Membaca teks drama memerlukan teknik pemikiran yang kritis dan ia boleh dipelajari. Antara teknik asas dalam membaca teks drama bermula dengan membacanya secara sepintas lalu untuk memahami keseluruhan cerita bagi mendapatkan `rasa’. Bacaan berikutnya lebih merupakan satu proses analisis untuk memahami aspek plot dan pemikiran yang cuba disampaikan dramatis. Ini boleh dilakukan dengan memahami tajuk teks drama tersebut. Tajuk memberikan maksud tersirat dan tersurat yang ada dalam drama itu. Diikuti dengan memahami sifat watak dan ciri-ciri perwatakan seperti umur, gender, hubungan antara watak dan penggunaan bahasa. Dalam drama biasanya disertakan deskripsi umum mengenai latar tempat, masa dan zaman. Ia menjadi panduan asas dalam memahami ruang, mood dan persekitaran drama itu.
Pendekatan menganalisis sebuah teks drama ada pelbagai bergantung kepada tujuan dan keinginan. Bagi seorang sejarawan, membaca teks drama bertujuan untuk mengetahui period masa drama itu ditulis, manakala bagi ahli linguistik pula lebih menumpukan kepada bagaimana perkembangan bahasa digunakan pada era penceritaan tersebut. Bagi pemain teater pula, analisis teks drama biasanya bertujuan untuk mengangkat teks tersebut ke pentas dan biasanya pendekatan yang seringkali digunakan ialah pendekatan 6 elemen Aristotle yang saling berkaitan dan saling berhubungan;
Plot adalah susunan aturan kejadian dalam penceritaan. Plot bukan sahaja apa yang berlaku dalam penceritaan, tetapi merupakan ketetapan kejadian sesuatu perkara dan sebab musabab mengapa ia berlaku. Plot terbahagi kepada dua jenis; Causal Plot (Linear) dan Episodic Plot (thematic). Rajah di bawah menjelaskan bentuk Causal atau Linear Plot. Ia ada dua jenis – jenis pertama yang kebiasaan menunjukkan satu garis perkembangan (seperti dalam rajah di bawah), jenis kedua mempunyai dua atau lebih garis perkembangan yang disebutkan sebagai sub-plot. Manakala Episodic Plot (Rajah 2) tidak menurut prinsip sebab dan akibat sebaliknya ia ditentukan melalui eksplorasi dari satu idea.
Drama perlu diulangbaca banyak kali untuk memahami kandungan, mesej dan pemikiran termasuklah plot penceritaan yang cuba disampaikan. Berikut disediakan kaedah untuk menganalisis sesebuah drama agar plot dapat difahami dengan baik;
2. Bilakah drama ini diterbitkan? Pembaca perlu memahami peristiwa penting yang berlaku dalam era
dan tahun penerbitan sebab kadangkala peristiwa tersebut memainkan pengaruh besar kepada
3. Apakah nama-nama watak yang dipilih? Apa yang dapat difahami melalui nama-nama watak
e. Adakah wujud watak-watak raisonneur (penyampai suara penulis) dalam drama ini?
5. Adakah bentuk pengucapan dalam drama ini - dialog monolog, soliloki dan asides?
9. Apakah dialog atau aksi yang menjadi kemuncak kepada pertembungan konflik yang membawa
10. Adakah kaedah pendedahan maklumat (eksposisi) dibuat oleh penulis itu berkesan atau tidak?
11. Bagaimana pula dengan kaedah peleraian (denoument) yang dilaksanakan oleh penulis? Menarik
atau tidak?
