WELCOME TO HELL!!!

WELCOME TO HELL!!!
"Selamat Datang Ke Dunia Penuh Pancaroba"
janganlah diharap untuk budak g-tel ni nak menulis...membacapun tak pernah. hanya baca bila disuruh. itupun sekadar untuk memenuhi tugasan semata. janganlah kecewa kerana menangis airmata darahpun, dunia ini kiamat pun, budak g-tel tidak akan membaca. memang mereka boleh bekerja tetapi sekadar bekerja sahajalah...tak boleh jadi pemimpin...memang ditakdirkan untuk budak-budak teater ini tak boleh melangakui ilmu tok gurunya...biarlah mereka dengan labu-labunya...kita yang ada beryukur kerana setiap hujung bulan dapat gaji...mereka tu biarlah dengan akal sejemput tu...tak akan ke mana pun...biar mereka rugi...
signed Daddy Long-Legged
assalammualaikum kpd lelabah yg sedia ada kini..lama gak (taklah bkurun) black tak tulis dlm blog ni disebabkan ksibukan yg sedikit sbyk mengganggu kelancaran diri utk menulis di sini. yelah semester pun da mula..anyway pelbagai lagi cabaran yang harus d tempuhi lelabah di masa akan dtg ni antaranya Dekon, Makum dan pengarahan utk thn 2 kini walaupun kptsn yang kita harapkan utk Penialaian itu agak tersasar namun kesedihan tidak sesangat dirasai oleh Black sbb bukannya mudah mo dilepasi border line ke kebangsaan itu...apa pun black tetap berpuas hati persembahan masa penilaian tu sebab pelakon semuanya ok cuma masalah teknikal yang sesangat tak dapat kita elakkan..pada pendapat Black seharusnya setiap kumpulan yang bertanding diberi peluang untuk menyesuaikan diri kepada pentas sprtmana yang di anjurkan oleh SPS (Festival teater sabah thn sblm ni) semua kumpln bpuas hati kerana diberi ruang utk melihat merasa memanjakan diri dengan pentas. tapi kita anggap saja sebagai ketiadaan rezeki dan kita harus harungi dengan memandang ke depan...seterusnya memperbaiki kelemahan yang pernah kita anggap sebagai kesilapan diri bukannya mencari kesalahan orang lain maka kita akan menjadi manusia yang lebih bernilai utk diri. namun begitu apa yang mengecewakan Black kehadiran Blog ini serasanya tidak dianggap satu keperluan untuk menuntut ilmu oleh para pelajar..kebanyakan rencana yang ditulis atas muka blog ini hasil daripada gerak tangan pengajar...persoalannya apakah pelajar teater kita kekurangan ilmu atau malas? dan soalan black paling tragis butakah mereka kepada penggunaan internet? pembukaan blog ini sebenarnya bertujuan utnuk menggalakkan para pelajar bukan sahaja membaca (harap memang dibaca) tetapi ditulis dan merencanakan buah fikiran/ berita grup/ilmu yang pernah terkubur dalam otak (atau kotak?)...namun Black akhirnya terpaksa meluahkan rasa kecewa ini sebab da terlalu lama blac nantikan penulisan daripada bebudak teater kita...malanya mengharap bulan jatuh ke riba...di sini black da sediakn VID YOUTUBE (disebelah kanan ni) YG BSANGKUTAN DGN KAJIAN TEKNIK LAKON UTK TATAPAN UMUM (spy xde alasan xfhm lg d lain hari)...apa-apapun fikirkanlah bersama
signed Daddy Long-Legged author
Latar Belakang
Apakah yang dimaksudkan dengan Teater bagi Golongan yang Ditindas (Theatre of the Oppressed)? Secara umumnya, ‘ditindas’ (‘oppressed’) bermaksud ‘diperlakukan dengan teruk’ (‘done badly by’), ‘mengalami kezaliman’ (‘experience injustice’) dan ‘dilayan dengan tidak adil’ (‘be unfairly treated’). Namun istilah `Penindasan’ dalam konteks Teater bagi yang Golongan Ditindas (Theatre of the Oppressed) bukan merupakan fenomena deraan fizikal secara khusus, atau untuk dihuraikan dalam terma-terma fizikal. Ia tidak sama seperti penyerangan yang bergantung kepada kekuatan fizikal. Penindasan itu didefinisikan sebagai kuasa dinamik berdasarkan monolog lebih daripada dialog; satu hubungan antara dominasi dan arahan yang menegah golongan yang ditindas daripada menjadi diri mereka yang sebenarnya dan melaksanakan hak-hak asasi mereka. Ia adalah mengenai seseorang yang telah kehilangan hak untuk menyatakan keperluan dan kemahuannya, dan menjadikannya kepada seorang pendengar yang taat dan senyap. Dalam konteks teater, Boal mendefinisikan ‘Teater bagi Golongan yang Ditindas’ (‘Theatre of the Oppressed’) sebagai satu bentuk penyertaan yang bukan berdasarkan pada fahaman klasikal; iaitu sebuah persembahan berbentuk ‘spectacle’ tetapi lebih kepada ciptaan sebuah forum atau ruang diskusi untuk menganalisis, membincangkan dan meneroka penyelesaian-penyelesaian berkumpulan terhadap ketidakadilan (Arendt.C:1996.Vol.40 [2]).

Teater bagi Golongan yang Ditindas (Theatre of the Oppressed) adalah satu bentuk teater yang popular, daripada, oleh dan untuk orang yang terlibat dalam perjuangan untuk pembebasan emosi. Ia adalah satu latihan teater yang direka untuk orang yang ingin belajar cara-cara menentang penindasan yang berlaku dalam kehidupan harian mereka. Teater bagi Golongan yang Ditindas (Theatre of the Oppressed) adalah mengenai melakukan aksi lebih daripada bercakap, menyoal lebih daripada sekadar memberi jawapan, menganalisis lebih daripada menerima (Boal.1992:xxiv). Persembahan teater tersebut seharusnya melibatkan ‘dialog’ dengan penonton dan bukan ‘percakapan sehala’ (‘one-way street talking’) seperti yang berlaku dalam teater konvensional atau realistik di mana hubungan intransitif mengambil alih; segalanya bergerak dari pentas ke auditorium, emosi, idea dan malah isu kemoralan dipindahkan ke arah tersebut dan tidak ada satu pun yang bergerak ke arah yang sebaliknya. Secara kontras, dalam Teater bagi Golongan yang Ditindas (Theatre of the Oppressed), dialog dicipta; ketransitifan bukan sekadar ditolerasikan tetapi ia digalakkan secara aktif. Teater bagi Golongan yang Ditindas (Theatre of the Oppressed) adalah satu hubungan transitif di mana pelakon itu bukan sahaja menyampaikan ucapannya tetapi penonton juga perlu menjawab apa yang dilihat dan didengar. Ia adalah jalan dua hala. Teater itu bertanyakan soalan kepada penonton dan mengharapkan jawapan (Boal.1998:20). Semua manusia mempunyai keinginan dan keperluan untuk berkomunikasi dan ketidakwujudan komunikasi akan mengakibatkan penindasan.

Teater bagi Golongan yang Ditindas (Theatre of the Oppressed) adalah teater yang dipolitikkan dengan satu perbezaan: tidak didominasi oleh penulis drama secara sosial dan juga secara politik, tetapi satu acara di mana ‘spect-actor’ secara literal membuat semula dunia ini (Lavender.1995:32). Aspek utama Teater bagi Golongan yang Ditindas (Theatre of the Oppressed) adalah memposisikan semula hubungan pelakon-penonton supaya tidak ada pemisahan di antara pelakon dan penonton. Teater ini mengundang penonton supaya memberi sumbangan dengan mengambil bahagian dan mencuba idea-idea mereka sendiri: mereka akan nampak satu watak, mereka akan nampak masalah mereka, mereka akan nampak diri mereka dikalahkan oleh masalah mereka dan mereka patut buat sesuatu terhadap masalah tersebut.

Boal melihat teater sebagai satu senjata yang sangat efisien untuk pembebasan (Boal.2000:ix). Teater bukan sahaja untuk hiburan tetapi juga satu medium untuk perubahan sosial. Teater bagi Golongan yang Ditindas (Theatre of the Oppressed) adalah teater gaya penyertaan. Tiada pelakon terlatih yang terlibat tetapi orang awam, bermotivasi untuk menulis skrip dan berlakon dalam teater yang dicadangkan oleh Boal. Masalah-masalah yang digambarkan dalam Teater bagi Golongan yang Ditindas (Theatre of the Oppressed) adalah dijana daripada pengalaman harian penonton. Boal dengan penuh tekad tidak mengenakan definisi penindasan daripada perspektif kefahaman yang khusus, tetapi menerima babak yang dilihat oleh penonton sendiri sebagai penindasan. Selaras dengan keinginannya untuk memberi kuasa kepada ‘penonton’, setiap orang digalakkan untuk mengambil bahagian dalam senario-senario pendek yang dimainkan. Bagi Boal, teater adalah “seni melihat kepada diri sendiri... Semua manusia adalah Pelakon (mereka berlakon!) dan Penonton (mereka menonton!). Mereka adalah ‘Spect-actors’” (Boal.1992:xxx).

Walaupun Teater bagi Golongan Yang Ditindas (Theatre of the Oppressed) dibantu oleh seseorang yang tahu bentuk-bentuk struktural teater tersebut, dan seseorang yang boleh menggalakkan perbincangan, namun tidak ada pengarah artistik yang terlibat dalam teater ini dan sesiapa pun boleh mencadangkan perubahan-perubahan dalam cara suatu babak dimainkan. Penonton bukan sahaja memberi komen pada aksi, malah mencelah secara langsung dalam aksi tersebut, mengambil bahagian sebagai protagonis dan cuba untuk membawa pementasan tersebut kepada kesimpulan yang berbeza. Ia adalah sejenis terapi sosial di mana orang (penonton) bukan sahaja menonton pementasan tersebut malah digalakkan untuk turut serta dalam pementasan itu serta memberi idea dan penyelesaian kepada masalah-masalah. Para penonton bukan lagi penerima pasif; ia adalah satu perhimpunan ‘spect-actor’ (penonton aktif) yang membawa pengalaman mereka sendiri dan cadangan-cadangan kepada soalan, “Apa yang perlu dibuat?”. Dalam erti kata lain, setiap orang bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri dan apabila masalah timbul, semua patut melibatkan diri dalam mencari cara-cara yang boleh menyelesaikan masalah dan tidak sekadar bergantung kepada pihak berkuasa, ahli-ahli politik atau para akademik untuk tampil memberikan jawapan.


Kategori-kategori Teater bagi Golongan yang Ditindas (Theatre of the Oppressed)

Boal telah membahagikan Teater bagi Golongan yang Ditindas (Theatre of the Oppressed) kepada empat kategori yang berkaitan antara satu sama lain: Teater Imej (Image Theatre), Invisible Theatre, Teater Forum (Forum Theatre), dan Rainbow of Desire.

Teater Forum adalah permainan berbentuk teater di mana masalah ditunjukkan dalam bentuk yang belum selesai, yang mana ‘spect-actor’ dijemput untuk mencadangkan dan melakonkan penyelesaian. Masalah itu selalunya adalah simptom penindasan dan melibatkan sekumpulan penindas dan seorang protagonis sebagai yang ditindas. Dalam bentuk yang paling asli, kedua-dua pelakon dan ‘spect-actor’ adalah mangsa-mangsa penindasan (Boal.1992:xxi). Itu adalah kerana mereka boleh menawarkan penyelesaian alternatif, kerana mereka sendiri secara peribadi terlibat dengan penindasan dan mengalami penindasan. Teater Forum adalah bersifat aktif, berbentuk interaktif yang melibatkan penonton dalam debat berteater dengan pelakon dan dengan satu sama lain dalam satu percubaan untuk melihat isu-isu penindasan dalam pelbagai situasi dan dengan had penyertaan yang besar. Teater Forum dicadangkan sebagai latihan untuk kehidupan sebenar, menawarkan orang ramai pelbagai strategi praktikal untuk kehidupan.

