Knowledge (Kemahiran), Skill (Kemahiran) dan.... Attitude (Sikap)

Ada kata tak perlu belajar tinggi2, bukan dapat kerja elok macam kau belajar pun. Namun bagi yg tak berpeluang belajar tinggi depa akan kata pengalaman lebih penting dari ilmu, orang nak tgk skill, bukan hanya pandai teori je. Biasalah bila bisikan Miswath da masuk dalam hati kan..jadi timbul rasa iri. Dua2 penting sebenarnya.  Tapi adakah dua tu je yg utama? Aku tertarik mendengar perkongsian Tuan Mejar Fitri aka Tuan Hutan dalam YT. Dia pernah berkata lebih kurang beginilah bunyinya - Ada knowledge tapi takde Skill, boleh hidup tapi setakat jadi kuli dan hamba je lah. Kalau ada Skill, tapi takde knowledge, boleh hidup tapi takkan berkembanglah, dok takat tu je. So...macamanalah? Tambah Tuan Mejar Fitri lagi... Kalau da ada ilmu, da ada kemahiran tapi tak ada sikap yg betul dan baik, maka kau akan jadi manusia paling tak berguna, orang akan menyampah!!! Ilmu dan kemahiran tidak mencukupi, perlu ada satu lagi iaitu sikap (adab) yg baik!  Kalau kau ada ilmu, ada skill, walaupun sikit, ditambah lagi kau ada sikap (adab) yg baik, ke mana pun kau pergi, kau akan diterima dan dimuliakan. 
Ilmu itu umpama otak kita. Skill itu pula anggota tubuh kita. Ada otak, ada anggota tubuh yg baik tapi masih juga telanjang. Kena la berpakaian. So pakaian kita tu lah sikap atau adab. Pakaian adalah cerminan diri, cerminan ilmu dan skill.

Comments

Popular Posts