Rajah 1 Plot Causal / Linear -
Rajah 2 Plot Episodik
Watak & Perwatakan
Dramatic character tidak sama dengan manusia. Ia adalah ciptaan artistik sang dramatis untuk melakukan tugas-tugas tertentu dalam lingkungan plot. Setiap watak ini boleh dianalisis fungsi dan peranan yang dimainkannya dalam setiap adegan. Untuk mengetahui peri pentingnya watak itu cuba bayangkan jika watak itu dikeluarkan dari penceritaan. Apa akan berlaku? Watak boleh dibahagikan kepada beberapa jenis;
• Protagonis – watak utama (central figure) yang menggerakkan aksi utama
• Confidant (e) – watak yang membantu dan bersama dengan protagonist
• Antagonis – watak yang sentiasa menghalang keinginan protagonist
• Raisonneur – author’s character – watak yang bercakap bagi pihak penulis, menyampaikan secara
langsung idea falsafah dan
moral dramatis
• Foil – watak yang saling bertentangan sifat – seorang lawak, manakala yang seorang lagi tegas,
seorang bodoh dan seorang
lagi pandai.
Untuk memahami sifat perwatakan watak tidak cukup dengan bergantung kepada apa yang telah diberikan oleh dramatis itu. Pembaca perlu memahami tanda dan penanda yang tersurat samada melalui;
• Arahan pentas
• Dialog watak-watak
• perbuatan dan tingkah laku watak-watak
• hubungan antara watak-watak
• melihat perkembangan plot
Kaedah Asas Memahami Watak
Drama perlu diulangbaca sebanyak mungkin bukan sahaja untuk memahami kandungan, mesej, pemikiran dan plot penceritaan, malah untuk memahami watak dan perwatakan watak-watak yang wujud dalam drama. Berikut disediakan kaedah untuk menganalisis sesebuah drama untuk memahami watak dan perwatakan dengan baik;
1. Apakah nama watak dan adakah maksud nama tersebut mampu memperjelaskan ciri-ciri perwatakan
watak tersebut?
2. Bagaimana dengan arahan pentas yang wujud untuk watak tersebut?
3. Berapakah umur watak?
4. Adakah watak tersebut mempunyai ciri-ciri khusus dari segi fizikal atau suara?
5. Berapakah berat dan ketinggian watak? Bagaimana bentuk penampilan fizikal watak?
6. Apakah habits atau tabiat khusus watak?
7. Bagaimana gaya penampilan watak? Kemas? Separa kemas? Selekeh?
8. Apakah pekerjaan watak? Bagaimana tahap sosio-ekonomi watak?
9. Apakah emosi utama watak ini merujuk kepada naskah? Apakah faktor yang menggerakkan emosi
utama tersebut?
10. Apakah aksi-aksi yang menjelaskan ciri-ciri utama watak?
11. Bagaimana dengan cara pengucapan dan perkataan-perkataan pilihan watak?
12. Bagaimana hubungan watak dengan watak-watak lain?
13. Bagaimana watak-watak lain melihat watak anda?
14. Mengapa penulis mewujudkan watak ini?
Pemikiran
Ia adalah fokus utama perbincangan, fokus intelektual yang memandu visi pengarahan, biasan observasi dramatis tentang kehidupan, bayangan moral dan falsafah dramatis. Biasanya ada banyak aspek pemikiran yang cuba disampaikan oleh dramatis, namun pembaca harus mengenalpasti pemikiran utama yang cuba disampaikan. Proses analisis memahami pemikiran boleh dibahagikan kepada dua; internal dan eksternal. Untuk memahami dengan baik pemikiran yang ingin disampaikan, perlu lihat dramatic triad; melihat hubungkait antara pemikiran, objektif protagonist dan the point of attack . Pembaca perlu memahami major dramatic questions (MDQ) watak protagonis; persoalan utama yang bermain dalam fikiran watak protagonist dalam usahanya mencapai matlamat utama. Selain itu menganalisis tajuk drama juga akan dapat memberikan gambaran keseluruhan penceritaan. Proses menganalisis tidak boleh hanya bergantung kepada kajian terhadap kandungan drama semata malah pembaca juga perlu melihat aspek eksternal seperti;
• Pandangan peribadi dramatis mengenai dramanya
• Kajian mengenai diri dramatis
• Memahami era kehidupan dan penulisan dramatis
• Pengaruh persekitaran terhadap dramatis
• Pandangan penggiat drama dan ahli akademik terhadap dramatis
Kaedah Asas Menganalisis Pemikiran dalam Drama
Drama perlu diulangbaca sebanyak mungkin untuk memahami kandungan, mesej, dan pemikiran dalam drama. Berikut disediakan kaedah untuk menganalisis pemikiran dalam sesebuah drama;
