TEATER ADALAH KEHIDUPAN.

Menurut Shakespeare melalui karya Hamlet (Barranger (1995) menyebut; "...the purpose of playing, whose end, both at the first and now, was and is to hold as `twere the mirror up to Nature, to show Virtue her own feature, scorn her own image, and the very age and body of the time his form and pressure." Menurut Barranger (1995) lagi; "Our humanity as reflected in the mirror has shape, color, texture, form, attitude and emotion". Teater adalah satu bentuk seni yang hidup. Teater mempunyai hubungan yang unik dengan kehidupan dan kemanusiaan yang dicerminkan. Teater selari dengan kehidupan namun teater tidak memaparkan keseluruhan kehidupan tetapi teater memaparkan CERMINAN kehidupan (terpilih) yang dikehendaki oleh sang dramatis. Apa maksud Teater sebagai cerminan kehidupan terpilih ini? Cuba lihat dalam cermin apa imej yang terefleksi pada mata kita? tubuh kita, latar dan kemungkinan orang lain yang berada dalam lingkungan cermin tersebut. Jika begitu, bolehkah kita hanya memaparkan simbolisme atau seadanya? Paparan imej dari cermin itu adalah refleksi dari realiti. Kalau muka kau senget, hidung penyet, bajunya poket dua...yang terpapar dicermin pastilah serupa, takkan berubah baju menjadi poket satu dan menjadi muka abang tesla pulak!!! Teater memaparkan realiti namun realiti itu tidak seperti realiti dalam kehidupan sebenar. Ini yang dimaksudkan dengan Theatre's Doubleness; Theatre is life's double, but it is also something more than a reflection of life. It is a form of art - a selected reflection. It is life's reflection organized meaningfully into stories and fictions about events and people." Di atas pentas, pelakon mewakili kemanusiaan kita (badan, suara, minda dan jiwa kita) dalam meniru kebenaran dan realiti kehidupan tertentu manusia. Semasa kita duduk sebagai penonton, kehadiran kita secara kolektif telah membentuk suatu komuniti. #stagelight #livetheatre #theatrelife #theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage #theatreworks #rumahlakonrm #Persatuanteatermalaysia #leadership #director #theatrefanmalaysia #theactorschannel #stageCraft #Performingartinmalaysia #nextgenstagedirectors #theatrethreesixty #beritateatermalaysia #suarateaternusantara #kakiseni #jomteater #teatermalaysia #beritateater #teatermemanusiakanmanusia #kakiseni

Comments

Popular Posts