Bentuk Teater Forum

Teater Forum adalah bentuk ‘pertandingan’ di antara ‘spect-actors’ yang cuba membawa pementasan itu ke penghujung yang berbeza di mana kitaran penindasan telah diputuskan dan pelakon (antagonis) yang mencuba segala usaha untuk membawa pementasan tersebut ke penghujung yang asal di mana yang ditindas telah dikalahkan dan penindas telah berjaya (Boal.1992: xxi). Prosiding itu dibimbing atau dibantu oleh seorang yang dipanggil ‘Joker’ yang berfungsi untuk memastikan aliran permainan dan mengajar penonton peraturan-peraturan permainan. ‘Joker’ itu juga boleh diganti oleh mana-mana ‘spect-actors’ jika dia tidak berlaku adil. Peraturan permainan boleh ditukar atau diubah jika penonton ingin mengikut adat dan budaya mereka. Pelbagai penyelesaian berbeza boleh dilakonkan ke arah forum tunggal. Teater forum tidak pernah mengenai usaha memudahkan yang benar dan salah, mahupun menjadi sebuah teater didaktik. Teater Forum adalah mengenai sejumlah orang yang percaya pada sesuatu dalam sedetik masa, dan apa yang dipercayai oleh sejumlah orang tersebut tidak semestinya sama seperti apa yang difikirkan oleh sejumlah orang lagi. Manusia melihat atau merasa masalah daripada perspektif yang berbeza bergantung kepada pengalaman mereka dalam kehidupan. Titik fokus Teater Forum bukan sahaja untuk cuba menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi, juga untuk menjadikan manusia lebih sedar kepada sesuatu masalah, melihat sesuatu masalah daripada perspektif yang berbeza dan membuat manusia sedar bahawa ada beberapa cara untuk berurusan dengan masalah tersebut (Boal.1995:xix).

Dramaturgi Teater Forum

Di dalam memastikan keberkesanan Teater Forum, kita perlu memahami elemen-elemen yang terdapat di dalam Teater Forum.

Fungsi-fungsi Pelakon

Teater Forum memerlukan banyak improvisasi, kespontanan, kreativiti, imaginasi dan kadangkala inovasi. Kreativiti dan kespontanan adalah sangat penting bagi pelakon-pelakon dalam Teater Forum (Boal.1992:237). Dalam persembahan mereka mesti tiada sedikit pun sikap keangkuhan yang ditunjukkan yang biasanya didapati dalam persembahan teater yang biasa, kerana persembahan anti-model sepatutnya menyatakan kesangsian. Setiap aksi dan frasa seharusnya mengandungi kepalsuan proposisinya sendiri yang mana dapat membuka kemungkinan untuk menyatakan yang berlawanan dengan apa yang dipersembahkan. Mana-mana gaya berbentuk teater adalah dibenarkan jika ia dapat mencapai objektif forum tersebut. Pelakon-pelakon mestilah mempunyai gaya fizikal lakonan, di mana mereka dengan jayanya boleh menyerlahkan ideologi, kerja, fungsi sosial dan profesion watak mereka (Boal.1992:19). Pelakon itu tidak akan ‘menjadi’ watak tersebut seperti dalam pendekatan Stanislavkian untuk berlakon, malah pelakon sekadar ‘mendemonstrasikan’ sikap watak tersebut sementara mengekalkan kebebasan untuk memberi komen pada aksi-aksi orang yang mana perangainya sedang dilakonkan oleh pelakon tersebut. Pelakon-pelakon itu juga mesti cuba untuk menginterpretasikan semua watak, tidak sekadar memberi fokus kepada watak sendiri sahaja, yang mana bermaksud setiap pelakon tidak semestinya bertumpu kepada wataknya, tetapi mesti memberi jumlah masa yang sama untuk mempelajari watak-watak yang lain (Boal.1992:19). Usaha ini dibuat untuk mengelakkan daripada memberi pelakon yang sama watak yang sama dua kali kerana pengagihan watak dibuat di setiap babak. Tambahan pula dengan mengarah pelakon-pelakon dengan watak-watak yang bertentangan, dapat mengurangkan indentifikasi mereka dengan watak mereka dan memudahkan pemahaman yang mendalam bagi watak yang lain.

Semasa forum itu berlangsung, pelakon-pelakon mestilah sangat dialektik, kreatif dan mestilah spontan ketika menghadapi ‘spect-actors’ (Boal.1992:237). Apabila mereka mengambil kedudukan yang bertentangan dengan seorang ‘spect-actor’/protagonis yang ingin mematahkan penindasan, mereka mesti menunjukkan bahawa penindasan tidak mudah dikalahkan. Mereka mesti menunjukkan kerumitan, yang mana akan timbul, sementara mengekalkan cara yang akan menggalakkan ‘spect-actor’ tersebut mematahkan penindasan. Ini bermakna bahawa, semasa masih menentang setiap fasa dan aksi, mereka mesti membangunkan ‘spect-actor’ itu ke kedudukan yang lain, pendekatan yang lain. Bukan itu sahaja, pelakon itu mesti tahu bila perlu ‘berundur’. Semasa menghalang percubaan untuk mematahkan penindasan, mereka seharusnya merangsang ‘spect-actor’ itu untuk mencapai matlamatnya. Ini adalah sangat penting diingat bahawa sekiranya pelakon itu terlalu tegas, yang mana cukup biasa dengan pelakon-pelakon profesional, pelakon itu akan melemahkan dan menakutkan ‘spect-actor’ tersebut. Manakala, sekiranya pelakon itu terlalu lembut dan lemah, dia akan mengelirukan ‘spect-actor’ itu untuk percaya bahawa masalah yang dimainkan dalam pementasan itu lebih mudah diselesaikan daripada yang difikir oleh ‘spect-actor’ itu (Boal.1992:237). Boal membandingkan kemampuan yang perlu ditunjukkan oleh pelakon-pelakon Forum dengan kesan aisberg:

Di atas lautan, hanya 10% aisberg sahaja yang tampak – maka itulah yang kita
Tunjukkan pada watak itu. Namun, ada 90% lagi aisberg di bawah lautan
– itulah bahagian yang terbesar dalam watak itu, yang mana ia ditunjukkan
hanya bila perlu; pelakon yang melakonkan watak ini mesti tahu bahagian 90%
itu apa yang akan dilakukannya jika ditekan. (Johnston C, 1998: 239).

Pelakon mesti tahu bagaimana memberi dan menerima dan bagaimana bertahan dan meneruskan. Mereka tidak harus takut kehilangan tempat mereka sebagai pelakon kerana apa yang dikehendaki oleh teater forum adalah respons aktif dan maklum balas daripada ‘spect-actors’.

Protagonis

Protagonis (watak yang ditindas) mewakili watak yang konkrit daripada realiti. Ini adalah satu-satunya fungsi di mana satu hubungan yang sempurna dan kekal di antara pelakon dan watak itu berlaku. Seorang pelakon menggambarkan seorang protagonis. Di sini empati berlaku. Terdapat beberapa syarat untuk menjalankan fungsi ini, di mana pelakon boleh menggunakan interpretasi Stanislavskian (Boal.1970:93). Pelakon tidak boleh melakonkan lebih daripada apa yang watak itu boleh lakukan sebagai manusia. Pelakon itu mesti berkelakuan seperti watak itu; mempunyai pandangan seperti watak itu dan bukan diri pelakon itu sendiri. Kewujudannya tidak pernah diganggu walaupun ‘Joker’ itu mungkin akan menganalisis beberapa butiran pementasan itu dengan menemuramah pelakon itu, pelakon itu akan menjawab seperti watak yang dilakonkan (Boal.1970:93). Pelakon itu adalah satu lambang “cebisan dari kehidupan” (“slice of life”), dokumentari kehidupan dan perkara sebenar. Protagonis tidak semestinya selari dengan watak utama. Walaupun begitu, ciri-ciri yang disebutkan itu masih boleh disesuaikan. Pelakon yang memainkan watak protagonis tidak perlu sama seperti orang yang sebenar. Ia akan menjadi lebih baik jika personaliti watak-watak dipersembahkan dalam bentuk komik atau bersifat sindiran kerana untuk memberitahu atau menunjukkan kelemahan dan masalah manusia itu adalah satu perkara serius, dan kadangkala ia boleh menyakitkan perasaan.
‘Spect-actor’

‘Spect-actor’ adalah istilah ciptaan Boal untuk menerangkan salah seorang daripada penonton yang mengambil bahagian dalam lakonan dalam apa juga cara. ‘Spect-actor’ adalah seorang penonton yang aktif seperti yang menentang kepasifan yang biasanya berhubung kait dengan peranan penonton. ‘Spect-actor’ datang daripada dua perkataan yang berlainan: spectator (penonton) adalah seorang yang duduk dan menonton suatu aktiviti tanpa turut serta, dan actor (pelakon) adalah seorang yang berpura-pura menjadi seseorang semasa berlakon dalam filem, persembahan teater, atau program television atau radio. Dalam kes ini, ‘spect-actor’ bermaksud seseorang atau salah seorang daripada penonton yang mencelah dalam satu senario atas pentas yang belum selesai untuk cuba memutuskan satu kitaran bergambarkan penindasan (pementasan tersebut) (Boal.1992:xxiv). ‘Spect-actor’ boleh menggantikan pelakon dan kadangkala mengubah suai watak itu tetapi dia mestilah menghormati masalah yang ‘diberi’. Dia tidak boleh menukar keadaan sosial yang diberi oleh masalah itu. Dia tidak boleh mengubah hubungan keturunan antara watak, zaman, status ekonomi, yang mana mensyaratkan lakonan mereka. Jika faktor-faktor ini diubah, penyelesaian-penyelesaian itu tidak akan berguna kerana penyelesaian-penyelesaian itu hanya boleh diaplikasi ke atas kes-kes yang tidak berkaitan dengan yang telah dicadangkan dalam model itu. Kedua, pelakon itu hanya boleh mengubah ciri-ciri motivasi bukan motivasi watak. Bagaimanapun, dalam menentukan kejayaan Forum Teater, latar belakang ‘spect-actors’ perlu dijelaskan. ‘Spect-actors’ mestilah datang daripada latar belakang atau budaya atau berkongsi masalah yang sama dan sudah lazim dengan situasi yang disembahkan. Jika tidak, ‘spect-actors’ itu tidak akan dapat melibatkan diri mereka dalam forum itu kerana mereka tidak akan memahami keadaan masalah yang disampaikan.
Korus (Chorus) / ‘Coryphaeus’

Korus dibahagikan kepada dua iaitu deuteragonis dan antagonis. Deuteragonis melakonkan peranan yang menyokong protagonis, seperti yang dikatakan oleh Boal sebagai korus “baik” (Boal.2000:182). Manakala antagonis mewakili peranan-peranan berlawanan atau korus “jahat”. Setiap seorang mempunyai ‘coryphaeus’nya sendiri. Korus boleh menggantikan ‘Joker’, misalnya, apabila ‘Joker’ memainkan watak protagonis (Boal.1970:93). Korus tidak perlu mempunyai jumlah pelakon yang tetap dan jumlahnya mungkin berubah daripada satu episod ke satu episod yang lain.

Kostum

Terdapat dua jenis kostum, yang asas berkaitan dengan fungsi dan korus di mana fungsi itu terletak. Satu kostum lagi berkaitan tidak kepada setiap watak tetapi kepada peranan-peranan sosial yang berbeza yang akan dilakonkan semasa konflik pementasan itu. Hanya satu kostum sahaja yang akan dibenarkan untuk setiap peranan sosial. Jika terdapat dua atau lebih pelakon yang melakonkan watak yang sama pada pentas yang sama pada masa yang sama, maka kostum itu mestilah boleh digunakan oleh sebilangan pelakon dengan serentak dan membolehkan para penonton mengenal pasti secara visual semua pelakon yang melakonkan watak yang sama. Watak-watak itu mesti boleh dikenal pasti melalui pakaian yang dipakai dan objek-objek yang digunakan (Boal.1992:235). Sering kali penindasan digambarkan dalam pakaian, dalam kebendaan. Objek-objek dan pakaian mestilah nyata, dikenakan, jelas dan merangsang. Lebih banyak perhatian diberikan ke atas estetik persembahan itu, lebih lagi ia akan merangsangkan, dan lebih ramai penonton yang akan mengambil bahagian. Ini mempunyai hubungan dengan persona dramatik di mana seorang ‘spect-actor’ di dalam kostum wataknya akan rasa lebih dilindungi. Dia lebih bebas dan kreatif. Bagaimanapun, yang paling penting sekali adalah, kostum-kostum itu mesti mudah bagi ‘spect-actors’ itu untuk keluar dan masuk daripada kostum itu, dengan kekalutan yang minimum.
Orkestra Bunyian (Choral Orchestra)

Muzik mempunyai kuasa, bebas daripada konsep-konsep, untuk menyediakan penonton dalam cara yang segera, secara imaginatif, untuk penerimaan teks-teks yang hanya boleh diserap melalui sebab pengalaman itu (Boal.2000:170). Instrumen-instrumen asas yang dicadangkan oleh Boal adalah gitar, seruling dan gendang (Boal.1970:93). Pemuzik-pemuzik boleh juga memainkan instrumen-instrumen yang lain. Ini boleh daripada sebarang instrumen muzikal dan bergantung kepada pengaruh-pengaruh masyarakat dan budaya. Selain daripada sokongan muzikal, orkestra itu juga menyanyi, bersendirian atau bersama dengan coryphaeus, segala komen adalah bersifatkan informatif atau imaginatif. Ada kalanya orkestra itu juga berfungsi untuk membantu ‘Joker’ untuk membuat demonstrasi, menjelaskan cerita, pengisian semasa pertukaran babak, menimbulkan mood persembahan dan lain-lain (Boal.1970:93).
signed Daddy Long-Legged
salam untuk semua pembaca blog g-tel yang budiman... saya amat gembira dengan bertambahnya jumlah pembaca kita...walau slow kata org melayu...tapi sedikit2 lama2 jadi bukit...

semester baru ini...kita mulakan dengan azam baru...azam teater musim ini ialah menjadikan grup ini terus kukuh dipersada teater tanahair...fokus kali ini memartabatkan seni tradisional sabah!!! sabah kaya dengan pelbagai khazanah kesenian dan kebudayaan.. malangnya UMS dan SENI (nama lamanya ialah sps) khasnya tidak mengambil peluang ini sebaik2nya untuk menggali dan mengumpulkan seni budaya yang ada...dah 10 tahun SENI wujud...tapi tidak ada satupun kajian seni budaya sabah yang terbuku!!!! IPTA lain di semenanjung sibuk mencari dan menggali khazanah di Sabah...mereka sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk datang ke Sabah ini asalkan mereka berhasil membawa pulang khazanah seni ini ke semenanjung....kalau ini dibiarkan...dan kita terus lena di hanyut mimpi kosong macam Mat Jenin...nescaya suatu hari nanti...tidak mustahil kita yang akan terpaksa ke semenanjung untuk mengkaji budaya kita sendiri...kalau ini terjadi alangkah malangnya nasib anak sabah....

apa pun masalahnya, masih belum terlambat untuk kita di SENI ini...wahai anak sabah sekalian..marilah kita sama2 membbangunkan dan menggali sebanyak mungkin khazanah seni sabah yang ada...kita ni di ums dan ums ni di SABAH...bukan di KL! Hallloooooo...bangunlah!!!! UMS merupakan satu2nya ipta yang ada pengajian seni di sabah...maka sudah menjadi kewajipan...ulang sekali lagi adik-adik....apa dia???? sudah menjadi kewajipan kepada semua anak SENI untuk menyahut seruan ini..kalau tunggak di SENI tak mahu buat...anak labah2 mesti menyahut panggilan pulau ini... marilah kita berusaha mengangkat seni budaya yang ada di Sabah...kita dah mula dengan berdundang...walaupun tak seberapa...tapi itu permulaan...harap g-tel akan terus mengorak langkah memartabatkan seni yang ada di Sabah ini.

jangan sampai jadi seperti Pak Kadok...ayam menang kampung tergadai.
signed Daddy Long-Legged author
Wednesday, January 13, 2010 at 1:30 PM | 0 comments  
Asalamualaikum n salam sejahtera... Buat adik2 gtel teruskan hidup dalam perjuangan labah2hitam... jangan berputus asa... untuk pengetahuan semua, Brother Pirate Spiders memperkenalkan diri n baru memasuki ruangan ini... G-TEL semakin dikenali di persada seni teater tanah air... satu pencapaian yg boleh dibanggakan... namun "Jangan lupa Rumput di Bumi Bila Mata Memandang ke Langit"...

Kita kembali kpd sejarah perjuangan ahli2 yg terdiri dr kakak n abang2 kalian bersama en Andika menempuh pelbagai suka dan duka dalam usaha menaik dan memajukan G-TEL... Kami ketika itu susah dan serba kepayahan... namun "Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat"... walau bercakaran kerana berbeza pendapat namun kami profesional untuk kemajuan G-Tel dan Teater di kampus ketika itu... Ibarat "Carik-carik Bulu Ayam Akhirnya Bercantum Juga"...

Dahulu sebelum ada bangunan sendiri kita (Program Seni Kreatif -Teater)ibarat "Melukut di Tepi Gantang"... Berlatih di tepi corridor atau di ruang2 kosong yg terdapat di bangunan SSS... Nak buat kerja-kerja pentas untuk rekaan sinografi terpaksa kena pandai-pandai cari tempat dan pernah BIG BOSS kita zaman itu naik minyak dan mengarahkan Pensyarah kita sendiri mencuci lantai kerana kotor konon dek kesan warna cat set yg geng-geng kita kerjakan... peristiwa itu dikongsi sendiri oleh SENIOR kita yg prihatin n membantu dua pensyarah malang itu... namun apapun TABIK SPRING pada pensyarah kita yg struggle en Andika n En Mansor tidak lupa jg SENIOR kita yg terlibat sama dlm insiden itu (Maybe en Andy o En mansor masih ingat)...

Malang Tidak Berbau Tetapi Malang Tidak Selalu Menerjah bagi orang yang tahu bersyukur, rajin, kuat semangat dan ikhlas... Buktinya G-TEL telah bangun dengan kejayaan2 mengharumkan nama SPS dan UMS... semenjak 1996 belum ada pelajar yang mengambil teater sebagai MAJOR... namun 2003 mencatat sejarah apabila lahirnya 5 JAHANAM (2 Lelaki dan 3 Perempuan) yang berusaha meyakinkan DEKAN untuk membenarkan TEATER disenaraikan sebagai MAJOR PILIHAN walaupun jumlah yg mengambilnya tidak mencapai sasaran DEKAN dan hampir dimansuhkan TEATER sebagai major ketika itu... namun atas keberanian, iltizam, kesungguhan, keyakinan dan kebijaksanaan 5 JAHANAM tersebut akhirnya DEKAN akur dan memberi kepercayaan dan keyakinan tinggi kepada senior terdahulu... dari situlah bermulanya sejarah TEATER diangakat martabatnya untuk MAJOR PILIHAN pelajar walaupun sebelum itu bermacam halangan dan dugaan berlaku yg gagal meletakkan TEATER sebagai MAJOR PILIHAN... Kini, sejak 2003 hingga kini TEATER telah dimurnikan dengan bilangan pelajar yg memilihnya sebagai MAJOR PILIHAN mengatasi jumlah 5 JAHANAM... Adik-adik carilah abang2 n kakak2 senior yg digelar 5 JAHANAM oleh DEKAN ketika itu... merekalah yg mencetuskan sejarah sehingga adik-adik semakin kukuh bersama G-TEL ketika ini...

En Andika... siapa yg tidak kenal dengannya... namun siapa yang boleh memahaminya... berapa ramai anak muridnya yang sanggup berhadapan dengannya untuk berbincang atau mengemukakan masalah atau ketidakpuasan hati... dia ibarat abang n bapa kepada kita... bukan memuji... tiada manusia yg sempurna... pasti ada kebaikan n kelemahan... namun kita ambillah yang baik-baik sahaja... yang buruk tu kita singkirkan... namun utk menjadi manusia hebat kita perlu pertimbangkan kebaikan dan keburukan seseorang namun bukan menghina atau menjatuhkannya... En Andy Jasamu dikenang dan dihargai hingga akhir hayat... tanpamu siapala PIRATE SPIDERS...

Sekarang adik2 G-TEL semakin maju dan dapat merasakan prasarana yang canggih d SPS... PIRATE SPIDERS mendoakan agar kalian dapat menghasilkan produk SPS yang terbaik khususnya TEATER di UMS... PIRATE SPIDERS amat berbangga di atas kejayaan2 yg dikecapi oleh anak LABAH_LABAH menerusi JARING G-TEL... Tahniah n Syabas utk semua family G-TEL khususnya En Andika Aziz Hussin... Nyanyikan lagu ini (Ikut versi P.Ramlee dlm filem Ahmad Albab"...KITA SEMUA SEPAKAT DI KAMPUNG HAI PENING LALAT... MENGUCAPKAN SELAMAT ..... WELCOM TO HELL!!!..."

Selamat tahun baru 2010... di tahun baru AZAM MESTI BARU... setakat azam je tak bermakna kalau tak dikerjakan dengan perbuatan... jangan pula lupa berdoa pada PENCIPTA kita juga k... Akhir kalam... kalau ada terkasar bahasa ampun dan maaf dipinta... yg baik dari Allah dan yg kurang baik dari PIRATE SPIDERS... Wasalamualaikum...
signed Daddy Long-Legged
Tuesday, January 12, 2010 at 12:13 AM | 0 comments  
Kepada semua followers lelabah...anda boleh berinteraksi dengan ahli2 lain dengan pelbagai cara, dan sekarang anda boleh berbincang, juga menghantar post di face dengan menjadi ahli iaitu di Grup Teater Lab (G-TeL) Universiti Malaysia Sabah. tapi jangan lupa blog ni pun tetap kita layan k! ;-) piau-piau zrasssss!!!
signed Tarantula Mr.Bomb author
Monday, January 11, 2010 at 12:08 AM | 0 comments  
Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Awam Malaysia (MAKUM) dan Penganjuran Festival Kebudayaan Universiti –Universiti Malaysia (FEStKUM) 2009
Oleh: Andika Aziz Hussin dan Rohani Hadi
Ahli Majlis MAKUM UMS


