ULASAN SIRI TV KOREA `VAGABOND'

 


"Siri TV Korea bertajuk `Vagabond’ (2019)  sebuah drama aksi-thriller yang telah berjaya merangkul anugerah Hallyu Contents Award kerana kisahnya yang mendebarkan dengan  aksi-aksi mencemaskan, disamping  memiliki himpunan pelakon yang terkenal. Filem ini telah menelan belanja sebanyak 25 billion won. Filem ini banyak menggunakan kaedah single-camera setup (setiap shot dan sudut kamera diambil menggunakan kamera yang sama yang menunjuk ke satu arah, yang dipindahkan dan ditetapkan (set) semula untuk mendapatkan shot atau sudut baru). Lokasi Pengambaran `Vagabond’ dibuat dipelbagai lokasi menarik di seluruh dunia, termasuk Korea Selatan, Marocco, Portugal, dan Sepanyol. Penggambaran menggunakan lokasi antarabangsa membuatkan hasil filem yang menarik dan kelihatan lebih global. Bila menonton cerita ini macam menonton kisah Harry Potter plak rasanya. Melihat pelakon-pelakon ini membesar, dari watak kanak-kanak sehingga menjadi dewasa...wahhh best!

 

Sepintas Lalu Perfileman Korea Selatan

     Era keemasan perkembangan filem Korea Selatan telah bermula sekitar pertengahan abad ke -20 dengan kemunculan dua buah filem hebatnya iaitu The Housemaid (1960) dan Obaltyan 1961).  Ramai pelakon dan sutradara Korea selatan yang berjaya menapak dalam dunia perfileman Hollywood seperti Lee Byung-hun, Bae Doona, Park Chan-wook, Bong Joon-ho. Tidak kurang juga pelakon berdarah kacukan Korea-Amerika yang turut berlakon dalam filem-filem terbitan Korea Selatan seperti Steven Yeun dan Ma Dong-seok. Malah Festival Filem Antarabangsa Busan juga memainkan peranan penting sebagai medan penganugerahan yang penting di Asia, menyumbang kepada peningkatan reputasi dan pengiktirafan filem-filem Korea Selatan di peringkat antarabangsa.  

Terdapat beberapa faktor yang telah merubah landskap industri filem Korea Selatan dan membawa kepada peningkatan populariti serta pengiktirafan dunia bagi filem-filem mereka. Korea Selatan telah membuat pelaburan secara besar-besaran dalam pembangunan bakat-bakat tempatan, peningkatan dalam infrastruktur, teknologi perfileman dan peralatan perfileman  termasuklah mengadakan program-program latihan dan mewujudkan bidang pengajian perfileman yang berkualiti tinggi di pusat pengajian tingginya seperti Korea National University of Arts (KNUA), Seoul Institute of the Arts (SIA), Chung-Ang University, Korea University of Media Arts (KUMA), Dongguk University dan Kyung Hee University.

Kebanyakan karya filem yang dihasilkan adalah sangat kreatif dan inovatif sehingga membolehkan filem-filem mereka menonjol berbanding dengan filem dari negara yang lain.  Filem-filem Korea Selatan tidak terikat kepada satu genre sahaja. Mereka menghasilkan pelbagai genre seperti drama, komedi, misteri, aksi, dan lain-lain. Kreativiti dalam menggabungkan elemen-elemen genre ini telah menjadikan filem-filem Korea Selatan menarik untuk pelbagai jenis penonton.

Industri perfileman Korea Selatan juga giat memasarkan dan mendistribusikan filem-filem mereka ke pasaran antarabangsa, termasuk di negara-negara Barat. Syarikat perfileman dari Amerika Syarikat turut melabur di Korea Selatan dengan mewujudkan rangkaian syarikat Warner Bros Korea dan 20th Century Fox Korea yang bertanggungjawab menaja penghasilan filem-filem Korea seperti The Age of Shadows (2016) dan The Wailing (2016). Melalui pelaburan dan penajaan ini, syarikat-syarikat perfileman Amerika telah berperanan dalam mengangkat industri filem Korea Selatan ke peringkat antarabangsa, serta menyumbang kepada pelbagai jenis filem yang berkualiti tinggi dan berjaya menarik minat penonton dari pelbagai latar belakang. Netflix juga turut terlibat dalam industri perfileman Korea selatan sebagai penerbit dan pengedar kebanyakan filem terbitan Korea Selatan. Netflix memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan industri perfileman Korea Selatan. Netflix mempunyai platform penyiaran digital global yang mencapai jutaan pelanggan di seluruh dunia. Dengan menyiarkan filem-filem Korea Selatan di platform mereka, Netflix membuka pintu kepada penonton antarabangsa yang luas. Ini membantu meningkatkan pengiktirafan dan populariti filem-filem Korea Selatan di luar pasaran domestik mereka. Dengan menyokong projek-projek filem Korea ini, Netflix memberikan sumber kewangan yang penting kepada industri filem Korea Selatan. Ini memberi peluang kepada sutradara dan pelakon Korea untuk meneruskan karya mereka dengan sumber kewangan yang mencukupi.

Kemunculan gelombang baru dalam perkembangan perfileman Korea selatan tercatat dengan kemunculan filem box-office iaitu The Admiral: Roaring Currents (2014) dan Along with the Gods: The Two Worlds (2017) dan filem Parasite (2019) yang turut memenangi pelbagai anugerah dalam 92nd Academy Award, filem terlaris di Korea Selatan seperti Snowpiercer (2013) dan Train to Busan (2016). Kemenangan filem-filem Korea Selatan dalam pelbagai acara penghargaan antarabangsa, seperti Festival Filem Cannes, Academy Awards, dan lain-lain, telah meningkatkan reputasi industri filem mereka secara global.   

 

Sinopsis Vagabond

Cha Dal-gun (Lee Seung-gi) adalah seorang stuntman yang hidup sederhana, tetapi hidupnya berubah secara drastik setelah anak saudaranya terlibat dalam kemalangan pesawat yang misteri. Dal-gun tidak percaya bahawa kemalangan itu hanya sebuah kebetulan dan mulai menyelidiki lebih mendalam. Saat menyelidiki, Dal-gun bertemu dengan Go Hae-ri (Bae Suzy), seorang agen perisik dari Badan Inteligen Nasional Korea. Hae-ri menyedari bahawa kecelakaan pesawat itu berkait dengan konspirasi besar yang melibatkan mainan politik  dalam kalangan pemerintah negara. Kedua watak ini telah bekerjasama untuk mencari kebenaran di sebalik kecelakaan itu. Sepanjang tempoh itu, Dal-gun dan Hae-ri telah terlibat dalam pelbagai situasi  mencemaskan. Mereka juga terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan permainan politik yang cuba menghalang usaha mereka untuk mencari kebenaran. Dalam masa yang sama mereka berdua mulai merasakan ikatan perasaan antara satu sama lain, meskipun pada awalnya hubungan mereka tidaklah begitu harmoni. Namun, mereka belajar untuk saling bergantung antara satu sama lain di saat menentang musuh bersama.

 

Barisan pelakonnya

 Lee Seung-gi dan Bae Suzy, dua bintang popular di Korea, memainkan peranan utama dalam drama ini. Kedua pelakon tersebut telah mendapatkan pujian di atas kemampuan lakonan yang meyakinkan dan hubungan mereka yang kuat di layar perak. Melalui filem ini mereka berdua berjaya merangkul anugerah Top Excellence Award in Miniseries (Male & Female), Best Couple Award.

Lee Seung-gi adalah penyanyi, pelakon, pengacara, penulis lirik dan penghibur. Salah seorang artis yang menerima bayaran termahal di Korea Selatan. Menerima pelbagai anugerah untuk muzik dan lakonan.

Bae Su-ji atau lebih dikenali sebagai Suzy, penyanyi, model dan pelakon. Bekas penyanyi kumpulan Miss A, yang terkenal di Korea Selatan.

Shin Sung-rok pelakon yang banyak terlibat di pentas khususnya teater muzikal

Baek Yoo-sik pelakon yang terkenal dengan gaya lakonan `near-expressionless facial acting. Mempunyai ijazah pertama dan master dalam teater dan filem dari Chung-Ang University

Moon Sung-keun kelahiran Jepun, pelakon dan ahli politik. Merangkul pelbagai anugerah pelakon. Memulakan karier lakonan melalui teater

Kim Min-jong pelakon dan penyanyi. Mendapat pendidikan perfileman dari Seoul Institite of the Arts

Moon Jeong-hee mempunyai ijazah dalam teater dari Korea National University of Arts. Pelakon terkenal Korea Selatan. Merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita untuk filem ini.

Kim Jong-soo pelakon. Bermula melalui teater dan banyak merangkul anugerah teater berprestij di Korea

 

 

 

Comments

Popular Posts