Text, Playtext@Dramatic Text dan Theatrical Text.

Menurut Mick Wallis dan Simon Shepherd dalam buku Studying Plays (2002) 4th ed menyatakan; " The novel is designed to address its audience directly; open it and we have everything we need in front of us. But a playtext addresses its ultimate audience indirectly; it is a set of instructions designed to be interpreted by theatre makers who will then stage the play before its own audience." Keunikan naskah drama ialah ia tidak akan lengkap jika hanya dibaca tanpa dipentaskan. Apabila kita membaca playtext, setiap kata-kata yang tertulis bukan direka sama seperti kata-kata yang tertulis dalam novel. Kata-kata itu direka untuk menjadi sebuah persembahan. Kata-kata itu bukan sekadar apa yang perlu disebut, malah bagaimana seharusnya ia disebut, untuk siapa, konteks apa, aksi yang bagaimana untuk menyampaikannya serta di ruang bagaimana ia seharusnya disebutkan. Apa pula playtext@dramatic text dengan theatrical text? Playtext@Dramatic text dibaca apa yang tertulis di atas kertas manakala theatrical text `dibaca' dari apa yang dilihat di atas pentas oleh penonton. Ia juga boleh disebut sebagai `pretext'. Dramatic text mengandungi dialog dan arahan pentas. Manakala theatrical text pula mengandungi watak, dialog, ruang,aksi dan tubuh pelakon. Dramatis ketika menulis dramatic text nya, ia sudah membayangkan bagaimana seharusnya ia terjadi di atas pentas. Manakala pembuat teater juga ketika membacanya turut membayangkan atau berimaginasi secara kreatif akan rupa bentuk thetarical text nya di atas pentas. Justeru pembuat teater perlu memahami betul akan setiap maksud kata-kata yang diucapkan watak, mendalami maksud pemikiran yang cuba disampaikan oleh dramatis. Menjadi menariknya ialah pemahaman dan penterjemahan dramatic text oleh sang pembuat teater bakal menjadikan theatrical text nya unik dan berbeza daripada apa yang dibayangkan oleh dramatis. Perbezaan itu bukan satu kesalahan, malah memang seharusnya berlaku kerana itu melibatkan proses kreativiti namun aspek pemikiran di dalamnya tetap sama dan tidak berubah. Justeru, tidak ada istilah betul atau salah sesebuah persembahan yang terhasil. Interpretasi boleh sahaja pelbagai asalkan sahaja elemen-elemen asas dalam drama itu tidak dirojakkan sesuka hati sehingga menggadaikan nilai asal yang cuba disampaikan dramatis. #stagelight #livetheatre #worldtheatreday #theatrelife #theatrelove #theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage #theatreworks #rumahlakonrm #instatheatre #Persatuanteatermalaysia #leadership #director #theatrefanmalaysia #thequarantinemonologues #theactorschannel #stageCraft #Performingartinmalaysia #nextgenstagedirectors #theatrethreesixty #beritateatermalaysia #suarateaternusantara #kakiseni #jomteater #teatermalaysia #beritateater #teatermemanusiakanmanusia #UoHCampus #kakiseni

Comments

Popular Posts