Bila disebut perkataan MAKUM, ramai yang terpinga-pinga tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan MAKUM. MAKUM adalah nama singkatan kepada Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia. Ia adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah naungan Jawatankuasa Sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Reaktor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti-universiti Malaysia. MAKUM ditubuhkan pada 11 Febuari 1993 berlandaskan kesedaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh universiti-universiti berhubung dengan hal ehwal kebudayaan. Pada awal penubuhan majlis ini dianggotai oleh lima buah universiti sahaja iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Misi MAKUM adalah untuk memartabatkan aktiviti kebudayaan dan kesenian di IPTA sebagai satu saluran dalam meningkatkan kemahiran pelajar (soft-skills). Jumlah keahlian MAKUM semakin berkembang dan sehingga kini telah dianggotai oleh semua wakil daripada 20 buah IPTA dan sekretariat penerajunya digilirkan antara anggota setiap dua tahun sekali. Bagi sesi 2009/2010, Timbalan Naib Canselor HEPA Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah Pengerusi Sekretariat manakala Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertindak selaku Timbalan Pengerusi Sekretariat. Dasar MAKUM ialah menasihat, memimpin, menyelaras dan memantau perkara-perkara mengenai kebudayaan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bertunjangkan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Antara objektif-objektif penting penubuhan MAKUM ini ialah;
i. Mengembangkan seni dan budaya melalui penyelidikan, latihan, festival, pertandingan seminar, lawatan kebudayaan dan menyokong dalam menyediakan kemudahan yang lengkap bagi kepentingan aktiviti seni budaya di kalangan pelajar.
ii. Merancang dan menyelaras perlaksanaan aktiviti seni, budaya pelajar IPTA
iii. Memberi nasihat dan panduan kepada persatuan, kelab dan lain-lain badan kebudayaan dan kesenian di IPTA.
iv. Menggalakkan penyertaan dan penglibatan mahasiswa berbilang kaum dalam kegiatan kebudayaan dan kesenian di IPTA yang secara langsung dapat mewujudkan integrasi nasional.
Sepanjang tempoh hampir 16 tahun penubuhan MAKUM, setiap IPTA telah merancang dengan aktif dan melaksanakan pelbagai aktiviti baik yang berbentuk festival, seminar, bengkel, lawatan dan lain-lain. Antara aktiviti yang telah dianjurkan saban tahun ialah Festival Teater MAKUM, Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka, Festival Nasyid, Pertandingan Dikir Barat, Fiesta Muzika, Festival Dondang Sayang, Festival Keroncong, Kursus Pengacaraan Majlis, Perhimpunan Siswa Merdeka, Bengkel Produksi Teater, Bengkel dan Festival Dekon, Bengkel Tarian, Bengkel Boria, Bengkel Kuda Kepang dan Eksplorasi Seni Visual Sabah.
MAKUM merupakan satu entiti yang begitu gigih berusaha dalam pemerkasaan dan pembinaan kualiti diri pelajar di peringkat IPTA. Pelbagai program seni budaya dilaksanakan oleh MAKUM bagi mencerminkan keperibadian mulia dan memupuk mentality cinta budaya kebangsaan di kalangan warga sarjana. Ini sudah tentu memerlukan kesepaduan semua IPTA khususnya tenaga penggerak MAKUM dalam proses yang berterusan dan bersifat kesepakatan bistari. Perancangan kalendar penganjuran aktiviti kebudayaan dan kesenian MAKUM 2009 menunjukkan sebanyak 26 aktiviti seni telah dirancang untuk dilaksanakan oleh sejumlah 20 IPTA. Berdasarkan statistik tahun 2008 sebanyak 16 program sahaja yang berjaya dilaksanakan. Justeru itu satu pendekatan baru perlu diterapkan bagi meningkatkan kemampuan MAKUM dalam mencapai kejayaan penganjuran seni budaya yang lebih holistik dan realistik untuk mencapai sasaran dan objektif program seni budaya. Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia atau FEStKUM 2009 merupakan satu wadah untuk menggabungkan kesemua penganjuran program kebudayaan dan kesenian dalam satu penganjuran bersifat gala dan lebih tersusun. FEStKUM 2009 akan menggabungkan pelbagai bidang kesenian pelbagai kaum dalam satu penganjuran berkonsepkan pertandingan seni. Penganjuran FEStKUM 2009 bukan sahaja berupaya mengharmonikan aktiviti-aktiviti kesenian di kalangan warga sarjana malah dapat member kesan yang lebih positif, kerjasama yang lebih terpimpin, meluas dan berkualiti kepada pelajar-pelajar IPTA dalam memanifestasikan kesenian bersifat kebangsaan dengan lebih gah dan tersohor.
Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FEStKUM) 2009 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) bertemakan “Satu Budaya” menggambarkan aspirasi kerajaan yang memperkenalkan slogan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Untuk mencapai tema murni ini, penyusunan acara juga disesuaikan agar ia tidak bercanggah dengan dasar MAKUM yang selari dengan tiga prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti;
i. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu.
ii. Unsur-unsur Kebudayaan Lain yang Dianggap Sesuai dan Wajar boleh diterima. Ini kerana kebudayaan itu dilihat sebagai sesuatu yang bersifat dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.
iii. Islam menjadi Unsur yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

FEStKUM telah berlangsung pada 9hb-14hb Disember 2009 melibatkan penyertaan sebanyak 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Negara. Acara yang julung-julung kalinya diadakan ini telah membuka satu lembaran baru dalam aspek penganjuran festival kebudayaan di IPTA. Kejayaan penganjuran FEStKUM menjadi kayu ukur positif kepada imej MAKUM disamping dapat menguji tahap kemampuan ahli-ahli MAKUM setiap IPTA dalam bekerjasama menganjurkan acara mega seumpamanya.
Penggabungan semua penganjuran program kebudayaan dan kesenian yang dilaksanakan secara berpusat dilihat lebih menjimatkan dan lebih sistematik. Dimaklumkan jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan untuk menganjurkan acara FEStKUM secara keseluruhannya tidak mencecah RM1 juta. FEStKUM 2009 yang dianjurkan buat pertama kali ini mampu memberi kesan yang mendalam serta mampu mengharmonikan aktiviti kesenian di kalangan mahasiswa sekaligus kakitangan universiti yang terlibat. Pelbagai cabang seni yang disatukan berjaya menonjolkan tema 1 Malaysia seperti yang cuba diterapkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Razak. FEStKUM wajar dijadikan sebagai acara tahunan yang besar kerana mampu menggerakkan mahasiswa untuk menonjolkan bakat dan curahan idea serta dapat memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk terus berkarya, berkreatif dan berinovasi. Selaras dengan tujuan FEStKUM diadakan kerjasama erat daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara adalah sangat dihargai dalam usaha mengintegrasikan keunikan budaya dan masyarakat.

Terdapat 5 kategori kesenian yang dipertandingkan iaitu Seni Tari yang terdiri daripada Tarian Zapin, Cina dan India, Warisan Rakyat iaitu Boria dan Dikir Barat, Seni Suara iaitu lagu Irama Malaysia, Seni Muzik Akustika dan Tradisi Lisan Pantun. Untukm peringkat pertama FEStKUM dianjurkan, empat buah universiti telah bersetuju menjadi tuan rumah bagi setiap kategori tersebut. Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi tuan rumah untuk acara Seni Tari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi tuan rumah untuk acara Dikir Barat dan Boria sekaligus menjadi tempat pilihan untuk majlis perasmian FEStKUM pada 10hb Disember 2009 yang disempurnakan oleh BRIG. JEN. Dato’ Prof.Dr.Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) merangkap Pengerusi MAKUM. Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula menjadi tuan rumah untuk acara Muzik Akustika manakala Universiti Malaya (UM) pula menjadi tuan rumah untuk acara Seni Suara Irama Malaysia dan Tradisi Lisan Pantun serta turut menjadi tempat Majlis perasmian penutupan yang telah di buat pada 14 Disember 2009.
Buat pertama kalinya diadakan dengan merujuk kepada konsep penganjuran sukan, FEStKUM turut menawarkan hadiah berbentuk pingat emas, perak dan gangsa termasuklah habuan sejumlah wang tunai kepada mana-mana IPTA yang berjaya menggondol pingat emas terbanyak. Seramai 1550 peserta dan pegawai dari pelbagai IPTA telah menyertai FEStKUM 2009 dan ditempatkan di empat buah IPTA (UM, UKM, UPM dan UiTM). Universiti Malaysia Sabah berjaya merangkul dua anugerah iaitu Johan untuk kategori Busana Lelaki Terbaik iaitu Elton Ciddy B. Jali yang menggayakan busana lengkap tradisi suku kaum Rungus Sabah dan pingat Perak untuk kategori Muzik Akustika.



Namun di sebalik kemeriahan dan kejayaan penganjuran sulung FEStKUM ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sewajarnya oleh semua IPTA yang bakal menganjurkannya demi untuk pembangunan FEStKUM jika ia mahu diteruskan di masa yang akan datang dan diperlihatkan sebagai memberi input yang baik untuk pembangunan sahsiah dan kemahiran pelajar bersesuaian dengan matlamat FEStKUM. Pertamanya, kejayaan penganjuran FEStKUM secara umumnya berjaya dilaksanakan dan secara langsung, key performance indicator (KPI) setiap penyelaras MAKUM yang terlibat telah tercapai dengan flying colours. Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis MAKUM yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam menjayakannya. Namun berbalik kepada matlamat penubuhan MAKUM dan penganjuran FEStKUM, adakah ia tercapai seperti yang diharapkan? Insiden `mengeboo’ yang melibatkan sekumpulan pelajar pada malam penutupan FEStKUM amat mengecewakan. Ia berlaku di hadapan timbalan menteri Pengajian Tinggi dan Naib-naib Canselor IPTA. Mengapa boleh berlaku keadaan seperti ini? Penganjur telah dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan dalam perkara ini.
Keduanya, pengisian utama penganjuran FEStKUM adalah sebagai medan latihan untuk para pelajar IPTA menunjukkan bakat melalui pertandingan-pertandingan kebudayaan dan kesenian dan nampaknya ia jelas terlaksana dengan jayanya. Namun jika diimbas semula secara mendalam, disebalik kejayaan gemilang penganjuran itu adakah pengalakan penyertaan dan penglibatan mahasiswa berbilang kaum dalam kegiatan kebudayaan dan kesenian seperti yang tercatat di dalam objektif MAKUM terlaksana? Adakah matlamat slogan Satu Malaysia itu benar-benar tercapai? Di sebalik penganjuran acara-acara kebudayaan dan kesenian, sejauh manakah dapat dilihat penglibatan acara yang merangkumi pelbagai kaum? Berapakah jumlah peserta bukan Melayu yang turut serta dalam acara Dikir Barat umpamanya? Apakah dengan hanya menyelitkan pertandingan tarian Cina dan India sahaja sudah memadai untuk kita mengatakan bahawa kita telah menyahut slogan `Satu Malaysia’ yang digagaskan oleh Perdana Menteri kita? Adakah itu sudah menunjukkan wujudnya perpaduan kaum, saling hormat-menghormati yang kukuh serta integrasi nasional yang mantap?

