku jumud dan `keras'. Anak-anak G-TeL semakin cetek ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam seni persembahan teater. Keputusan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian untuk tidak menganjurkan lagi Festival Teater Sabah serta kegersangan penganjuran Festival Teater MAKUM (terhenti sejak 2008 sehingga kini) menambahparahkan lagi keadaan yang telah sedia kritikal di Sabah ini. Nasib baik ada Festival Dekon MAKUM baru-baru ini berlangsung, itupun setelah mengalami herdikan, cacian dan pandangan sinis segelintir tenaga pengajar, namun penat lelah pelajar teater SENI berjaya juga melaksanakannya. Sedikit sebanyak dapat juga mengubat rasa rindu dan kegersangan dalam menimba ilmu berteater khususnya kepada anak-anak G-TeL. Namun ini tidak mencukupi, almaklumlah, menuntut ilmu ni mana boleh berpuas hati setakat apa yang ada..kita perlu berusaha mencari dan mendalami..seperti kata Nabi; `tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China'. Takkan kita nak syok sendiri, buat persembahan dan kemudian kita sendiri yang menontonnya!

Anak-anak G-TeL perlu mendalami ilmu kalau mahu berjaya. Mereka tidak boleh berpuas hati dengan ilmu yang sedia ada.  Ilmu perlu dicari bukan ditunggu jatuh dari langit! Ilmu teater itu luas sifatnya, bukan sekadar ilmu pementasan sahaja, ilmu teater itu adalah ilmu berkaitan kehidupan. untuk menjadikan diri kita matang, kita perlu mendalami dan memahami kehidupan di sekeliling kita. Bagi menjayakan aspirasi ini, aku selaku penasihat dan pengasas G-TeL merasakan bertanggungjawab ke atas setiap anak-anak G-Tel ini. Kalau di Sabah dah tak ada persembahan teater yang baik, kita perlu mencarinya di luar Sabah. Aku mengambil keputusan untuk membawa anak-anak G-TeL keluar dari Sabah dengan mengadakan lawatan ke pusat perkembangan seni dan budaya di Malaysia iaitu KUALA LUMPUR. Seperti biasa, anak-anak G-TeL  berusaha gigih untuk menjayakan matlamat ini (memang dah menjadi tabiat anak-anak G-Tel yang rajin dan tahan lasak). Perancangan diatur, permohonan peruntukan dicari dalam pelbagai cara samada melalui pihak universiti, hasil jualan perniagaan, dan tabung kelab sendiri. Pelbagai usaha dilakukan dan akhirnya G-TeL berjaya mengumpulkan dana yang mencukupi untuk menampung kos sepanjang berada di Kuala Lumpur nanti.

Anak-anak G-TeL akan berada di Kuala Lumpur selama 2 malam 3 hari itu. Aku harap mereka akan berusaha mencari dan menonton sebanyak mungkin persembahan teater di sana. Gunakan masa yang terhad ini untuk memajukan diri. Biar pun sedikit, itu lebih bermakna daripada tiada apa-apa.

Doakanlah kami....
signed Daddy Long-Legged author

0 comments:

MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates