Festival Teater Malaysia 2012
Festival Teater Malaysia 2012 setelah hampir setengah abad festival teater malaysia di senyapkan, 2012 JKKN telah membuka lembaran baru dan nafas baru kepada penggiat teater tanah air. penggiat teater yang sudah lama kehausan berentap dan meminta keadilan sama seperti seni yang lain telah terjawap pada tahun 2012 ini. masih berlandaskan penilaian pada tahap pertama dan saringan kedua akhirnya JKKN Malaysia telah bersepakat untuk memberi jalan kepada kumpulan Kedah AKRAB, Grup Teater Lab UMS, BAKAWALEE Pulau Pinang, UITM Pahang dan UTHM Johor berentap di pentas DBKL kuala Lumpur. dengan demikian persembahan festival teater Malaysia telah dimulai pembukaan tirainya dengan monodrama Rebab berbisik yang dilakonkan oleh Rosnan Rahman, satu pembukaan yang baik untuk di sajikan kepada para penggiat teater yang rata-ratanya daripada golongan muda yang kehausan kepada bentuk teater eksperimental. bagai memberi klu kepada perjalanan persembahan teater yang seterusnya, Rebab Berbisik ini menyajikan monodrama yang panjang. seterusnya pada hari berikutnya pentas aduitorium DBKL itu diserikan dengan nafas-nafas monolog setiap daripada persembahan daripada kumpulan yang berentap. pada 30 haribulan UITM Pahang telah memilih naskhah zack zaidi menerusi Kebayan. masih menganggap sebagai bayi di pentas arena teater kebangsaan, persembahan masih agak lompong di sanasini dari aspek lakonan mahupun teknikal.namun tenaga keberusahaan itu harus diberikan pujian kepada golongan yang baru merangkak dalam dunia penteateran. dengan mengangkat isu 'penderhakaan kepada kasih ibu'kebayan telah menyusupkan teknik monolog-monolog pada awalnya yang kemudiannya membawa kepada pembawaan watak-watak mitos melayu yang semahunya dijadikan teladan. pada hari berikutnya teater Perhiasan Kaca adaptasi daripada The Glass Menagerie William Tenesse yang dipentaskan oleh kumpulan Pulau Pinang telah memberi kekuatan pertama di festival teater kebangsaan melalui lakonan pelajar sarjana muda teater USM. persembahan yang sedikit memberi senyuman kepada para penggiat teater bahawa kualiti lakonan teater di malaysia masih belum kering lagi walaupun telah dikebelakangkan utnuk beberapa tahun ini. seharusnya pementasan itu boleh saja membosankan ekoran daripada penerimaan teater Melayu agak kurang mahu duduk lama untuk menonton teater yang dibanjiri verbal act apatah lagi ianya sama sekali memasukakan konsep naturalisme secara besar. namun keberjayaan persemabahan ini adalah terletak pada si pelakon utamanya. pada 1 haribulan, auditorioum telah ditiup angin laut kedah melalui pelantaq hasil arahan dan nukilan saiful Bahri. sorang pengarah muda yang juga pernah memenagi teater kebangsaan pada tahun 2001 melalui 'monolog'. tahun ini dengan berkonsep kan yang sama seperti 2001, mengenengahkan korus ala-ala badut saiful memberanikan diri dengan menyandarkan nasibnya kepada para pelakon muda. sentuhannya masih juga menyengat walaupun ada sedikit kekurangan pada para pelakon yang agak longgar berbanding dengan tahun 2001. apa yang memukau adalah kemasukan bunyian suara harmoni korus yang diadunkan dengan sebegitu cermat dan cantik yang meniru ala-ala gaya korus greek.
Comments