Alangkah manisnya kalau kita dapat melihat pelbagai kaum di dalam satu acara tarian umpamanya seperti tarian Zapin atau Cina atau India yang disertai oleh pelbagai kaum di dalamnya. Penglibatan pelajar Melayu di dalam tarian Cina dan India memang berlaku tetapi adakah terdapat pelajar Cina dan India di dalam aktiviti kesenian Dikir Barat atau tarian Zapin umpamanya? Penganjuran FEStKUM MAKUM perlu berbeza berbanding dengan kebanyakan acara yang pernah diadakan sebelum ini baik oleh IPTA atau anjuran jabatan-jabatan kerajaan atau lain-lain agensi sedia ada. FEStKUM perlu mempunyai satu acuan tersendiri yang istimewa yang mampu menjana penglahiran satu bangsa Malaysia yang kuat. Hanya melalui pemahaman budaya bangsa Malaysia yang kuat sahaja barulah negara dapat dibangunkan dengan baik. Selagi masyarakat Malaysia berpegang kepada pemahaman terhadap bangsa masing-masing maka selama itulah impian `Satu Malaysia’ tidak akan terlaksana. Segalanya tidak mustahil di FEStKUM kerana melalui aktiviti sebeginilah segala bentuk genre seni dan budaya mampu berinovasi dan berkembang. Universiti adalah pusat atau gedung ilmu dan budaya. Universiti bukanlah semata-mata menjadi pusat pengumpulan ilmu dan budaya malah ia turut menjadi pusat percambahan ilmu dan budaya! Di universitilah kita bereksperimentasi mengenai seni dan budaya.
Sebenarnya impian dan harapan ini boleh dicapai dalam FEStKUM kerana terdapat dua lagi matlamat asal penganjuran FEStKUM yang belum berjaya terlaksana iaitu Perkampungan Budaya dan Program Keusahawanan Kebudayaan. Perkampungan Budaya dilihat sebagai satu idea yang cukup bernas dengan mengumpulkan semua penggiat-penggiat seni intelektual pelbagai kaum dari IPTA seluruh Negara di bawah satu lokasi yang sama, saling berkenalan dan beramah mesra disamping mencapai satu matlamat iaitu memartabatkan seni budaya bangsa yang berintelektual. Perkampungan budaya ini bukan sahaja tempat pelajar berkarya malah turut merangkumi kegiatan berilmu lain seperti apresiasi seni persembahan, pameran seni dan kraf, bengkel, wacana, forum, permainan tradisi rakyat, makanan tradisi dan senam seni. Begitu juga dengan Program Keusahawanan Kebudayaan atau dikenali juga sebagai Bazaar FEStKUM yang bakal menempatkan dan memperdagangkan hasil kerja seni dan budaya oleh para pelajar dari semua IPTA. Mempamerkan dan memperdagangkan produk seni pelajar adalah sesuatu yang belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana agensi pun termasuklah oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sekalipun. Namun kedua-dua program ini gagal direalisasikan sama sekali atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. FEStKUM akhirnya menjadi tidak lebih hanya sebagai satu perhimpunan gala yang mengumpulkan beberapa acara persembahan kesenian dan kebudayaan dengan satu matlamat iaitu pertandingan mencari IPTA manakah yang terhebat di kalangan seluruh IPTA yang ada. Apakah puncanya? Hanya sekretariat penganjuran FEStKUM yang bisa menjawab persoalan ini.
Antara pendekatan yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini ialah dengan meletakkan FEStKUM sebagai acara kemuncak penutup tahunan yang mengandungi himpunan persembahan-persembahan terbaik yang dikutip melalui setiap acara yang dipertandingkan di dalam takwim tahunan MAKUM. Acara pertandingan biarlah berlangsung di lokasi-lokasi IPTA yang menganjurkannya sahaja. Sementara FEStKUM menjadi pentas untuk menghimpun dan mempamerkan persembahan-persembahan berkualiti dari seluruh IPTA Malaysia dan bukannya gelanggang untuk bertanding. FEStKUM. Sekretariat FEStKUM hanya perlu menumpukan perhatian kepada menentukan lokasi-lokasi untuk penganjurannya dan pengurusan pentadbiran dan kewangan yang lebih terfokus.
Diharapkan penganjuran FEStKUM di masa akan datang akan dapat merealisasikan dua program tersebut yang dilihat mampu memberi impak yang baik untuk pembangunan


dan kemahiran pelajar. Kepada semua ahli MAKUM yang telah menjayakan FEStKUM 2009, setinggi tahniah diucapkan. Idea main-main sesetengah ahli MAKUM yang dicanangkan sambil minum teh tarik di kedai mamak akhirnya menjadi kenyataan. Tahniah kerana berjaya menjadikan impian sebagai satu realiti. Walaupun masing-masing datang dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dengan slogan kerja yang berbeza namun masih berjaya membuktikan kebolehan dan kewibawaan untuk bersatu menggembleng tenaga bekerjasama di bawah satu bumbung seni dan budaya yang dikenali sebagai FEStKUM.
signed Daddy Long-Legged
Saturday, January 9, 2010 at 11:39 PM | 0 comments  
Sutradara dan Aspek Penyutradaraan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan jawatan pengarah atau sutradara di dalam sebuah produksi teater adalah sesuatu yang penting dan tidak boleh dipisahkan. Di dalam pengajian ini istilah sutradara akan digunapakai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan pengaplikasian dalam kontek perjawatan. Sutradara dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab memberikan pandu arah perjalanan produksi teater. Dari segi sejarahnya, fungsi sutradara dan aspek penyutradaraan ini masih lagi dianggap baru berbanding dengan usia teater itu sendiri. Stella Adler di dalam buku The Director’s Vision: Play Direction from Analysis to Production menyatakan bahawa peranan sutradara ini umpama `a baby in the theatre’ (Louis E. Catron: 14). Kemunculan peranan sutradara ini bersesuaian dengan perkembangan industri teater itu sendiri yang komplek di mana ia memerlukan seseorang yang khusus untuk menjaga dan menyelaras setiap bahagian di dalam sebuah produksi. Namun begitu bukan bermakna sebelum ini tidak ada orang yang bertanggungjawab mengurus produksi. Sebelum kewujudan sutradara, peranan pengurusan produksi diuruskan oleh pengurus pentas (stage manager).
Sebelum tahun 1850an, corak penulisan teater tertumpu kepada corak romantisisme di mana isu cerita berkisar mengenai kehidupan golongan aristokrat. Latar set menggunakan kain (drop set) dan pelakon menggunakan busana mereka sendiri; bukan untuk disesuaikan dengan watak yang diperan tetapi lebih kepada untuk menonjolkan persona masing-masing. Pelakon dipilih merujuk kepada keperluan watak seperti wanita muda memegang watak primadona dan watak lelaki tampan menjadi heronya. Penetapan bloking juga bergantung kepada kesesuaian dan keserasian pelakon itu sendiri, mereka yang menentukan ke mana arah untuk bergerak. Menjelang pertengahan abad ke 19, berlaku tekanan ke atas pergerakan politik di seluruh dunia, diikuti pula dengan berlakunya revolusi industri mengakibatkan pemikiran masyarakat turut berubah. Pemfokusan kepada idea romantisisme dan optimisme bertukar kepada corak pemikiran yang lebih realistik iaitu hubungan antara individu sesama individu dan sesama kelompok masyarakat. Perkembangan ilmu sains yang memfokus kepada pengalaman yang boleh dicapai melalui deria (penglihatan, pendengaran, rasa bau dan sentuhan) turut menjadikan aliran romantisisme semakin tidak popular sebagai mod eskspresi.
Perkembangan ini turut mempengaruhi perkembangan seni teater. Sekitar tahun 1850an, Emile Zola seorang penulis telah memperkenalkan aliran realisme dan naturalisme yang memfokuskan kepada isu sosial, pengaruh persekitaran dan pemahaman psikologi. Dramatis yang turut terpengaruh dengan aliran baru ini termasuklah Henrik Ibsen, August Strindberg, Anton Chekhov dan Bernard Shaw. Oleh kerana aliran baru ini memfokuskan kepada pengaruh persekitaran maka latar set turut berubah daripada penggunaan kain kepada set-set berdimensi yang sekaligus mewujudkan konsep dinding keempat. Dialog secara kuat (excessive bombastic vocal) juga tidak lagi diterima sebaliknya dialog dilafazkan seperti bercakap seharian.
Sutradara moden pertama ialah Georg II, Duke of Saxe-Meiningen yang mengetuai kumpulan teater yang dikenali sebagai Meiningen Players. Beliau mengorak langkah dengan memperluaskan fungsi sutradara di mana ia mengetuai organisasi teater sebagai ketua eksekutif kreatif; mempunyai pengetahuan yang luas mengenai semua elemen produksi seperti pencahayaan, busana, rias, dan set. Beliau jugalah yang menetapkan jadual dan penyediaan ruang latihan khas untuk para pelakonnya. Suasana ini turut mempengaruhi lain-lain Negara di Eropah seperti di Perancis, Andre Antoine telah mengasaskan sebuah kumpulan teater yang dikenali sebagai Theatre Libre, Otto Brahm menubuhkan Freie Buehne di Jerman, J.T Grein dengan Independent Theatre di England dan Constantin Stanislavski dan Vladimir Nemirovich-Danchenko menubuhkan Moscow Art Theatre di Rusia.
Kewujudan peranan sutradara ini memanglah baik. Namun harus diingat, akibat dari kewujudan konsep baru ini maka dunia teater telah menjadi seperti `tempat pengumpulan dan pembuangan hasilan teater’. kita membuang semua hasilan produk teater sebaik selesai pementasan atau menyimpannya di dalam stor. Setiap sutradara mempunyai sudut pandangan dan visi tersendiri dalam melihat sebuah naskah yang sama. Dengan kata lain, untuk menghasilkan sebuah pementasan baru yang menggunakan naskah yang sama, sutradara akan cuba melihat dari sudut yang berbeza dengan sutradara sebelumnya. Kebarangkalian untuk menggunapakai semula latar set dan peralatan dari produksi sebelumnya adalah tipis sekali. Kreativiti, idea dan visi seorang sutradara akan dinilai oleh penonton dan ditentukan melalui penzahiran latar dan produk yang digunakan. Selain daripada itu, menggunapakai semula peralatan produksi terdahulu akan membantutkan kreativiti idea kebanyakan ahli produksi khususnya para pereka. Penggunaan produk yang sama berulangkali akan menjadikan para pereka lembab dan seperti tidak ada perkara baru yang boleh diterokai dan diekperimentasikan berbanding dengan lontaran idea baru yang bakal menjana minda dan kreativiti pereka untuk menghasilkan produk baru.
Untuk menghasilkan idea-idea baru ini, sutradara akan berpandukan kepada empat perkara iaitu yang pertama, visi drama yang akan dipentaskan mampu mendominasi keseluruhan aspek pementasan; kedua, pengetahuan yang komprehensif tentang dinamika drama seperti permulaan dan pengakhiran cerita, rentak dan kekuatan; ketiga, skil dalam berkomunikasi yang bakal emmbantu pelakon dan pereka menghasilkan produknya dan keempat ialah keinginan yang mendalam untuk menghibur penonton – minda, jiwa dan perasaan. Seperti kata Lee Strasberg yang dipetik oleh S. Loraine Hull di dalam buku Strasberg’s Method iaitu `a director can do a brilliant job in one play and fall apart in the next if he’s not clear on what a director does.’
signed Daddy Long-Legged
Pertama kali teater absurd diperkenalkan oleh Martin Esllin melalui penulisannya The Theater of the Absurd (1961) dianggap sebagai satu bentuk teater avant-garde yang dilihat sebagai terkeluar daripada norma teater sedia ada namun beberapa penggiat mula muncul untuk meneguhkan konsep teater absurd tersebut khususnya di Perancis. Kemunculan teater absurd ini lahir ekoran penentangan oleh penggiat absurdisme terhadap teater beraliran realisme dan naturalisme yang dianggap menyajikan khayalan kepada masyarakat. Mereka beranggapan manusia pada dasarnya tidak mampu berkomunikasi secara terang dan telus seperti di dalam realisme yang menggunakan bahasa sebagai alat kepada kerasionalan ini. Ciri-ciri ini ditolak oleh penggiat absurdisme kerana itu penggiat absurdisme mendemonstrasikan bentuk-bentuk non-verbal di dalam persembahan mereka sebagai tanda protes kepada kerasionalan tersebut dan konsep ini telah diselitkan dan menjadi salah satu ciri di dalam drama absurd. Konsep ketidakrasionalan ini telah lama diperkenalkan oleh Albert Camus dan Jean-Paul Satre pada sekitar tahun 1950-an lagi dengan mengemukakan beberapa bentuk ideologi berbeza sebagai satu identiti terhadap kerja absurdisme mereka, yang kemudiannya telah diangkat dan dimartabatkan oleh Samuel Beckett.
Kehadiran konsep abdsurdisme bertitik tolak daripada faktor persekitaran yang melanda masyarakat Barat ekoran daripada kemelut Perang Dunia Pertama dan Kedua yang menjebakkan manusia ke dalam lembah kesengsaraan sekaligus merobek kepercayaan manusia terhadap konsep kewujudan Tuhan, yang mana akhirnya konsep ini menjadi pegangan kepada penciptaan dramaturgi drama-drama absurd di barat. Ciri-ciri ini menjadi satu bentuk yang meneguhkan fahaman absurdisme barat yang memperjuangkan "nasib seseorang manusia itu adalah ditentukan oleh manusia itu sendiri". Gambaran ini telah dilukiskan oleh Samuel Beckett melalui karya drama absurdnya yang pertama iaitu En attendant Godot (Waiting For Godot). Samuel Beckett merupakan tokoh yang bertanggung jawab dalam mempopularkan drama absurd di kaca mata teater dunia selain daripada Eugene Ionesco, Jean Genet dan Arthur Adamov. Seperti mana bentuk-bentuk drama absurd lain, Beckett memperlihatkan ketidakrasionalan ini melalui pengujudan masa dan tempat yang tergantung seperti mana juga idealisme perletakan masa yang tidak spesifik oleh Adamov yang beliau samakan dengan alam-alam mimpi. Kebanyakan watak-watak yang dilukiskan dalam drama absurd ditimpa kesengsaraan dan berupaya berdiri sendiri dalam menyelesaikan konflik yang ditanggung tanpa menangisi nasib takdir tersebut kepada tuhan. Demikian juga topik dan isu persoalan yang ditimbulkan adalah sukar untuk dikenal pasti di dalam drama berbentuk absurd. Ia seperti satu persoalan yang tergantung yang tidak menemui jawapan. Kesemua bentuk-bentuk yang membangunkan drama-drama absurd ini didasari oleh kekejaman peperangan yang melanda manusia pada ketika itu dan nasib manusia yang tidak terbela oleh tuhan yang kemudiannya diluahkan melalui pembentukan drama absurd barat.
Konsep dan ciri seperti inilah yang diterapkan dalam fahaman absurdisme barat namun ciri-ciri sedemikian ditolak di kalangan masyarakat Malaysia yang amat memegang teguh kepada ketuhanan dan nilai ketimuran yang kuat. Sedari awal lagi drama absurdisme barat sudah memberi petanda ketidakmampuannya dalam menempah tempat sepertimana drama-drama realisme, sandiwara mahupun bangsawan ekoran daripada ideologi yang bertentangan ini. Namun ramalan sedemikian telah berubah dengan munculnya seorang tokoh teater Malaysia dengan mengambil langkah pengubahsuaian bentuk drama absurd tersebut untuk diselesakan dengan penerimaan masyarakat Malaysia. Tahun 1970an memperlihatkan Nordin Hassan yang menerima pendidikan drama barat dan telah terdedah dengan drama-drama bercorak absurdisme ketika melanjutkan pelajarannya di luar negara dengan berani cuba membawa bentuk drama tersebut di Malaysia dengan dramanya Bukan Lalang Di Tiup Angin. Kebijaksanaan Nordin Hassan melakukan pengubahsuaian dan penyesuaian absurdisme mengikut acuan keislaman dan adat kemelayuan telah menyumbang kepada penerimaan konsep absurd di rantau ini. Noordin Hassan telah dianggap sebagai pelopor kepada drama absurd di Malaysia dengan karyanya Bukan Lalang Ditiup Angin.