1. Apakah nama atau tajuk drama? Apakah kepentingan dan hubungkait tajuk tersebut dengan penceritaan?
2. Siapakah penulisnya?
3. Apakah major dramatic question drama ini?
4. Nyatakan dialog-dialog yang terdapatr dalam drama ini yang menjelaskan maksud cerita?
5. Apakah tema dalam drama ini?
6. Apakah observasi personal penulis mengenai drama ini?
7. Adakah kajian lepas mengenai penulis drama ini?
8. Adakah drama-drama lain yang ditulis oleh penulis ini? Bagaimanakah corak penulisan dan mesej drama-drama beliau?
9. Bilakah drama ini diterbitkan? Apakah insiden atau peristiwa penting yang berlaku dalam era penulisan dan penerbitan drama
tersebut? Adakah ia mempengaruhi pemikiran penulis?
10. Apakah bentuk drama ini? Adakah ia ditulis untuk memenuhi selera golongan tertentu seperti kanak-kanak, remaja, dewasa?
11. Adakah terdapat sebarang kritikan lepas atau kajian lampau terhadap drama ini?
Diksi (Gaya Bahasa)
Dialog adalah gaya bahasa dalam drama yang disampaikan melalui perantaraan watak (pelakon). Diksi mengandungi bahasa yang memperjelaskan mood cerita, watak, pemikiran, mencipta latar dan keindahan, serta membentuk rentak persembahan. Menganalisis diksi menuntut ketajaman telinga (pendengaran). Diksi dalam drama ada yang tersurat dan ada yang tersirat (ini yang perlu dikupas dan diperhalusi). Pemahaman terhadap maksud tersirat dalam dialog akan menentukan rentak dan tempo pengucapan. Ini yang perlu difahami oleh pembaca. Justeru, hormatilah dialog yang ditulis oleh dramatis.
Kaedah Asas Menganalisis Diksi dalam Drama
Diksi dalam drama dapat menjelaskan emosi, perwatakan watak, jenis drama dan subtek. Sebahagian maksud dan pemikiran dalam drama terkandung dalam gaya bahasanya. Drama perlu diulangbaca sebanyak mungkin untuk memahami gaya bahasa yang digunakan dalam drama. Berikut disediakan kaedah untuk menganalisis diksi dalam sesebuah drama;
1. Bagaimana stail bahasa yang digunakan (berirama, prosa, moden, mempunyai kepelbagaian warna, bahasa tinggi)?
2. Bagaimana penggunaan bahasa untuk setiap watak? Ada penggunaan bahasa daerah/ bahasa pasar/bahasa formal?
3. Adakah penulis juga menggunakan kaedah bahasa tubuh untuk berkomunikasi?
Muzik/Bunyi
Muzik/bunyi dalam kontek drama bukan sekadar merujuk kepada irama lagu yang disusun. Muzik itu termasuklah segala bentuk elemen bunyi sama ada bunyi yang disusun, bunyi alam, bunyi yang dirakam atau secara langsung dan juga suara pelakon. Bolehkah elemen muzik ditiadakan dalam persembahan teater? Bagi mereka yang telah lama terdedah dalam dunia teater muzikal, motion picture dan produksi tv, akan memahami kepentingan nilai elemen muzik ini. Namun bagi yang terbiasa dengan bentuk straight drama, nilai elemen muzik kurang diberikan penekanan. Dalam persembahan ia adalah ramuan penting dalam menggerakkan emosi dan imaginasi penonton;
“Like language, music reveals clues about plot, character and idea. For example, regular, slow rhythms, create very different moods from sharp, staccato ones. Verse, especially rhymed verse, is usually more formal than prose; in serious plays, verse seems to add weight to the action, whereas in comedy it often enhances the wit of a line by accentuating a word or nuance.”
