CIKGU VERSUS GURU

Cikgu duduk di meja, kertasnya berserak,  

Menghitung detik pulang, minda pun rosak,  

Mengajar sekadar cukup syarat,  

Nota di papan, tanpa jiwa, tanpa semangat.

Guru pula berjiwa raga,  

Mengukir ilmu, menyalakan cahaya,  

Bukan sekadar memberikan tugas dan kerja,  

Tapi mendidik, menyemai benih cinta.

Cikgu hadir mengikut jadual,  

Satu dua soalan, jawapan setakat separuh akal,  

Namun guru hadirnya hikmah penuh,  

Menghidupkan kelas, jiwa pelajar dipenuhi ruh.

Cikgu melihat jam menunggu waktu,  

Jam berdetik, cukup la waktu,  

Tapi guru melihat jauh lebih ke depan,  

Menggali potensi, membentuk insan.

Di mata pelajar, ada bezanya,  

Cikgu hanya mengajar, guru pula mendidik jiwa,  

Jasa Cikgu habis pada loceng terakhir,  

Tapi jasa guru hidup terus dalam ingatan, takkan berakhir.

Comments

Popular Posts