VISI PENYUTRADARAAN

“Vision is the art of seeing things invisible” (Swift, J. 2019) yang bermaksud visi adalah keupayaan untuk melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh orang lain, dan menggunakan wawasan itu untuk mencipta sesuatu yang tidak pernah wujud sebelum ini. Ini adalah aspek penting dalam kejayaan, dan inilah yang membezakan orang yang paling berjaya daripada yang lain adalah kemampuan seorang sutradara untuk melihat sesuatu yang tidak kelihatan dalam penafsiran naskah drama. Pelakon menghidupkan watak yang kaku dari dalam naskah ke atas pentas, penyair mengekspresikan pandangannya terhadap alam sekelilingnya melalui pendeklamasian syair dan seorang penari mengekspresikan perasaan jiwa dan alam melalui gerak tubuhnya. Sutradara pula bertanggungjawab memberikan nyawa kepada sebuah cerita dalam naskah melalui gabungan elemen-elemen kreatif dan artistik yang dalam sebuah produksi. Kekuatan sebuah produksi sangat bergantung keupayaan pengurusan dan visi oleh seorang sutradara membentuk halatuju, kerjasama dan kesatuan dalam menggabungjalinkan semua elemen artistik dalam persembahan. Ini termasuklah analisis dan kajian naskah cerita, penentuan dan pemilihan pelakon yang tepat, kreativiti ahli tenaga produksi dan proses latihan yang tersusun. Alan Schneider (1987) melalui bukunya Entrances: An American Director’s Journey menyatakan bahawa: “A play…is like an iceberg, eight-ninths of which never rises above the surface of the water; but the size and shape of that one-ninth that does rise above the surface are always determined by the eight-ninths that remains below.” Tanggungjawab seorang sutradara adalah untuk memberikan nyawa kepada cerita dalam naskah. Seseorang yang dilantik sebagai sutradara mestilah berfikir sebagai seorang sutradara dan mempunyai visi yang jelas untuk produksi yang diarahkannya. Untuk menjadi seorang sutradara yang baik, seseorang itu mestilah rajin menonton sebanyak mungkin persembahan-persembahan teater yang ada untuk melihat gaya kepengarahan dan pendekatan yang digunakan. Sebagai sutradara, apabila sebuah naskah itu telah dipilih, ia mestilah mengkaji dan menganalisis naskah tersebut dari pelbagai sudut artistik; visual (penglihatan), kinetik (pergerakan) dan auditori (pendengaran). Catron dalam bukunya The Director’s Vision (1989) memetik kata-kata Robert Frost yang menyatakan bahawa; “the director is the dreamer of things that never were, envisioning a production that never was. No matter how often the play has been produced, the director with a vision sees each production as fresh and new.” #akubukanmanusiabaik #stagelight #livetheatre #theatrelife #theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage #theatreworks #rumahlakonrm #Persatuanteatermalaysia #leadership #director #theatrefanmalaysia #theactorschannel #stageCraft #Performingartinmalaysia #nextgenstagedirectors #theatrethreesixty #beritateatermalaysia #suarateaternusantara #kakiseni #jomteater #teatermalaysia #beritateater #teatermemanusiakanmanusia #kakiseni #teatersenjakala #pestateaterusm #seniusm

Comments

Popular Posts