Dilema Bidang Seni Persembahan
Hari ni saya nak sentuh sikit dilema yang sudah lama berlaku dalam bidang seni persembahanlah.
1. Kita akui antara 3 bidang seni persembahan, Seni Muzik berbanding seni teater dan tari, ia da jauh ke depan malah boleh dianggap sebagai sebuah industri la senang kata sebab ramai penggiatnya yg da mampu cari makan secara profesional dengannya. Pendapatan melalui muzik mencecah puluhan ribuan ringgit. Malah kalau nak kata hadiah wAng tunai pertandingannya saja sudah boleh cecah belasan malah puluhan ribu ringgit...kalau nak banding dgn teater ni.. jangan kata nak bergelar industri, bisnes IKS pun tak layak capai. Hadiah pertandingan? Hmmm nak cecah 5k pun sakit nok oiii. Jumlah selalu tak berbaloi dengan kos perbelanjaan yang ditabur!
2. Baru2 ni dengar kisah seorang pencipta lagu kepada ramai artis terkenal tanahair, hidupnya gelandangan...nak terkejut apanya?bukan perkara pelik la. Ia sudah menjadi sebahagian dari rantaian kehidupan dunia seorang artis kat Malaysia ni. kalau lihat trek record perkembangan dan senarai artis muzik kita yang kaya raya sepanjang hayatnya selain TokTi...sapa ek? Ada tu memang ada tapi kekayaannya mampu memberikan makan 7 keturunan? Ramai ke? Artis yang lahir dari industri muzik ni cukup ramai. P.Ramlee yang terkenal dalam dunia lakonan dan muzik, menghasilkan puluhan lagu, menang award internasional, tapi meninggal dunia dalam keadaan yang ...malas nak sebut, Korang cari sendiri.
3. Saya tak heran kalau kita tanya pada awam, kalau bercakap bab kerjaya dalam seni, rata2 akan cakap nak jadi artis iaitu pelakon atau penyanyi. Depa nampak apa yang depan mata yang selalu disogok je. Glamer! Itu je difikirkan. Ramai ceburi bidang seni sebab nak jadi artis, mahu berada dalam limelight. Dunia Glamer kat Malaysia ni bukan macam Hollywood dik oi! Tak buat kau kaya sepanjang hidup. Paling lama glamer kau 2/3 tahun je. Muncul muka baru, kau akan dipinggirkan. Kat Malaysia ni bukan bakat jadi taruhan utama tapi rupa paras dan viral. Dua benda ni mana boleh bertahan lama. Itu fakta. Tak Caya? Tanyalah kepada artis2 veteran yang ada...dengar kisah mereka ..kesian tak kesian.
4. Sebut bab Kerjaya dalam bidang seni persembahan ni hanya dua saja yang orang nampak iaitu pelakon dan penyanyi. Tu dua je. Silap bosku. Sedangkan dalam ekosistem seni sebagai contoh muziklah kan..ia luas bidang kerjayanya, bukan setakat penyanyi dan pemain muzik. Team belakang tabir tu jangan lupa. Dan ramai juga dalam kalangan mrk yg di belakang tabir ini yang mampu menyara hidup hasil ceburi inDustri muzik. Contoh seperti pengedar, syarikat rakaman, promoter konsert, jurutera bunyi, producer, penulis lirik, pengurus artis, pencipta lagu dan lain2. Mereka ni tulang belakang kepada kejayaan atau kejatuhan sebuah industri seni tau.
5. Kursus2 yang ditawarkan dalam bidang seni persembahan di pusat pengajian tinggi juga perlu disemak semula. Da banyak ipt yg menawarkan bidang seni persembahan ni.. rata2 sama saja offeringnya. Hanya memfokus kepada kemenjadian pelakon, penyanyi atau pemuZik semata. Kalau ada bab teknikal atau sinografi pun, sekadar menyentuh kulit bawang je... jenis dan fungsi lampu pun tak kenal betul. Banyak lagi skop tugas dan Bidang2 lain yg menyokong kepada pembinaan sebuah seni persembahan yang boleh dan perlu diangkat serta diberikan perhatian seperti pengurusan acara dan produksi. Ia sgt penting, tak bole ditawarkan sebagai satu kursus tetapi sebagai program besar sebab ia melibatkan 2 cakupan sangat luas; acara dan produksi. Ini bidang yang banyak di pasaran tapi tak ramai berkelayakan serta mampu kendalikan dengan baik.
6. Penerapan bab ilmu usahawan dan keusahawanan, bukan perniagaan semata ya.. Usahawan (entrepreneur) tak sama dengan ahli perniagaan (businessman) tau; "A businessman follows an established path engraved by someone with an unoriginal idea, but an entrepreneur believes and thinks about making his/her own path with new ideas". Jangan keliru plak. Selama ini amalan penerapan ilmu perniagaan diterapkan setiap kali kita buat produksi tapi itu secara tidak langsung. Bidang usahawan bukan boleh dibuat semberono. Bukan semua mampu berfikir dan bertindak sebagai seorang usahawan kalau tak dilatih dan didedahkan kepada tekniknya. Ia ada atributnya. Apa yg saya cuba sampaikan ialah penerapan ilmu keusahawanan secara langsung melalui seni. Ini yg perlu dilaksanakan. Dengan adanya ilmu keusahawanan, kita bukan sekadar melahirkan pemain tetapi juga individu yg mampu berfikir, mempunyai atribut dan bertindak seperti seorang usahawan, mencipta peluang kerja bukannya menjaja mencari kerja.
Kita belum lagi menyentuh bab harta intelek mahupun kebajikan...
Comments