(Cameron, K.M., Gillespie, P.P., Hunter, J. & Patterson, J. (2008): 44)
Ia bergantung kepada bentuk dan konsep & visi persembahan anda. Muzik merujuk kepada semua bentuk bunyi – suara pelakon, muzik, bunyi efek (bunyi alam semulajadi atau mekanikal) dan apa sahaja yang boleh didengarkan dan dibaca melalui fikiran penonton. Adakah muzik penting dalam drama? Menurut Catron, L.E dalam bukunya The Director’s Vision menyatakan bahawa;
“Music is to the drama as poetry is to prose; Sometimes mere words cannot fully express an emotion; only music is large enough to express the feeling. Words cannot handle the need for faith as well as the song “You’ll Never Walk Alone” from Carousel.”
Suara pelakon
Perkara pokok yang perlu dijaga oleh setiap sutradara adalah controlling focus apa yang penonton saksikan di atas pentas. Penonton hadir ke pementasan teater bukan sekadar melihat tetapi juga mendengar persembahan. Pelbagai teknik dilakukan untuk tujuan controlling focus seperti penyusunan level, aturan pergerakan pelakon,pengawalan ruang lakon dan ruang pentas, pencahayaan dan Menyusun posisi tubuh pelakon. Namun ada yang terlupa bahawa suara pelakon juga boleh menentukan controlling focus. Suara pelakon perlu diolah mengikut kesesuaian watak bagi mewujudkan ritma, tempo dan lain-lain. Biasanya dramatis hanya mencatat secara ringkas bentuk kualiti suara watak-wataknya manakala sutradaralah yang bertanggungjawab untuk menentukan kualiti atribut suara yang diperlukan daripada pelakonnya berdasarkan kepada visi penyutradarannya.
MUSIC CONTRIBUTION TO THE PLAY
1. What are the musical effect of the play? Use quotations to illustrate your conclusions.
2. What is each character’s ideal vocal quality?
3. What effects does the playwright call for? What is the purpose of the effect? What would be the sound source? Will the
sound be live or broadcast over the speaker system? Where should speakers be located?
4. What instrumental music is called for by the playwright? Why does the author call for it? What type of music is it?
5. What instrumental music do you want to add? What would you seek to accomplish? Would the attempt to be of its period or to
contrast against it? Explain your choice. Will the music amplify the script’s emotion or deliberately be its opposite? For
each effect, specify cue, timing and duration.
6. What preshow music do you want? Name the album, the name of the record company)
7. What entr’acte (perhentian sementara antara dua adegan dalam sesuatu drama) music will you use? Be as detailed as in your
answer to question 5)
8. What music will be appropriate for the chaser? Be as detailed as in your answer to question 5.
9. If the music is live, what is the desired effect? What should be played? When? For what duration? Describe the physical
arrangement of musicians, their location on or offstagew, lighting, music stands etc.
(Catron, L.E (1989) The Director’ Vision; Play Direction from Analysis to Production)
Kekaguman
Membaca drama memerlukan kreativiti dan imaginasi untuk memvisualisasi aksi dan suasana. Tugas bagi mewujudkan elemen kekaguman ini biasanya dilaksanakan oleh sekumpulan pereka merujuk kepada idea dan visi sutradara. Elemen kekaguman ini sifatnya sangat subjektif khususnya kepada pembaca bergantung kepada pengalaman peribadinya. Namun apabila ditafsirkan ke pentas maka ia tertakluk kepada daya imaginasi dan kreativiti sutradara. Dalam hal ini dramatis sama sekali tidak terlibat kerana kerja artistik ini secara langsung dipertanggungjawabkan kepada sutradara semasa drama ini diangkat ke pentas;
“But the theatre is more than words: drama is a story that is lived and relived with each performance, and we can watch it live. The theatre appeals as much to the eye as to the ear.” (Catron. L.E (1989): 118)
Apakah yang dimaksudkan dengan kekaguman? Elemen kekaguman tidak terhad hanya kepada aspek fizikal di atas pentas seperti latar, teknik pencahayaan dan kesan khas sahaja. Kekaguman itu melibatkan apa sahaja yang terzahir dan dapat divisualisasikan pada pandangan mata penonton, memberikan impak makna pemikiran penulis kepada penonton. Kekaguman adalah keupayaan kita 'menunjukkan' berbanding 'memberitahu'. Hatta dengan menggunakan olahan tubuh dgn baik dengan susunan gerak ruang pentas yg sesuai juga tergolong dalam aspek kekaguman.
