Apakah maksud Halalan Toyyiban
Halalan toyyiban. Kecoh satu video mamat ni bercakap bab makanan halalan toyyiban kat sebuah negeri di Borneo. Katanya susah nak cari makanan halalan toyyiban kat situ. Memanglah berapila org kat sana bila mendengarnya. Saya terpanggil untuk mengulas apa yang beliau cuba sampaikan. Penjelasan beliau tu sgtlah umum dan bagi org yang tidak tahu atau kurang mengerti, pasti akan melenting marah. Cara dia explain tu kurang cerdik, akhirnya menjejaskan imej sendiri. Benda betul jadi tak betul akhirnya.
Apa sebenarnya maksud halalan toyyiban ni? Kita cenderung untuk memilih dan mengambil makanan yang dikategorikan halal dan ada cop logo halal. Namun halal sahaja tidak menjamin makanan itu selamat dan bermanfaat. Kompius la!!!! Masa aku jadi pengetua kolej di sebuah universiti awam kat borneo, aku pernah menjemput wakil JAKIM untuk bagi pencerahan mengenai kekeliruan isu ini agar warga pelajar lebih memahami akan maksud halal dan toyyiban. Dari ceramah tersebut dapat disimpulkan bahawa Halalan toyyiban ini bukan sekadar bermaksud makanan yang diambil itu adalah halal dan boleh dimakan mengikut hukum syarak semata tetapi ia turut melibatkan aspek keselamatan, kualiti dan kebersihan. Sebab makanan sangat mempengaruhi kesihatan manusia. "Tidak ada ruang yang diisi oleh manusia yang lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga). Jika tidak mampu, maka ia dapat memenuhkan perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk nafasnya."(Hadis riwayat Ahmad).
Makanan sangat berpotensi untuk mencetus masalah kesihatan dan penyakit jika ia diambil secara tidak seimbang. Aturan Islam bukan sahaja mementingkan halal, malah kesederhanaan dan tiada kemudharatan dalam aspek pemakanan. Merujuk artikel 'Perut Lubuk Penyakit' tulisan Mohd Shahrizal Nasir, pensyarah UniSZA turut menyatakan hal yang sama. Menurut Sheikh Muhammad Abd Rahman al-Mubarak duri dalam kitab Tuhfat al-Ahwazi menyatakan perut yang penuh dengan makanan akan menyebabkan kerosakan agama dan dunia (tubuh badan).
Kalau melihat kepada Makanan halal memanglah berlambak tapi nak cari yg toyyiban itu yg agak payah. Bukan kat kedai je masalah begini berlaku, kdg2 kat rumah pun terjadi juga. Konsep halalan Toyyiban merangkumi aspek tersurat dan tersirat. Halalan Toyyiban berkaitan makanan sebagai makanan yang bersih tanpa sebarang kotoran, sumber yg halal, pengambilannya tidak mendatangkan penyakit dan mudarat serta mempunyai nilai pemakanan bermanfaat. Halalan Toyyiban ini luas merangkumi aspek penghasilan, pemprosesan, dan aspek penyediaan.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 168: "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."
Kesimpulannya makanan halalan toyyiban itu bukan sekadar ada cop logo halal malah ia mengambilkira aspek keseluruhan berkaitan kebersihan, manfaat dan tidak memudaratkan.
#akubukanmanusiabaik
#stagelight
#livetheatre
#theatrelife
#theatre
#stagedirector
#teaterberilmu
#stage
#theatreworks
#rumahlakonrm
#Persatuanteatermalaysia
#leadership
#director
#theatrefanmalaysia
#theactorschannel
#stageCraft
#Performingartinmalaysia
#nextgenstagedirectors
#theatrethreesixty
#beritateatermalaysia
#suarateaternusantara
#kakiseni
#jomteater
#teatermalaysia
#beritateater
#teatermemanusiakanmanusia
#kakiseni
Comments