GLAMOR KERJA PENSYARAH

Betul ke kerja pensyarah ni rileks, gaji tinggi? Itu hanya anggapan dan pandangan kasar belaka. Sepanjang kerjaya, tak pernah aku rasa rileks. Ada saja kerja kena buat. Nota kuliah... Setiap semester kena update content. Mana kita bole recycle saja nota sedia ada. Perlu update dan sesuaikan dengan level dan situasi pelajar. Kaedah mengajar juga kena ditambahbaik sesuai dengan tahap penerimaan pelajar. Tambahbaik soalan exam setiap sem. Bukan semua grup pelajar ni serupa setiap tahun. Semua kena dibaiki atau ubahsuai ikut tahap kemampuan pelajar. Bila student cuti, pensyarah tak cuti. Ramai sangka pensyarah pun bercuti macam cikgu... tak oiii!!! Habis tu? Buat apalah kalau student tak de? Kerja pensyarah ni bukan macam kerja cikgu, kalau student UG bercuti, pelajar PG tetap ada je sepanjang masa. Nak kena mengadap depa sorang2, nak pastikan progres penulisan mereka sentiasa on track. Bukan senang mengurus pelajar tua ni, banyak kerenah dan ragam ni. Selain tu, kena buat kerja lain juga, kena penuhi kpi lain selain mengajar. Kena buat research sebab itu wajib sebagai pensyarah, terbitkan artikel lagi, bukan boleh terbit dalam majalah tapi nak kena ada WoS dan Scopus tau!!!! kena buat kerja pentadbiran, libaturus dalam program komuniti dan universiti. Cakap pasal gaji...besar sangat ke? Kengkadang rasa tak mencukupi pun ada! Skim gaji pensyarahlah antara banyak kerjaya yang setakat ni belum lagi berpeluang mendapat semakan baru. So, kalau tidak berada dalam sistem, usahlah berserkap jarang menuduh yg bukan2. Setiap kerjaya itu ada beban masing2. Husnuzon kata orang. #akubukanmanusiabaik #stagelight #livetheatre #theatrelife #theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage #theatreworks #rumahlakonrm #Persatuanteatermalaysia #leadership #director #theatrefanmalaysia #theactorschannel #stageCraft #Performingartinmalaysia #nextgenstagedirectors #theatrethreesixty #beritateatermalaysia #suarateaternusantara #kakiseni #jomteater #teatermalaysia #beritateater #teatermemanusiakanmanusia #kakiseni #pendidikan You cannot edit this content

Comments

Popular Posts