Seperti juga di Barat, perkembangan drama absurd di Malaysia merupakan lanjutan pemberontakan penulis drama yang kurang menyenangi aliran romantisisme dan realisme yang dilihat kurang berupaya mengangkat dan menyampaikan mesej yang berkesan. Apatah lagi dengan suasana politik negara ketika itu yang agak tegang akibat daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kelemahan pengamatan terhadap kebudayaan kebangsaan, masalah ketaatan kepada lima prinsip Rukun Negara, kelemahan dan kedhaifan orang Melayu serta kesedaran intelektual di kalangan penggiat yang berpendidikan tinggi. Kemunculan drama absurd Malaysia sekitar tahun 1970an ini juga dapat dianggap sebagai bermulanya perkembangan drama elit kerana kebanyakan penggiat-penggiatnya dari kalangan penuntut institusi pengajian tinggi. Antara karya absurd Malaysia yang diiktiraf ialah Mayat dan Patung-patung karya Hatta Azad Khan, Angin Kering dan Sang Puteri karya Johan Jaafar, Protes dan Bukan Bunuh Diri karya Dinsman.

Untuk memberi cerminan kemelayuan absurdisme di Malaysia penggiat-penggiat teater Malaysia telah menemui identiti sendiri dengan meletakkan pembaharuan dari sudut artistik persembahannya melalui kemasukan muzik tradisional, nyanyian dan tarian yang diistilahkan oleh penggiat teater sebagai aliran surealisme. Masih mengambil nafas absurdisme dengan unsur-unsur mimpi, ketidaksedaran, perlambangan dan pergantungan periodisasi masa, penggiat teater Malaysia semacam mahu mewajahkan absurdisme yang dibawa dari barat ini kepada bentuk absurd sentuhan ala-Malaysia yang masih utuh kepada ketuhanan dan norma masyarakat setempat. Menurut Mana Sikana di dalam buku Drama Melayu Tradisional, Moden dan Pascamoden "...drama absurdisme di Malaysia merupakan bentuk drama yang bercorak anti-realisme, anti-cerita, susah untuk difahami, bertitik tolak daripada unsur fantastik, abstrak, berunsur mimpi, dan lebih menjurus kepada premis yang sukar dihayati"(2006:27).
Pengaplikasian konsep absurd sehingga kini masih belum dapat diterjemahkan dengan tepat oleh kebanyakan penggiat teater di Malaysia. Kamaluddin Abdul Rahman di dalam bukunya Teater Melayu; Suatu Risalah Pemikiran Melayu mengkategorikan teater era 70an sebagai teater experimental merujuk kepada keinginan dan kecenderungan penulis-penulis muda ketika itu yang menjelajah daya imaginasi, terpengaruh dengan bentuk teater Barat, seterusnya membawa perubahan bentuk baru, dengan sebahagian lagi menggunakan sumber-sumber budaya asli (mks 51). Ada ketikanya juga, sesuatu persembahan itu dengan sewenang-wenang dikategorikan sebagai absurd dan ada ketikanya disebut juga sebagai surealisme, atas alasan ia tidak menuruti pola-pola asas teater realisme yang dikemukakan oleh Aristotle iaitu permulaan, klimaks dan penyelesaian. Namun sebenarnya jika dilihat dari aspek perlaksanaan atau pementasan, kedua-dua bentuk ini dilihat saling bertindanan. Untuk memahami keadaan ini adalah lebih baik diperhalusi sejarah perkembangan teater di Malaysia sekitar tahun 1970an.
Dekad 1970an pementasan drama moden Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu pementasan surealisme dan absurdisme. Konsep surealisme menuntut daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi seseorang pengarah drama. Drama surealisme memperlihatkan ciri dan imaginasi dengan memaparkan konsep persembahan yang mengandungi falsafah. Persembahan drama surealisme menyelitkan unsur drama tradisional seperti muzik, nyanyian, tarian dan teknik pementasan terkini. Matlamatnya adalah untuk mencari akar umbi drama Melayu yang bebas daripada pengaruh luar. Absurd secara umum dapat dimengertikan sebagai sesuatu yang bukan-bukan, dianggap mustahil, tiada erti, tidak masuk akal dan gila. Sifat drama absurd Malaysia tidak terikat dengan bentuk dan struktur hukum realisme. Drama absurdisme menolak ciri drama realiti. Bentuk drama ini membuang watak dalam masyarakat dan menggantikan dengan perlambangan tertentu. Watak dalam drama absurd tidak terbatas kepada watak manusia tetapi juga watak bukan manusia. Selain daripada itu bentuk drama absurd tiada periodisasi zaman, konsep persembahan menjurus kepada eksistensialisme, psikologi dan kekosongan. Dialog dalam drama absurd juga bersifat andaian-andaian yang mengelirukan dan bukan bertujuan untuk menerangkan peranan watak atau situasi cerita. Dialog lebih merupakan permainan kata-kata, berlirik, puitis dan cenderung menyajikan sesuatu keunikan bicara yang sukar digambarkan maknanya;
“Rentak dan irama bahasa puitis yang dicampurkan dengan
gaya prosa formal telah melahirkan satu stail baru...isi yang
hendak disampaikan sukar difahami tetapi indah didengar
serta mempunyai unsur falsafah yang sesuai dengan unsur
persoalan dan pemikiran yang dibawa (Kamaluddin, 2007:61).

Suasana ketidakstabilan politik, sosial dan ekonomi yang melanda kehidupan masyarakat di Semenanjung sebenarnya kurang memberikan kesan yang besar kepada perkembangan kehidupan rakyat di Sabah. Namun berlakunya Konfrontasi Malaysia dengan Indonesia dan Filipina pada tahun 1963-1968 telah menjadi titik tolak yang memberikan impak kepada dunia pemikiran aktivis teater di Sabah. Kesedaran terhadap perkembangan politik semasa tanahair khususnya Sabah telah merubah struktur pemikiran dramatis dekad 70an ini. Dramatis-dramatis dekad ini tidak lagi dibuai angan-angan atau khayalan dengan segala macam pemikiran yang bertujuan memenuhi emosi. Drama yang ditampilkan tidak terkongkong dalam dunia persekitarannya sahaja, Persoalan konsep kedaulatan bangsa dan budaya Melayu yang ada kaitannya dengan penegasan Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi teras kepada penglahiran karya-karya baru dekad ini. Antaranya ialah pementasan drama bercorak sejarah iaitu Paduka Mat Salleh oleh Jamdin Buyong pada tahun 1972 yang mengangkat isu nasionalisme anak watan Sabah dalam usaha memperjuangkan nasib bangsa dari penjajahan Inggeris. Kesedaran terhadap masalah gejala budaya kuning samada kesan tinggalan penjajah Barat mahupun kerana pembawaan oleh golongan tertentu yang mendapat didikan di Barat yang diperlihatkan sebagai satu ancaman besar terhadap kesucian dan keutuhan bangsa dan budaya timur khususnya di Sabah jelas terpancar di dalam drama Pemakaman Kaduk Besar (1974) oleh Jamali Satari. Melalui karya ini, Jamali Satari meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir manusia yang lupa daratan, lupa bangsa dan agama, adat budaya dan tatasusila akibat terpengaruh oleh budaya kuning dari Barat. Pemikiran teater di Sabah dekad 70an secara umumnya telah memperlihatkan satu peningkatan kemajuan yang baik. Pemikiran yang ditampilkan kelihatan lebih meyakinkan serta selari dengan perkembangan semasa. Namun begitu penulisan teater dekad 70an masih di takuk lama. Trend penulisan dramatis Sabah masih mengekal cara lama tidak seperti di Semenanjung yang telah mengorak langkah ke arah pengaplikasian bahasa puitis dan intelektual. Drama Pemakaman Kaduk Besar, Injap Sembilu, dan Pakau masih memperlihatkan kecenderungan pengarangnya berkhutbah (Laliman, 2006:72). Watak, perwatakan, cerita, motivasi, plot cerita dibina berasaskan dialog berkhutbah. Dramatis lain seperti Osman Nasroh yang menghasilkan karyanya Roh Keadilan (1976), Y.B Mat Jenin (1977), Sayang Bonekaku Sayang (1978) dan Ajong (1979). Walaupun begitu terdapat juga penggiat teater Sabah yang berjaya menunjukkan kematangan kreativiti penulisan di dalam berkarya. Dua buah drama yang mempunyai persamaan dari segi penekanan kepada prinsip ekspresionisme dan simbolisme dalam penceritaan telah berjaya mengangkat kembali martabat penulisan teater surealisme di Sabah iaitu Drama Kursi (1977) oleh Marzuki Ali dan Hassan Saprin dengan karya Gong (1989).
Lewat 1980an dunia penteateran Sabah tidak mempunyai jalan yang terarah termasuklah penerimaan penggiat terhadap drama bergenre absurd mahupun surealisme. Sesetengah penggiat yang telah menempah nama senyap dan lenyap begitu sahaja dan yang tinggal hanyalah saki baki generasi yang tidak terarah, kerana itu kebanyakan daripada penggiat ini masih agak kabur kepada yang dinamakan absurd dan surealisme. Melihat kepada pengertian absurd itu sendiri yang diertikan sebagai sesuatu yang mustahil, tidak masuk akal dan tidak memberi erti seolah-olah memberi satu petanda bentuk drama ini turut tidak dimengertikan oleh segelintir masyarakat Sabah termasuklah para penggiat teater Sabah itu sendiri sehingga menjadikan drama absurd sesuatu yang mustahil untuk dihayati dengan selesa. Mungkin juga tuntutan absurd itu menghendaki kerja-kerja artistik dan sudut ilmu yang tinggi daripada si ‘pembuat’ dan harus pula disajikan kepada ‘penerima’ yang memahaminya dengan berbekalkan intelektual yang tinggi sepertimana yang diutarakan oleh Mana Sikana bahawa drama absurd adalah bentuk penyajian kepada golongan yang elit tinggi pemikirannya. Adakah mungkin ciri-ciri sebegini masih belum ada dalam dunia teater Sabah? Apa yang memburukkan adalah kebanyakan penggiat Sabah yang menjurus kepada drama absurd masih tidak mampu mencapai apa yang dituntut oleh ideologi Martin Esllin ini kerana itu dunia teater absurd Sabah masih di dalam keadaan samar-samar dan menyeksakan. Ada pula yang sekadar mengikut trend tetapi masih tidak mengisi ke’elitan’ yang dituntut itu untuk melengkapkan drama absurd yang diingini. Ada penggiat teater yang bertindak ekstrem menganggap setiap cerita yang sukar difahami dan abstrak itu sebagai drama absurd malah turut menjadikan pilihan drama absurd ini sebagai alasan kepada masalah kekurangan kos persembahan kerana beranggapan sifat teater absurd itu sendiri yang terlalu hampir kepada Teater Miskin (Poor Theatre) sekaligus memudahkan dari sudut pengeluaran kos untuk mengerjakan teater. Membicarakan konsep dan konteks artistik, kebanyakan pengarah absurd di Sabah masih tidak memahami fungsi artistik di dalam teater absurd, apa yang dikesani ialah pengarah-pengarah lebih suka mengosongkan pentas dan melepaskan bebanan kepada para pelakonnya yang masih tercari-cari makna absurd itu sendiri. Ada pula yang menyogokkan kesemua bentuk kekaguman tanpa merasa dan meneliti fungsi serta makna kepada setiap kekaguman yang dipamerkan. Akhirnya drama absurd yang diperjuangkan oleh Beckett ini semacam persembahan ala kadar sahaja seperti melepaskan batuk ditangga.
Dari sudut lakonannya pula kebanyakan penggiat teater absurd Sabah masih tidak mahu menitik beratkan soal susun atur dan pembawaan watak di dalam cerita, walaupun absurd sesuatu yang tidak difahami tetapi lakonannya haruslah mempunyai daya tarikan dan sudut artistiknya yang tersendiri. Mechanical acting bukanlah jawapan kepada penyelesaian permasalahan ini. Apa yang dapat dilihat kebanyakan pelakon yang memegang watak absurd melepaskan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelakon dalam mewarnai perwatakan yang sedia wujud, akibatnya lakonan yang ditonjolkan lebih kepada batang kayu yang digerakkan tanpa disisipkan dalaman yang seharusnya wujud pada setiap watak yang dibawa. natijahnya sebilangan penonton menjadi bosan dan mengantuk malah ada yang terseksa batinnya demi menonton persembahan yang membosankan dan tidak bermakna.
Kerja membina persembahan absurd bukanlah suatu kerja yang mudah dan boleh di pandang ringan. Mementaskan drama absurd memerlukan daya penelitian, imaginasi, kreativiti dan pemikiran yang tinggi yang bukan sahaja dibebankan kepada pengarah tetapi juga pelakon. Untuk mengajar masyarakat dalam mengenali absurd penggiat teater terlebih dahulu harus memahami intipati dan ideologi absurd itu sendiri. Walaupun absurd itu diertikan sebagai sesuatu yang sukar dimengertikan bukanlah bermakna pengarah sewenangnya menyajikan bentuk persembahan yang hambar dan tidak bermakna kerana tindakan sebegini hanya akan mengundang kebosanan sekaligus menyebabkan penonton enggan menikmati teater berbentuk absurd di masa akan datang.
signed Daddy Long-Legged

Tahun baru, azam baru, semangat baru, semuanyalah baru. 2009 dan tahun2 sebelumnya mengajar aku untuk lebih menjadi baik dan cemerlang pada masa sekarang, mungkin belum sebaik orang-orang yang dianggap baik dan cemerlang di sisi masyarakat, namun aku cuba ke arah itu.


Tahun 2010 membawa satu matlamat baru. Fokus aku adalah untuk bersama2 dgn barisan G-TELIAN (istilah yang aku pandai2 buat hehehe) yang lain (yang masih tinggal la senang cerita) untuk mempertahankan kejuaraan UMS di pentas MAKUM. khabar angin yang boleh dipercayai memberitahu yang IPTA lain sudah 'gatal tangan' untuk merampas kembali piala pusingan Teater MAKUM yang UMS miliki sekarang. Berat. Cukup berat. Aku tahu rasanya apabila di pentas MAKUM. Cabarannya kuat. Dulu orang melihat UMS sebagai 'ayam belasan', sekarang 'ayam belasahan' ini hendak dikalahkan pula. Namun harapan bagi diriku dan G-TeLIAN yang lain agar membuktikan kita bukan Jaguh Kampung ataupun kemenangan di MAKUM dulu hanya 'PLUKSHUT' cakap orang sabah.


Tahun ni juga G-TeL mungkin (menunggu surat rasmi untuk kelayakan) untuk menyertai Festival Teater Kebangsaan. Aku tak tahu rasanya di Pentas Kebangsaan. Ini mungkin pertama kali bagiku. Aku rasa bertuah daripada batch yang telah pun menamatkan pengajian di SENI, namun masih dapat menyertai FTK ini (jika layak, doa2kanlah). Ini pengalaman baru yang semestinya tidak akan ku lupakan. Semoga Allah memberkati usaha kita semua, memberi kesihatan, umur yang panjang dan memberi semangat untuk berjaya dalam segala apa jua yang kita lakukan, Selamat Datang 2010, Selamat Datang Festival Teater MAKUM, Selamat Datang Festival Teater Kebangsaan. Nantikan G-TeL UMS mengoncang dunia teater Malaysia, Insya Allah!!!!
signed Daddy Long-Legged author


GRUP TEATER LAB UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (G-TeL), telah diilhamkan oleh Dr. Andika Aziz Hussin, Pensyarah Teater dari Program Pengajian Seni Kreatif, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. G-TeL telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan kebanyakan ahlinya terdiri daripada pelajar dan alumni Sekolah Pengajian Seni, UMS serta pelajar daripada sekolah yang lain yang terdapat di UMS.


G-TeL terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pengurusan dan bahagian kreatif. Kelab ini telah menjadi landasan kepada kerja-kerja praktikal khasnya kepada pelajar yang memfokus atau meminati bidang produksi teater.


G-TeL dinaungi oleh Naib Canselor UMS iaitu Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon dan Penasihat serta Pembimbing G-TeL terdiri daripada Dr. Andika Aziz Hussin sendiri.


G-TeL merupakan kumpulan kesenian teraktif dan telah bergiat mengharumkan nama Sekolah Pengajian Seni dan Universiti Malaysia Sabah. Sepanjang penubuhan G-TeL, Ia telah terlibat dalam beberapa siri Pekan Teater dan Festival Teater (Pekan Teater ditukar kepada Festival Teater pada tahun 2001) baik di peringkat IPT, peringkat negeri Sabah mahupun peringkat Kebangsaan, seperti yang tersenarai dibawah:


1) Tahun 1998 skrip “PATUNG-PATUNG” peringkat negeri,


2) Tahun 1999 skrip “SASAU” peringkat negeri - mendapat anugerah pelakon lelaki terbaik - Rozdan Mazalan


3) Tahun 2000 skrip “AJONG” Naib Johan peringkat negeri - mendapat anugerah teknikal terbaik, pelakon wanita terbaik - Suria Mohd.Yunus


4) Tahun 2001 skrip “NUR” – Johan peringkat negeri dan layak ke peringkat Kebangsaan, mendapat tempat ketiga di kebangsaan dan anugerah pelakon wanita terbaik negeri dan kebangsaan - Tasia Arlina Ismail, anugerah teknikal terbaik negeri, pelakon lelaki terbaik negeri - Isa Romtie


5) Tahun 2001 skrip “MAYAT” – Ke Festival Teater MAKUM


6) Tahun 2002 skrip “MACALZONE” – Johan peringkat negeri dan layak ke peringkat Kebangsaan, mendapat anugerah pelakon wanita terbaik - Norlila Alan dan anugerah pelakon pembantu wanita terbaik - Stella Nasip


7) Tahun 2005 skrip “BENDA SULIT” – Ke Festival Teater MAKUM – mendapat tempat ketiga,


8) Tahun 2006 skrip “REKAAN UTAMA” – Ke Festival Teater MAKUM – mendapat anugerah pelakon harapan - Ruwaida


9) Tahun 2007 skrip “SYAJAR” – Johan peringkat negeri – mendapat anugerah pelakon wanita utama Terbaik - Aspariah Asad, anugerah pelakon wanita harapan - Tasia Arlina Ismail dan anugerah pelakon lelaki harapan terbaik - Suhaimi Arsid, Anugerah Sinografi terbaik dan pengarah terbaik. Johan Festival Teater MAKUM buat kali pertama dalam sejarah penubuhan G-TeL – memenangi Anugerah Arahan/Adaptasi Terbaik, Anugerah Teknik Persembahan Terbaik, Anugerah Tatarias dan Busana Terbaik, Anugerah Cahaya dan Audio Terbaik


10) Tahun 2009 skrip “TERRA ROSA” – Naib Johan peringkat negeri – menang anugerah pelakon wanita utama terbaik - Alinah Osman dan anugerah pelakon pembantu wanita terbaik - Mazrona Kalinggalan. Sekarang G-TeL masih menanti keputusan untuk layak ke Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan pada pertengahan tahun 2010 nanti.


Pada tahun 2008, G-TeL telah menerima anugerah Saron Wangsa Perdana sempena anugerah MAKUM 2008 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) kerana berjaya menggondol anugerah terbanyak dalam salah satu acara anjuran MAKUM (Festival Teater MAKUM).


Selain daripada mengikuti pertandingan teater, G-TeL juga terlibat dengan pertandingan DEKON yang mana Universiti Malaysia Sabah merupakan tuan rumah tetap bagi pertandingan tersebut, terlibat dengan persembahan-persembahan Puisidra dan lain-lain persembahan baik di dalam mahupun luar UMS. Kini G-TEL mengorak langkah dengan terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan seperti mengadakan teater terapi bersama pelajar pemulihan akhlak dan lain-lain. Kejayaan G-TeL dalam persembahan teater dan persembahan pentas yang lain dapat diukur dalam masa yang begitu cepat dan sungguh memberangsangkan. G-TEL telah berjaya melahirkan pengarah dan pelakon-pelakon terbaik baik di peringkat IPTA, peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Kebanyakan daripada pelajar lepasan teater Sekolah Pengajian Seni telah pun berkerja dalam pelbagai sektor seperti JKKN, Astro, FINAS, TV3, RTM dan lain-lain. Semoga G-TeL akan terus mantap dan dapat melahirkan pelajar yang lebih cekal, ekspresif dan kreatif pada masa-masa yang akan mendatang.