Teater adalah satu bentuk seni visual. Persembahan teater melibatkan aspek latar, pencahayaan, busana, rias, penampilan fizikal sang pemain, susun letak set, latar, bloking pemain atas pentas, panggung auditorium dan aspek pentas itu sendiri. Inilah yang kita maksudkan dengan kekaguman. Elemen kekaguman bukan saja tertumpu kepada persembahan malah melibatkan aspek panggung dan auditorium. "One picture is worth a thousand words". Penonton datang ke panggung untuk melihat persembahan, bukannya sekadar mendengar persembahan. Sebuah produksi yang mengujakan pada pandangan mata ialah persembahan yang mempunyai nilai keindahan, kepelbagaian, dan mempunyai nilai komunikasi abstrak dan sarat dengan maklumat perwatakan, penceritaan dan pemikiran. Justeru, sebuah produksi yang baik bukan sahaja tertumpu pada apa yang dipersembahkan atas pentas malah turut mengambilkira juga apa yang dipamerkan dan dihiaskan pada panggung dan auditorium! Teater bukan hanya tertumpu pada persembahan tetapi ia adalah satu proses. Persembahan itu adalah satu bonus, hasil daripada sebuah proses yang panjang.
Sutradara berusaha menyampaikan mesej penceritaan, plot dan perwatakan secara berkesan kepada penonton dengan memberikan perhatian khusus kepada atribut visual ini. Persembahan teater tanpa penekanan kepada atribut visual akan menjadikan ia hambar dan tidak menarik sama sekali. Bagaimana pula dengan bentuk Poor Theatre yang disebut oleh Bertolt Brecht? Beliau tidak begitu mengutamakan aspek teknikal yang tinggi dalam persembahannya sebaliknya menumpukan lebih kepada olahan fizikal pemain yang baik. Pentas yang kosong tidaklah bermaksud ia akan kosong sama sekali. Peranan dan atribut pencahayaan dan bunyi menjadi sokongan utama yang bakal menimbulkan elemen kekaguman tersebut.
Jika muzik untuk didengar, maka elemen kekaguman ini khusus untuk dilihat. Ia merujuk kepada segala aspek visual di atas pentas – stail, latar, pencahayaan, busana, pergerakan tubuh dan gestur pelakon, rias, susun letak prop, pentas dan auditorium. Dalam hal ini sutradara perlu memikirkan secara kreatif bagaimana untuk menggunakan semua aspek visual tersebut dalam mengangkat dan menterjemahkan pemikiran dan plot penceritaan dalam drama. Adakah elemen kekaguman ini penting? Pepatah lama ada menyebut “one picture is worth a thousand word”. Kita sebagai penonton pun akan menyebut `pergi menonton’ dan bukannya `pergi mendengar’ teater. Elemen kekaguman memberi peluang kepada ahli kumpulan produksi untuk mempamerkan kreativiti idea mereka berpandu kepada visi sutradara. Elemen kekaguman bukan sekadar hiasan visual sebaliknya ia adalah medium komunikasi penting oleh sutradara kepada penonton. Seni itu sifatnya ditampilkan/ditayangkan bukannya dikhabarkan secara lisan (showing rather than telling).
