EXPERT BLINDSPOT

**Expert blindspot** apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ini? Korang pernah tak dengar kuliah yang disampaikan oleh seorang profesor ulung dalam sesuatu bidang tetapi kita tak berapa faham apa yang cuba beliau sampaikan. Dan korang juga pernah tak dengar kuliah daripada seorang pensyarah biasa ataupun pembantu pengajar yang kadang-kadang cara penyampaiannya lebih jelas dan lebih mudah untuk kita faham. Mengapa terjadinya begitu? Kdg2 apabila kita telah melalui satu tahap pencapaian dalam sesuatu bidang agak lama, kita terlupa kepada yg paling asas. Terlupa bagaimana nak menyampaikan maklumat dgn cara yg sesuai dgn tahap pendengar. Ambil contoh teater, seorang profesor ulung dijemput bercakap dihadapan pelajar sekolah rendah/menengah mengenai asas teater, berkemungkinan cara penyampaian, bahasa yg digunakan dan level pemikiran profesor tersebut terlalu tinggi dan tidak mampu dihadam oleh pelajar. Sebab itu, profesor tersebut akan dibantu oleh seorang tutor dan peranan tutor tersebut adalah sebagai pemudahcara kepada pelajar berkenaan; "The blind spot bias of the expert is like a curse of the one who knows a lot, that he knows so much that he does not know how to explain it, and a good teacher is, above all, someone who knows how to share his knowledge." Jangan kita terus berangapan bahawa seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang itu, sudah melayakkannya untuk menjadi pengajar kepada orang lain. Ya, dia memang pakar dalam bidang itu, namun untuk menurunkan ilmu atau mengajarkan ilmu yang dikuasainya itu beum tentu dia berjaya melakukannya. Sebab barangkali, dia tidak mempunyai kepakaran pedagogi dalam soal pengajaran dan pembelajaran. Bukan semua orang layak menjadi guru atau pendidik, sebab ia memerlukan kepada tuntuan ilmu yang khusus. Ini disebut oleh Emily Williams Jones melalui artikelnya `Expert Blind Spot: What It Is And How It Affects People And Education' dalam Psychology for Mental Health (https://psychologyfor.com); "It is obvious that you cannot teach what you do not know, that is, what you do not have deep knowledge of. However, and as we introduced with the previous example, the fact of having extensive mastery in a certain topic or skill is not a guarantee that we will be able to teach it properly, in fact, it is even possible that it makes the task of teaching difficult for us if We don’t know exactly how to do it." Tambahan beliau lagi: "It usually happens that as we become more skilled in certain knowledge and skills we “forget” how much it cost us to learn, thinking that novices in this knowledge can skip some steps that we do not realize are fundamental for their learning." Begitu juga menurut Ginney Sharkey melalui artikelnya Attacking the "Expert Blindspot" dalam https://denison.edu/ menyatakan; "One of the best ways to combat expert blindspot is to think as a novice learner." Sebab itu, amat penting kepada seseorang penyampai/ penceramah/pensyarah/guru untuk bersedia keluar dari ruang lingkup selesanya dengan mengenalpasti terlebih dahulu siapakah sasaran pendengarnya. Study sasaran, sesuaikan kaedah penyampaian, bahan, dan pengisian. Nota pengajaran juga perlu selalu dikemaskinikan. Bukan tak bole guna pakai nota kuliah sedia ada tetapi sebaiknya 'update' cara penyampaian, metod pengajaran, dan segala yg berkaitan. Bersedia untuk mempelajari kaedah penyampaian dan penggunaan teknologi baru yang sesuai dengan keperluan. Ini penting agar kita sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. Penularan wabak Covid -19 yang lalu telah membuktikan yang kita mampu untuk berubah sesuai dengan keperluan yang mendesak.

Comments

Popular Posts