Aplikasi Kaedah SWOT dalam Merancang Pengurusan Sebuah Produksi Teater

Ada pelbagai kaedah dalam menganalisis perancangan dan pengurusan strategik sesebuah organisasi seperti SWOT, SOAR, SVOR, Bricolage dan lain-lain. Terpulang kepada individu untuk memilih mengikut kesesuaian dan pemahaman masing-masing. Saya hanya ingin memfokuskan kepada kaedah asas yang popular digunakan iaitu kaedah analisis SWOT. SWOT adalah akronim kepada Strength, Weaknesses, Opportunities dan Threats. Analisis SWOT adalah kaedah perancangan dan pengurusan strategik yang digunakan untuk membantu seseorang atau organisasi dalam mengenal pasti Kekuatan, Kelemahan, Peluang, dan Ancaman yang berkaitan dengan permasalahan perancangan projek. Ia juga disebut sebagai penilaian situasi. Teknik ini dicipta untuk digunakan dalam peringkat awal proses membuat keputusan dan boleh digunakan sebagai alat untuk menilai kedudukan strategik sesebuah projek. Ia bertujuan untuk mengenal pasti faktor dalaman dan luaran yang menyokong dan tidak menyokong untuk mencapai objektif sesuatu projek. Persiapan produksi pementasan teater dengan menggunakan analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats) adalah cara yang baik untuk mengidentifikasi faktor internal dan eksternal yang dapat mempengaruhi keberhasilan produksi. Berikut adalah beberapa langkah mempersiapkan produksi teater dengan menggunakan kaedah analisis SWOT: 1: Kenalpasti Tujuan Produksi Teater - Sebelum melakukan analisis SWOT, tentukan dahulu tujuan produksi teater dibuat. Apa yang ingin dicapai melalui pementasan ini? Kenalpasti tujuan akan dapat menentukan keperluan aspek artistik, penjanaan dana, pemasaran, dan lain-lain. 2: Kenalpasti Faktor Dalaman (Strengths dan Weaknesses) a. Strengths (Kekuatan) - Nilai kekuatan dalaman yang dimiliki produksi seperti bakat pelakon, pengalaman yang dimiliki oleh ahli produksi, kemudahan fasiliti, dan sokongan dana yang ada. Pertimbangkan juga kelebihan, keunikan dan apa jua yang menarik yang ada pada produksi anda. b.Weaknesses (Kelemahan) – Kenalpasti kelemahan yang ada dalam produksi, seperti kekurangan pengalaman samada dalam aspek penyutradaraan, lakonan, dana yang terbatas atau kekurangan kemudahan fasiliti. Pertimbangkan juga apakah kaedah perlu untuk mengatasi atau mengurangi kelemahan-kelemahan ini. 3: Kenalpasti Faktor Luaran (Opportunities dan Threats) a. Opportunities (Peluang) - Analisis faktor luaran yang dapat mempengaruhi produksi teater seperti peluang untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi lain dan membuat hubungan dengan badan-badan berpotensi untuk sokongan dana. b. Threats (Ancaman) - Kenalpasti ancaman-ancaman eksternal yang tidak boleh dikawal yang mungkin mengganggu-gugat produksi, seperti ketidaktentuan cuaca, persaingan dengan persembahan lain, dan lain-lain. Pertimbangkan strategi untuk mendepani atau mengurangi akibat dari ancaman-ancaman ini. 4: Analisis SWOT Gabungkan kesemua penemuan dari empat kategori SWOT tersebut dalam sebuah matriks SWOT. Ini akan membantu untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang kedudukan produksi teater Anda secara keseluruhan. 5: Kenalpasti Strategi a. Maksimumkan Kekuatan (Strengths) dalaman yang ada untuk mencapai tujuan produksi. Contohnya, memaksimumkan bakat pelakon atau memanfaatkan kemudahan fasiliti sedia ada. b.Mengatasi Kelemahan (Weaknesses) Contohnya, keperluan untuk mencari tenaga pakar lain sebagai sokongan kepada kumpulan kreatif sedia ada yang kurang berpengalaman atau mengenalpasti sumber dana tambahan untuk mengatasi masalah bajet. c. Memanfaatkan Peluang (Opportunities) luaran yang telah dikenalpasti. Contohnya dengan menjalinkan hubungan baik dengan agensi atau badan yang berupaya memberikan sumbangan dana untuk produksi anda. d.Mendepani Ancaman (Threats) ancaman luar yang telah dikenalpasti dengan merangka perancangan alternatif mengatasi masalah ketidaktentuan cuaca atau merancang strategi pemasaran yang lebih baik untuk bersaing dengan persembahan lain. 6: Perlaksanaan Strategi perlu melibatkan perencanaan, koordinasi, dan kerjasama antara ahli kumpulan produksi teater anda. 7: Post-mortem dan Penambahbaikan mesti dilakukan setelah selesai persembahan. I penting untuk melihat tahap pencapaian produksi. Kenalpasti tahap keberhasilan dan apa yang perlu diperbaiki untuk produksi akan datang. #stagelight #livetheatre #theatrelife #theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage #theatreworks #rumahlakonrm #Persatuanteatermalaysia #leadership #director #theatrefanmalaysia #theactorschannel #stageCraft #Performingartinmalaysia #nextgenstagedirectors #theatrethreesixty #beritateatermalaysia #suarateaternusantara #kakiseni #jomteater #teatermalaysia #beritateater #teatermemanusiakanmanusia #kakiseni #teatersenjakala #pestateaterusm #seniusm #akubukanmanusiabaik

Comments

Popular Posts