Teater adalah sebahagian daripada seni visual yang dapat dilihat dan hasilnya dapat diapresiasikan termasuklah set latar, pencahayaan, busana, rias, gerak laku pelakon, auditorium dan pentas. Dalam sebuah pementasan, aspek visual yang memainkan peranan utama dalam menarik perhatian penonton, memberikan stimulasi imaginasi, memaparkan rasa keindahan dan menjalinkan hubungan komunikasi makna, mesej, plot dan perwatakan dengan penonton. Aspek visual ada kaitannya dengan elemen teknikal yang melibatkan spectacle atau kekaguman. Hari ini istilah tersebut merangkumi segala perlakuan yang dikenakan kepada pentas dan penonton seperti set, kostum, rias, pencahayaan dan lain-lain yang disebut sebagai sinografi. Untuk memudahkan pemahaman, pengertian kekaguman di golongkan ke dalam dua golongan yang saling bertimbal balik iaitu kekaguman yang dikenakan kepada pelakon dan kekaguman yang dibina di atas pentas. Kekaguman yang dikenakan kepada pelakon melibatkan ciptaan kostum, rias, prop dan pencahayaan. Semuanya diusahakan oleh ketua bahagian yang berlainan. Manakala kekaguman yang dibina di atas pentas termasuklah set dan rekabentuk pentas, peralatan pentas dan pencahayaan. Walaupun pencahayaan disebut di dalam dua bahagian tetapi kedua-dua hal tersebut bukanlah bersifat berasingan. Sebaliknya pencahayaan pada pelakon dan pada pentas adalah sama. Kerjasama antara setiap bahagian teknikal penting kerana penentuan akan dibuat kepada warna yang digunakan dan juga bentuk-bentuk yang sesuai antara satu sama lain. Misalnya kalau kostum yang diciptakan menggambarkan suatu suasana yang menggerunkan maka set yang direka juga mempunyai rekabentuk ke arah tersebut. Amat janggal sekali kalau gambaran di sebuah rumah lama dan usang, pelakon-pelakon semuanya berpakaian baru yang berwarna-warni dan baru dijahit. Ertinya ketepatan pada segala aspek yang melibatkan rekabentuk kekaguman adalah penting.
Seni persembahan termasuklah teater adalah seni mempersembahkan dan aspek visual memainkan peranan yang paling utama. Elemen kekaguman berfungsi sebagai medium komunikasi daripada sutradara melalui persembahan kepada penonton. Antara sumbangan elemen kekaguman ini adalah seperti berikut;
a) Membina suasana – ia menjelaskan bila dan di mana peristiwa itu berlaku.
b) Memperkayakan perwatakan watak – busana dan rias menjelaskan ciri-ciri watak, latar menjelaskan sudut ekonomi, dan sosial,
set perabot membantu memberikan nilai tambah kepada ciri dan minat watak-watak dan susunan letak dan gerak watak
menjelaskan hubungan antara watak-watak.
c) Menentukan mood atau stail – warna, intensiti pencahayaan, bentuk dan corak pergerakan watak menjelaskan genre persembahan
samada realistik, non-realistik, tragedi atau komedi.
d) Memperkembangkan makna penceritaan – mewujudkan suasana kegembiraan, kesedihan, kesuraman dan ketenangan.
e) Menarik perhatian dan fokus penonton untuk terus menikmati persembahan serta menimbulkan rasa kesenangan kepada jiwa
penonton
Kaedah Asas Menganalisis Elemen kekaguman dalam Drama
Unsur kekaguman adalah satu proses pengadaptasian yang dilakukan oleh sutradara dari teks ke pentas. Proses memahami elemen kekaguman menuntut kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi kepada sutradara. Memahami maksud dan pemikiran dalam drama terkandung dalam drama, perwatakan watak-watak yang ada, penggunaan dan pemilihan diksi oleh dramatis, memahami keseluruhan isi kandungan drama akan membantu menjana kreativiti sutradara untuk menvisualisasikan unsur kekaguman ini . Melalui pembacaan secara berulangkali akan dapat membantu untuk memahami keseluruhan tuntutan kekaguman dalam drama.
Rujukan
1. Cameron, K.M., Gillespie, P.P., Hunter, J. & Patterson, J. (2008). 7th ed The Enjoyment of Theatre. Boston. Pearson.
2. Rodgers, J.W & Rodgers, W.C. (1995). Play Director’s Survival Kit. West Nyack, New York. The Center for Applied Research in Education.
3. Catron. L.E (1989), The Director’s Vision: Play Direction from Analysis to Production. Mountain View, California, Mayfield Publishing Company.
Comments