festival teater ums

salam..sekali lagi kepada lelabah...kali ini black ingin nak membuat komentari tentang festival teater (festival ke?) yang baru diadakan sempena exam praktikal thn2 pada 2 hari lalu...pementasan tersebut telah diadakan sempena exam final thn2 yang mengangkat beberapa skrip hatta Azad khan seperti Kerusi, patung-patung, Mayat dan Jebat...mendengar tajuk-tajuknya pun agaknya sudah menaikkan bulu roma kepada sesiapa yang terbiasa dengan skrip teater, kerana pemikiran Hatta ini agak berat untuk dipentaskan ke pentas, apatah lagi isunya seringkali menumpu kepada soal yang berat dan memberatkan. di sini dilihat kesungguhan pelakon dituntut untuk melahirkan watak dan perwatakan yang sempurna kepada tuntutan skrip Hatta ini. jika tidak dikorek dengan dalam maka pincanglah pementasan tersebut.
sepanjang pementasan tersebut black boleh katakan ada yang terhanyut dengan pemikiran Hatta yang berat ini, barangkali para pengarah terlalai dalam melihat sudut pemikiran dalaman penulis yang memang dalam pemikirannya. para pengarah lebih menjurus kepada penyediaan aspek luaran pementasan tersebut mahupun dari aspek lakonan/teknikal dan pengarahannya. pendek kata untuk mementaskan skrip kontemporari seperti pemikiran Hatta ini perlu mempunyai mata ketiga untuk melihat. namun tidak kesemuanya terhanyut ada kumpulan yang berjaya mempamerkan kreativiti yang tidak dijangka dan berjaya mewujudkan humor yang sinis bersesuaian dengan skrip, agaknya unsur humor ini sahaja yang mampu menyelamatkan penotnon daripada dibuai mimpi di siang hari (hehehe). kumpulan Jebat bukan sahaja berjaya menampilkan unsur humor dalam menarik penotnon tetapi juga mengisi kekosongan jiwa penonton dengan unsur muzik 'live'yang dipamerkan secara harmoni dan d'syncronized'kan dengan adegan dan lakonan. agak mengejutkan kerana pengarah-pengarah yang tidak di'list'kan ini mampu memberi sentuhan sedemikian, natijahnya impak keputusan pada malam itu amat jauh berbeza dengan kumpulan yang lain. justeru black tertanya dan bersoliloki sendiri: apakah kengkangan pengarah lain yang tidak mampu mencapai level sedemikian? walhal antara mereka 12 pelajar adalah sama sahaja cumanya cara pemikiran yang berbeza? mengapa mereka yang diletakkan dalam 'list' tidak mampu melakukan seperti mereka yang mampu? adakah pengalaman atau wang menjadi halangan?...setahu black tidak!! kerana pengarah yang berjaya itu agak tersedikit pengalamannya berbanding dengan pengarah yang lain. black mendapat satu jawapan..barangkali kesungguhan! (betulkan black jika salah) kerana itu kita pernah mendengar perumpamaan 'di mana ada kemahuan di situ ada jalannya' seseorang yang lemah sekalipun jika mencedok sedikit kebijaksanaan dan sedalam lautan kesungguhan adalah menjadi lebih baik daripada mereka yang bijak pandai yang tidak mahu melakukan apa-apa. so black mengharapkan apa yang berlaku menjadi satu iktibar yang besar kepada lelabah yang lain dalam apa jua keadaan, bukankah GTEL telah mengajar anak-anaknya untuk lebih tabah dan bersungguh sejajar dengan moto kita 'cekal/expresif' jangan lepaskan moto hanya kerana ianya sebuah kata-kata yang sekadar jadi azimat tersimpan. apapun black mengucapkan tahniah kepada para pelajar teater dan thn 1 yang dilihat mempunyai bakat yang terpendam dan tidak dijangka..kalaulah pelajar2 thn1 itu baru sahaja diberi asas mampu melakukan lakonan sedemikaian, bagaimana agaknya apabila mendapat input yang lebih mendalam? pelajar thn1...berfikirlah ke arah kebaikan diri, lihat di mana dan kemanakah arahnya diri? jangan terhanyut dengan bah dan membiarkan diri terhanyut diselubungi misteri...sekian

keputusan festival teater ums:
pengarahan terbaik - Jebat (lezawaty/hakimi/finila)
teknikal terbaik - Jebat
produksi terbaik - Jebat
Busana Terbaik - Mayat (sylvester/Felorine/syuhadah)


pelakon lelaki terbaik
Nurazwan (Jebat)
Zai (Patung-Patung)
Ricky (Kerusi)
Zarul (jebat)

pelakon wanita terbaik
Nisma (patung-patung)
Nurmadiah (mayat)
Suzanna (Kerusi)
Terrysia (Jebat)

Comments

Andy D'Great said…
walaupun lemah dalam pelbagai sudut... penampilan empat produksi tersebut diucapkan tahniah...walaupun kekangan pengalaman dan ketandusan produksi untuk ditonton di sabah, mereka berjaya membuat produksi dengan baik.

lakonan pelajar Tahun 1 sangat bagus walaupun tidak didedahkan ilmu lakonan secara intensif lagi. kalau ada yang menjurusi bidang teater, saya yakin mereka akan berjaya mengangkat teater di ums.

kepada rakan ahli teater yang tidak hadir...saya rakamkan rasa kecewa dan menyampah untuk kalian. jangan anggap diri kamu orang teater kalau tak menyokong produksi rakan sendiri.

Popular Posts