TEATER BUKAN SEKADAR PEMENTASAN DI ATAS PENTAS SAHAJA....

Tolonglah ya..mengertilah. kalau kurang pasti, silakan merujuk kepada yang tahu. jangan memandai sesukahati nak bercakap. Jangan jadi tong kosong, kuat bunyinya tapi habuk pun tak ada. Jangan sesat lagi menyesatkan. Pergi belajar. Ruang dan peluang tu banyak, kena rajin sahaja. Marah ke? Siapa sebenarnya yang lebih patut marah? Apasal nak marah... tepuk dada tanya diri sendiri. Selalu orang buat teater akan memikirkan hasil produk akhirnya sahaja. Memang kita akui kita duduk dalam dunia di mana product often overemphasized by those around us. Sebab itu ramai je yang asyik risau memikirkan camana show nanti.. boleh pecah panggung ke tak? Bukan tak boleh... namun jangan juga kita lupa. Sebenarnya bukan produk sahaja yang menjadi keutamaan buat teater ni. Yang utama adalah PROSESnya. Proses berteater itu patut menjadi keutamaan. Kejayaan sebuah teater bukan hanya pada produk semata tetapi adalah kepada proses yang dilalui yang akhirnya turut membawa suatu perubahan kepada setiap ahlinya. Duduk santai sambil mendengar podcast dengan topik Drama Teachers: Take ack the classics bersama Julie Hartley, berbangsa Inggeris, seorang novelis, guru drama di Drama Teacher Academy, editor, retreat leader, dan storyteller. Berpengalaman mengendalikan summer art camp lebih 24 tahun. Yang menarik ialah ketika dia menyentuh aspek PnP teater di sekolah di sekitar England; "When I was teaching in England which is obviously a long time ago now, the GCSE syllabus – which was the syllabus the kids took up to age 16 – did not explore theatre as an artform at all. It was all about how drama could enhance a life experience for kids, for example, by placing them in situations that they may not have encountered yet and examining how those situations might play out in reality and then getting them to talk about it afterwards. It’s a very experiential process, and it was only really when you move into 16 to 18-year-olds and the A-levels that it became about theatre and about performance." Dalam perbualan ini, Julie bercerita mengenai pengajarannya di England pada masa lalu. Pada masa itu, kurikulum GCSE (General Certificate of Secondary Education) diiktiraf sebagai kurikulum yang diambil oleh pelajar sehingga usia 16 tahun. Menurutnya, kurikulum ini pada masa tersebut tidak menyelidik teater sebagai satu bentuk seni. Sebaliknya, fokusnya lebih kepada bagaimana drama dapat meningkatkan pengalaman hidup bagi kanak-kanak. Pendekatan kurikulum GCSE adalah melibatkan kanak-kanak dalam situasi-situasi yang mungkin belum pernah mereka alami dan mengkaji bagaimana situasi-situasi tersebut boleh berlaku dalam realiti. Setelah itu, pelajar diajak untuk berbincang mengenai pengalaman tersebut. Pendekatan ini dilihat sebagai suatu proses yang dapat membina pengalaman. Apabila pelajar menjejaki usia 16 hingga 18 tahun dan mengambil A-levels (Advanced Level), fokusnya beralih kepada teater dan persembahan. Pada peringkat ini, pelajaran lebih menekankan kepada aspek seni persembahan, termasuk teater dan lakonan secara keseluruhan. Kesimpulannya, mindset orang kita tentang teater (pengamal mahupun pengguna), berbaliklah pada slogan keramat kita TEATER MEMANUSIAKAN MANUSIA. Teater bukan sekadar buat persembahan kat pentas saja! Buang minda songsang mengatakan teater itu hanya pementasan lakonan di atas pentas. Ajarilah teater di sekolah mengikut kesesuaian, mengikut tahap dan keperluan, selaras pula dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Negara). Kedua, dia bercakap mengenai kepentingan generasi muda khususnya kanak-kanak dan remaja agar mempelajari teater klasik. Kalau dalam kes kita, teater tradisional dan Bangsawanlah. Nak terapkan rasa keseronokan, kefahaman dan akhirnya keupayaan mengapresiasi. Tak kenal maka tak cinta. Budaya omputih, sejak kanak-kanak da didedahkan kepada karya-karya Shakespeare, menonton pementasan drama Shakespeare. Tahukan bagaimana bahasa dalam drama Shakespeare... Bukan nak suruh kanak-kanak memahami bahasa tinggi yang bukan level mereka lagi, tetapi drama-drama klasik ini adalah drama-drama yang telah diiktiraf sebagai drama mewakili jatidiri bangsa mereka. Sama juga dengan mempelajari Bangsawan. Bukan kita nak depa memerah otak memahami tingkat bahasa tinggi yang bukan selayak umur depa tetapi mengajar erti budaya dan kehidupan bangsa. Keutamaan adalah nak bagi pendedahan dahulu kepada mereka. Jangan heran kalau saya kata ramai je pelajar U yang major drama ni yang langsung tak pernah menonton atau kenal Bangsawan!!! Agak2 camna depa nak keluar seagai graduan teater gamaknya? Hmmmm. Ketiga - Teater bukan hanya dialog dan pengucapan sahaja. Teater juga berkaitan dengan physicalization; menyatakan dengan gerak badan, emosi secara fizikal. Proses latihan membina situasi melalui gerak, gestur tubuh (physical theatre) untuk memahami maksud dalam drama. It’s important to start not with the text, but to have an understanding of the story before going into the text. Teater mengajar melalui tindakan (learn by doing). Menurut Julie lagi - "There are many students for whom sitting and watching other people do things and taking notes and learning from the experience is not going to be the most effective way. Being on their feet, doing something, being involved, and being plunged into something, that’s how we need to hook them." Semoga anda yang membaca akan mendapat sesuatu.. Baca dengan mata hati maka anda akan nampak laluan yang saya maksudkan. tapi kalau baca dengan mata nafsu, anda akan menganggap tulisan saya remeh dan membuang masa. Saya ahli akademik dalam bidang teater. Teater jiwa saya, amanah saya. Saya cintakan bidang ini. Maka adalah tanggungjawab saya untuk menyampaikan apa yang hak dan menegur mana yang bathil. Wallahu'alam. #akubukanmanusiabaik #stagelight #livetheatre #theatrelife #theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage #theatreworks #rumahlakonrm #Persatuanteatermalaysia #leadership #director #theatrefanmalaysia #theactorschannel #stageCraft #Performingartinmalaysia #nextgenstagedirectors #theatrethreesixty #beritateatermalaysia #suarateaternusantara #kakiseni #jomteater #teatermalaysia #beritateater #teatermemanusiakanmanusia #kakiseni #teatersenjakala #pestateaterusm #seniusm

Comments

Popular Posts