Produksi NUR 2011

Festival Teater MAKUM 2011 datang lagi...setelah sekian lama ia menyepi.. hampir 4 tahun FTM tertangguh selepas 2007. Kini ia datang kembali dengan format dan nafas yang baru. Hanya 10 IPTA sahaja yang terpilih untuk menyertai FTM dan G-TeL UMS adalah satu-satunya wakil IPTA di sebelah Kepulauan Borneo yang menyertainya.

Alhamdulillah, seperti kebiasaannya, setiap kali G-TeL menyertai festival teater, pasti akan ada rintangan dan dugaan. Ia tetap SERUPA walaupun TAK SAMA. Dana menjadi faktor utama selain kesungguhan peserta dan tahap keilmuan pelajar. HEP meluluskan peruntukan kewangan dan tiket namun ia masih belum mencukupi lagi. Jabatan HEP sangat-sangat membantu dalam banyak projek G-TeL. tak pernah sekali pun projek anjuran G-TeL yang ditolaknya. Terima kasih bebanyak kepada HEP dan En Khai (pegawai MAKUM) yang selalu membantu. Kalau nak difikirkan dalam-dalam memang dah menjadi tanggungjawab mereka juga kan, hehehe.

Tahun ini sekali lagi G-TeL mempertaruhkan karya Lenny Erwan iaitu NUR. kenapa pilih NUR? tak ada karya lain ke? Karya tempatan Sabah macamana? Bukan tak mahu memilih karya tempatan Sabah, tetapi banyak faktor yang menghalang. Ramai orang menegur saya dan mengatakan karya teater tempatan Sabah banyak mengandungi elemen-elemen tradisional dan adat tempatan yang menarik. Ia pasti menarik kalau dapat dipersembahkan di Semenanjung. Apatah lagi G-TeL kan IPT mewakili Borneo. Masyarakat Malaysia khususnya di Semenanjung memang kehausan kepada persembahan budaya seperti ini. Ya saya tak nafikan. memang benar 100% apa yang dinyatakan itu. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya!

Mereka tak memahami keadaan yang berlaku di sini. Sekolah Pengajian SENI adalah sebuah institusi pengajian yang lengkap dan paling baik di Borneo ini. Bidang pengajian yang ditawarkan meliputi aspek Program Seni Kreatif yang meliputi tarian, teater dan penulisan (tiga elemen penting dalam sebuah persembahan sudah tersedia). Ditambah lagi dengan dua program lain seperti Visual dan Muzik. Kalau nak difikir-fikirkan, semua program ini saling melengkapi antara satu sama lain dan mampu menjadi elemen kekuatan dalam sebuah seni persembahan. Kita ada gerak lakon teater, ada gerak tari, ada penulisan skrip, ada visual (set, busana, multimedia, rias) dan muzik! Mana ada IPTA lain yang menawarkan program sebegini lengkap? Namun itu hanya indah dipandang dan ditatap di kertas sahaja. Kebanyakan tenaga pengajarnya (bukan semua) yang memahami seni persembahan. Mereka memang pakar dalam bidang mereka namun kalau bercakap dari sudut kolaborasi seni..memang mereka lemah. Bukti jelas, kalau diminta menyelaras Resital SENI, haram nak turun dan bersama pelajar. Dah nama pun penyelaras, sekadar menyelaras sahajalah! Ada juga tenaga pengajar yang sangat komited dan rajin bersama dengan pelajar memberikan tunjuk ajar di luar masa kuliah! Namun jumlah ini terlalu kecil sangat. Jadi kalau nak harapkan jurusan teater/tari (bidang yang kecil dalam Seni Kreatif) untuk mengangkat budaya tradisi Sabah, memerlukan kajian yang terperinci. Jurusan tari juga pernah mengangkat persembahan tarian Sabah, namun ia hanya sekadar tarian sahaja. Apalah bezanya dengan Lembaga Kebudayaan Sabah? mereka lagi hebat kalau nak diukur dari sudut tariannya! Dramatari? mana ada kolaborasi dengan bidang teater? Yang ada ialah pelajar teater diminta membuat teknikal pencahayaan. Sepatutnya, pelajar tari dan teater digabungkan di dalam kuliah untuk beberapa kelas khusus supaya mereka memahami konsep sebuah persembahan. Ini hanya tahu menari sahaja. Buat lampu? Haram!!! Penulisan? berapa banyaklah pelajarnya yang mampu menghasilkan karya penulisan bercorak tempatan Sabah? Jarang sekali!!!. Paling banyak pun hanya puisi dan cerpen sahaja! itu pun dalam majalah! Itu pun nasib baiklah pensyarah berkenaan ada contact dengan DBP. Nak harap pelajar berusaha memprodukkan karya? Jangan mimpilah!!!

Cukuplah kisah itu. Kita berbalik dengan Produksi NUR.

Comments

Unknown said…
Salam, saya nak tanya mana saya boleh dapatkan script Nur? Terima Kasih.

Popular Posts