Disediakan Oleh :

BAHRUL AZAM SIRAT a.k.a MR.BOMB (TARANTULA MR.BOMB)

signed Daddy Long-Legged author
Tuesday, January 5, 2010 at 11:30 PM | 0 comments  


Salam jengking kacip kursani...
saya gembira sekali dengan kemunculan blog g-tel ini kerana kita adalah satu-satunya kelab kebudayaan di sps dan ums yang mempunyai blog sendiri...kita sebenarnya telah memulakan banyak perkara (yang baik-baiklah...yang tak baik tak payah nak bangga). kita adalah kelab yang paling aktif (bukan setakat buat show selit-selit atau picisan) kita telah mengangkat nama UMS dan SENI ke martabat yang mana semua penggiat teater IPT dan awam seluruh Malaysia mengenali G-TEL UMS. bukan nak sombong tapi ini hakikat...terima kasih kepada semua anak-anak yang telah membantu menjaga dan mengangkat martabat kelab teater sehingga mencapai tahap terkini.

sepanjang kewujudan kelab ini bermula tahun 1997 sehingga 2010 ini pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah dirasai. kita bermula dengan keadaan yang paling sengsara dan setiap masa kita dibebani dengan pelbagai tohmahan, dengki dan hasad yang datang dari pelbagai pihak..baik dari kalangan tenaga pengajar yang dengki, pelajar yang sombong dan bongkak bodoh tak boleh diajar (tetapi ada hati mahu menjadi tenaga pengajar) hehe suluh lah diri sendiri yang tak berilmu tu...kalau dah makhluk namanya cicak tu...tetap cicak..mesti dihapuskan kerana ia adalah musuh Allah dan Rasul....apahal pulak melalut ni..tak baik mengutuk orang yang sememangnya tak berakal...biarkan golongan Pak Kadok itu terus malang... segala tohmahan itu kita biarkan sahaja kerana kita yakin akan kebenaran yang kita pegang...yang berhak tetap akan menang. biar mereka sakit hati dan buat pelbagai cara untuk menjatuhkan kita...namun sebagai insan labah-labah yang sentiasa dirahmati Allah kerana berusaha menyelamatkan Rasulullah daripada golongan kafir Mekah yang mahu membunuhnya.

Saya amat bangga dengan anak-anak G-TEL..dah dua kali saya ucapkan bangga ni kepada mereka di sini...memang mereka berhak. merekalah yang bersama dengan saya ketika senang dan susah...1997 sehingga 2000 perkembangan kelab ini masih dalam keadaan terkapai-kapai mencari haluan...kelab ini tidak langsung dipandang oleh penggiat teater di Sabah ni... almaklumlah siapalah G-TEL ketika itu. Namun bermula dari tahun 2001 sehingga 2003 G-TEL mula menunjukkan taringnya dengan menghentam hebat semua kumpulan teater di Sabah...tiada tandingan pukulan itu...3 tahun berturut-turut menjadi Johan Festival Teater Sabah dan layak ke kebangsaan sebanyak 2 kali dan berjaya merangkul anugerah pelakon wanita terbaik Kebangsaan lagi.... kemudian bila saya melanjutkan pengajian kedoktoran di luar negara, kelab kita berehat seketika...saya katakan berehat kerana sebarang kegiatan teater yang berlangsung sepanjang ketiadaan saya (2003-2005) kelab kita tidak memenangi sebarang kejuaraan pun...saya faham...bukan senang untuk mengurus sebuah teater sebenarnya...siapa kata mudah? tanyalah kepada rakan-rakan yang pernah cuba untuk mengambil alih tanggungjawab mengurus kelab ini...tak mampu!!! untuk mengurus kelab ini mesti memahami satu formula....kasih sayang!!! kita kena mengurus dan melihat anak-anak teater dalam kelab ini seperti diri kita. kita perlu menghormati dan mendengar pandangan mereka, bersama dengan mereka ketika susah dan senang...bukan menganggap mereka seperti pelajar yang boleh disuruh, dan diperintah sesuka hati...tak boleh sama sekali mengugut nak potong markah peperiksaan! MasyaAllah...siapalah punya idea bodoh mengugut pelajar ni...

kembalinya saya pada 2006 dan kelab menyertai semula festival Teater Sabah (FTS) dan seperti biasa kelab menjadi johan lagi...tahun 2007 menjadi johan pula Festival Teater MAKUM! hebat. sejak itu nama kelab ini menjadi sebutan di kalangan penggiat teater IPTA...kejayaan di MAKUM adalah jauh lebih membanggakan saya berbanding dengan kejayaan di FTS. ini kerana MAKUM jauh lebih hebat daripada Festival Teater Sabah dari segi kualiti persembahan dan genre yang dibawa. teater sabah sudah boleh dijangka kualitinya...memang absurd sungguh persembahan kumpulan-kumpulan dari sabah ni... bukan sebab mereka bawa teater absurd tetapi persembahan mereka yang absurd...apa itu absurd...TAK MASUK AKAL!!!! bukannya genre teater absurd tau. MAKUM melibatkan 20 IPTA..bayangkan kita bertanding dengan lebih 15 kumpulan teater yang hebat-hebat...dari USM, UKM, UM, UITM, UPM dan lain-lain...kejayaan kelab kita memang diluar jangkaan semua orang kerana kita hadir sebagai kumpulan underdog...tetapi mereka tak tahu bagaimana kita telah bersedia mental dan fizikal untuk menyertai MAKUM ni....kita telah menjadi Johan buat pertama kalinya di MAKUM dengan merangkul tujuh anugerah utama. apa-pun tahniah untuk semua yang terlibat.

apa yang penting sekarang ini kita mesti bersedia untuk MAKUM pada bulan febuari nanti....kita adalah juara bertahan dan mesti mempertahankan kejuaraan ini..jangan cakap sahaja..kita kena buat itu adalah prinsip kita...susah dahulu senang kemudian. kepada anak-anak yang sedang praktikal, rajin-rajinlah belajar di tempat industri dan jangan lupa kepada kami di UMS. kalau boleh kembalilah dan berkhidmatlah diSENI..bantu kawan-kawan yang lain...siapalah yang nak ganti tempat saya jika bukan kamu semua nanti....

salam sayang dari bapakmu...Dr Andika
signed Daddy Long-Legged author
semester telah bermula bermakna semua labah-labah yang pulang telah kembali ke sarang bersama-sama dengan azam yang baru (bukan si azam ya, jgn prasan azam) maksud black sini adalah cita-cita yang baru dan diharapkan antara senarai azam baru itu adalah meningkatkan grup teater lab ke tingkat yang lebih tinggi. apabila terbukanya sem bermakna ahli produksi harus memeningkan kepala sekali lagi untuk meneguhkan semula produksi 'terra rossa' kita...aduh! apa yang lebih memeningkan dua pelakon utama kita sudah pigi praktikal...macamana ni? kerana kita harus bersedia sekali lagi untuk ke peringkat MAKUM yang semestinya lebih dahsyat dan menyengat. semakinlah tension si liza yang selalu kena marah tu...(marah berhasil ndak apa juga, ni penat jak mulut pot-pet)dan pemergian pelakon utama kita itu juga disertai dengan penghijrahan pengarah kita si yoyo (mau buat pelem pulak) walaupun sementara sahaja tetapi mungkin masih meninggalkan kesan kepada mereka yang ditinggalkan bekerja sendiri...tapi itulah dia, disini labah-labah tahun 2 harus membuktikan kemampuan dalam memikul beban yang berat bukan sekadar berharap kepada bakat lakonan sahaja tetapi juga ilmu pengurusan harus dikuasai untuk kebaikan diri dan bersama, apatah lagi musim dekon akan bermula pada bulan april ini semestinya labah-labah tahun 2 akan lebih menerima tekanan ekoran kuantiti batch yang ndak seberapa untuk mengurus dekon yang berprestij itu...apapun black tengok dan lihat jak
signed Daddy Long-Legged author
juga pada disember yang lalu ketika semua labah-labah bertungkus lumus menjayakan terra rossa untuk sesi penilaian ke kebangsaan kita telah mengadakan jamuan tahunan di Ruby Inn hotel sebagai menghargai jasa tahun 3 sesi 2007...sedih jugaklah mereka mo jalan sudah (jalan pigi praktikal lah) tapi itulah adat patah tumbuh hilang berganti. apapun rasanya tahun 3 pada malam tu memang enjoy abis sebab bolot semua hadiah ooo...(ala kasi can jak tuh sebenarnya) manakala lynderajenny memenangi anugerah pengarah teraktif dan baby dianugerahkan labah-labah yg byk sumbangan dan weena yang byk sumbangan...tahniahlah!..semoga menjadi contoh kepada adik labah-labah yang lain yang masih dalam sarang ni...kpd thn 3 selamat membuat sarang sendiri...apapun makanan diner tuh memang best yang pasti tiada hidangan labah-labah goreng lah...siapa ndak pigi ari tu memang rugi banyak...padan muka!
signed Daddy Long-Legged author



Baiklah....dalam blog ini ahli grup akan diberi pengenalan setiap bulanan kepada tokoh teater, rakan ahli, dan rakan bekas ahli dalam grup ini...untuk bulan adalah lebih baik kita membuka lembaran dan muqadimmah blog ini dengan mengenali penasihat tertinggi kita Dr.Andika Aziz (daddy long-legs Spider) yang dikenali sebagai bapak kepada sekian labah-labah. lahir 13 nov 1971 anak kelahiran Singapura (pendatang kah?) opss jgn silap dia lahir ja singapore tapi ic malaysia, anak melaka. kemudiannya belajar di UKM dalam jurusan sejarah (aik macamana boleh jadi pengajar teater) hah! tula dia magik! bakatnya dicungkil oleh bung kancil kemudian aktif sehingga ditawarkan oleh Dekan kita kini untuk mengajar di UMS sebagai pengajar teater...lepas tu terbang ke uk ambik jurusan teater dalam MA dan PHD...tulah serba sedikit...eh ada lagi, oleh kerana dia ni bapak kita sememangnya dia ni memang caring giler pada kita-kita nih tapi awas jangan dipuji sebab selamanya dia ingat pujian tuh. tapi kalau dia bengang jagalah korang pun akan ikut bengan juga. so..jangan cari hal buat dia bengang tapi dia ni cool cepat...rahsianya korang minta maaf jer...kihkihkih takdalah kena baling pemadam lagi (teringat senior kita dulu kena buang pemadam, blum lagi cerita junior kita skrg kena baling pen! sapa tuh hah yang gigi tkeluar) nak tau apa mottonya? WELCOME TO HELL (eh, ini motto G-TeL UMS hehe)
signed Daddy Long-Legged author
Monday, January 4, 2010 at 4:15 PM | 0 comments  



Bulan disember lalu , gtel telah berjaya masuk ke penilaian untuk melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. pada awalnya pelbagai rintangan ketika menerima keputusan Festival Teater Sabah yang lalu yang sedikit sebanyak kurang menyenangkan dari sudut penilaiannya tetapi apapun gtel menerima tiga anugerah tempat kedua, pelakon wanita terbaik dan pelakon pembantu terbaik, berkat perjuangan bersama gtel dapat menempuh segala halangan yang adakalanya terasa sedikit ketidak adilan terhadap gtel ums. setelah bertungkus lumus, bercakaran, penat lelah dan keringat akhirnya terbalas juga walaupun pelbagai rintangan dan sumbang-sumbing yang kedengaran menyakitkan telinga tetapi gtel masih berdiri sebagaimana resamnya seekor labah-labah yang tekun walaupun sarangnya roboh ditiup angin. kerana itu diharapkan pembukaan tahun 2010 ini memberi satu ihtizam yang kental untuk menjadi labah -labah yang sejati...kecil, kerdil, naif tapi berbisa...apapun ahli gtel seharusnya meningkatkan lagi daya usaha untuk membuktikan diri yang bukan sekadar mampu berkokok kuat di kampung...(waduh pedasnya)...buktikanlah di tahun baru ini... SELAMAT TAHUN BARU 2010...
signed Daddy Long-Legged author

hello kepada semua labah-labah, kini kita mempunyai sarang yang baru dan seharusnya telah lama di buat sebagai medan pemberitahuan dan luahan...disamping menggalakkan kekita ni lebih banyak menulis yer...sila masukkan segala data dan news terkini yang nak di gembar-gemburkan kepada sesiapa saja...welcome to spider web
signed Daddy Long-Legged
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates