WELCOME TO HELL!!!

WELCOME TO HELL!!!
"Selamat Datang Ke Dunia Penuh Pancaroba"
Sunday, November 20, 2011 at 9:06 PM |  

semput dan sendat...itulah yang boleh disasarkan Black selepas tamatnya Teater Makum 2011 di Universiti Malaya. merentasi gerbang pintunya sudah mampu menggahkan rasa Black betapa prestijnya seni teater itu di universiti tersebut. sepertimana kukuhnya bangunannya yang dijilat zaman. sudah bertahun rasanya, dan lebih ketuaannya kalau dibandingkan dengan UMS. aahhhh ya.... teater di UMS ini agak masih 'ter'budak-budakan masih terangkak-rangkak cuma rangkaknya teater di UMS itu melangkaui semulajadinya sesebuah proses utnuk menaiki menara. jauh....maksud Black, kebelakangan ini teater UMS sudah mula bertatih sambil berlari. tatihnya tidak manja, terkeras melalui keadaan yang kasar, keadaan yang sengaja berniat menggoyahkan.... tapi bersyukurlah. kerana keadaan itu Gtel mengorak lebih jauh..jauh dan jauh (yang mengalaminya sahaja mampu memahami) kata kunci Daddy Long legged 'ALAH BISA TEGAL BIASA' itulah ramuannya.
seperti resamnya lelabah yang tabah, sabar, cekal..pastinya sesawangnya yang rapuh akan dipukul angin, dan berulang itulah ketabahan itu semakin mencengkam (tapi ingat!!! jangan cuba mengumpan bisa)

fahamkah tak faham???....oklah..maksud Black di sini perjalanan merentasi laut China selatan itu untuk merebut hak kejuaraan yang didahagakan 10 IPTA seluruh Malaysia sememangnya bukannya mudah untuk SETIAP KALI!! ataukah kerana keramatnya naskah 'NUR' itu maka setiap kali ujian itu mendatang. ya..walaupun berbeza tapi tetap serupa. sesaat Black bermonolog sendiri 'apakah penangan aura 'Nur' itu senantiasa membekalkan sengsara yang indah yang nantinya membentuk sebuah 'kekitaan'? terima kasih Marlenny Erwan, dengan hanya naskah mentahnya itu mampu melahirkan sebuah kreativiti seni serta kreativiti dalam menghadapi hidup.
seperti yang Black katakan bukannya senang utnuk menjadi senang. banyak yang perlu dikorbankan jika hanya sebanyak zarah yang dapat digadaikan untuk sesebuah kesenangan yang menggunung, tak mampu akan tercapai. seribu usaha akan memberi pulangan yang berbaloi walapun sesaat. ya ada yang kurang memahami atau barangkali pura-pura tidak mahu memahami. kalaulah emas yang dikejar tetapi lambat bangun pagi untuk bekerja, bermalasan utnuk memerah keringat otak, mengharap bulan jatuh ke riba maka...anganan saja yang kita dapat. DAYA USAHA YANG JITU DAN PADU ITULAH POKOK UTAMA SESEBUAH KEJAYAAN disamping takdir.haaaa siapa makan cili pandai-pandailah kau cari air sendiri nanti ya!!

Naib Johan, Pelakon wanita Terbaik (Mazrona), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Busana/tatarias Terbaik barangkali sudah dapat menjelaskan berapa banyak keringat dan usaha untuk sesebuah kejayaan itu diraih (tanyalah diri sendiri).Black barangkali sudah lebih medekatkan mata hati dan akal dalam mencari jawapan daripada mendahulukan mulut kebelakangan ini (kononlah tukar pendekatan)terlalu banyak cacat cela yang dilihat Black daripada awal pembentukan produksi ini yang sesekali Black sapa bagai angin lalu dan seperti angin lalu itu jugalah ia diterima. hanya yang cepat menangkap saja menjadikan sapaan itu berguna. pada Black menang kalah memang lumrah adat. produksi-produksi sebelum ini pun terlalu banyak mengajar agar 'jangan mengharap sesutau kemenangan sekalipun usaha dan pengorbanan yang sepatutnya telah diletakkan'kerana...juri juga manusia yang bersifat tidak sempurna dan pelbagai kehendaknya. apa yang penting niat penggiat dalam bergiat itu. black tegaskan disini sekalipun meraih kemenagnan itu belum tentu sesebuah produksi itu dekat pada kesempurnaan sesebuah pementasan.

meskipun dicalonkan pencahayaan/bunyi terbaik black masih amat kecewa. pencalonan yang tak seharusnya milik GTEL (hairan kan kenapa Black mengkritik grup yang dicintai ini) sebab Black bukan mendahagakan kejuaraan semata tetapi keindahan dalam pementasan itulah yang utama (berbalik kepada niat sebenar sesebuah seni itu) Black mengamati sistem pengurusan yang bersimpang siur. apakah pengarah gagal untuk berkomunikasi dengan anak buah? kalaulah faktor kaki tangan kurang utnuk membantu, perlu dipersoalkan 'mengapakah keadaan sebegitu berlaku'? jawapannya SIKAP, TANGGUNG JAWAB dan KOMUNIKASI serta terlalu mengharap tuan kerbau yang mencucuk dan menambat tali kerbau (hambik ko!!!)
sayang seribu kali sayang..peluang yang dinantikan selama bertahun itu dilepaskan begitu sahaja kerana kecuaian dan terlepas pandang terhadap peri pentingnya pengurusan dalam sesebuah pementasan. di sini GTEL agaknya sudah mengambil pengajaran bahawa 'sekalipun kekuatan lakon yang baik dan artistik yang mengancam belum tentu akan melancarkan pementasan tanpa adanya p-engurusan yang sistematik' ekoran itu maka terjadilah...lampu yang tetiba statik, set dinding baru yang tetiba mahu roboh, volume bunyi yang turun naik (ataukah panggung berhantu UM itu memang ada Phantomnya?black rasa phantom itu sudah pun merasuk diri black tatkala pengurusan produksi/teknikal yang hancusss, sehancusnya pengurusan penganjuran) sesungguhnya inilah pengalaman pertama black berada dalam produksi yang serba kalut. persolannya lagi, mengapa kekalutan itu boleh berlaku? kenapa sekarang, selepas bertahun-tahun gtel menjadi matang dalam dunia teater? jawapnnya..kerana kekurangannya latihan dalam pengurusan dan teknikal (hah?!! teknikal dan pengurusan pun perlu berlatih?!! YA SANGAT PERLU!!)apapun kepuasan itu dapat Black kecapi melalui para pelakon. walaupun pada saat akhir masih diambang kelemahan namun berkat kesabaran (dihamun terjang) para pelakon mampu membbuat selicinnya. benar!! lakonan pelakon amat licin. tahniah! kemenangan memang hak anda. apa yang Black bangga pelakon mampu mengingat dan merubah watak hanya dalam satu setengah hari sahaja. sekali lagi Black belajar sesuatu bahawa...di dalam lakonan, yang mengerakkan jiwa dan nadi sesebuah watak itu adalah PEMAHAMAN. dan cukup Black sedari selama ini para pelakon hanya menggerakkan external tanpa disertai 'jiwa'. sekalipun seorang pelakon itu berlatih setiap hari dalam jangka masa yang panjang belum tentu mampu menghidupkan watak yang dipegang kalau kefahaman terhadap jiwa dalaman itu tidak disertakan. lakonan adalah KEFAHAMAN yang dalam. tak faham?? 'kalau kau tak faham kau tanya saja pada mana-mana pakar yang kau kenal, kalau kau tak kenal pada mana-mana pakar kau tanya saja pada aku...' (maaf marlenny erwan pinjam dialog sekejap) kalau kau tak faham juga..silalah extend pengajian teater lagi tahun depan. (tak guna ada segulung ijazah atau menjadi pengajar kalau sendiri tak memahaminya...kan)

apapun Black tetap mengucapkan sejuta tahniah di atas keringat yang dilaburkan selama ini. kepada lelabah yang akan pergi dan bakal membuat sesawang sendiri, kembangkan lah ilmu yang ciput anda perolehi di bumi bayu ini. kembangkanlah dengan akal dan kreativiti. ilmu bagaikan air yang takkan mengering seperti air zam-zam. semakin dicurah semakin banyak alirannya. curahkanlah dan pergunakan ilmu itu sebaik mungkin yang barangkali bukan sahaja untuk pementasan tetapi untuk kehidupan yang mendatang. kepada lelabah yang baru bertatih, carilah ilmu itu sejauh mana pun. jadilah lelabah yang tabah dan kreatif. yang penting berdiri di atas kaki sendiri ( kalau bukan kaki sendiri takkan lah atas kaki kerbau kan!...tak tahulah kalau memang suka menjadi kerbau yang dicucuk hidung pulak)...jadilah lelabah yang cekal, ekspresif, kreatif!!
signed Daddy Long-Legged

0 comments:

MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates