Kenapa Membisu

Kenapa membisu... gerangan apakah yang membuatkan kalian membisu (anak2 labah-labah hitam)... KECEWA? Jangan kecewa. Marah? Benci? dan entah apa lagi jenis musibah... Jangan layan... di medan ini kita berkongsi. Berkongsi apa saja. Buat apa takut. Untuk apa malu. Kita kongsi bersama-sama. Mana yang kurang kita tambah. Mana yang lebih kita kongsi. Medan ini bukan untuk kita menjatuhkan sesiapa, medan ini bukan untuk menghina sesiapa... medan ini ini untuk kita berkongsi dan bertukar-tukar pandangan. Medan ini sebagai wadah mengeratkan hubungan silaturahim di antara kita. Bukankah kita ini sekeluarga. Keluarga dalam erti kata CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TURUT TERASA JUGA. Di medan ini bukan tempat kita mengukur tinggi atau rendahnya ilmu kita. Jika adapun cuma dianggap sebagai pelengkap bagi kekurangan pada sesiapa saja di kalangan keluarga kita ini. Bukan untuk "MENGONDEM" sesiapa. Tetapi... kalau kita malas juga berkongsi dan bertanya samala kita seperti Haji Bakhil (Kedekut ilmu)... Akhirnya siapa yang rugi... kita juga... pengetahuan kita bukan makin bertambah malah makin bertambah kurang.

Ayuh... adik-adik ku labah-labah semua... bangunla kalian. Kuatkan semangat. Ayuh... kita semarakkan Medan ini... Bagi rakan-rakan kita, senior2 anda yang ketika ini sedang melakukan kerja-kerja Praktikal di pelbagai agensi kerajaan atau swasta... berilah sedikit ruang untuk menghantar berita di medan ini... takkan dalam 10 minit atau masa rehat 30 minit tu tak ada langsung... Manfaatkan la masa yg ada untuk berkongsi pengalaman anda dengan adik-adik di Sini... Jadikanlan Medan ni sebagai Pusat Hentian kita di alam siber ini.

Sambung lagi nanti... penat ni... baru selesai kelas kesenian teater... jumpa lagi... wasalam....

Comments

yoyo _gaban said…
bukan membisu..cuma mcari diri T_T mgkin khilaf pada diri sndr kita x sedar kdg kala mbuat hati2 yg mudah utk tersentuh-tersentuh..

harap mudahan2 tempat sesawang lelabah ni, mjadi tmpat mcurah segala rasa @ idea..

terasa ingin myanyi..lepas hujan turun "labah2 hitam..naik poko jati..hujan turun ia pun berswembunyi..matahari..mula bersinar..labah hitam pun keluar"

mgkin lepas hujan semua duka,awan mendung yg hinggap di kalbu/atas kepala dapat hilang serta merta..
Andy D'Great said…
gaban..kau tulislah something yang boleh membantu dan sebagai seorang senior

Popular Posts