ETIKA MENYERTAI PERTANDINGAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Baru-baru ini kecoh di sebuah daerah di negeri sebelah Pantai Timur mengenai segelintir peserta dalam satu pertandingan seni anjuran agensi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberikan oleh pihak juri. Habis meja juri dilambungnya, hilang rasa hormat kepada tetamu-tetamu yang turut hadir sama. Kesan akibat tindakan buruk itu bukan setakat tidak selesai di situ malah ia turut memberikan impak negatif di masa akan datang juga.
Walau apa pun isu yang timbul, bukan itu yang saya nak fokuskan. Saya ingin bercakap mengenai etika apabila menyertai pertandingan. Apabila kita bercadang untuk menyertai sesuatu pertandingan, tak kiralah bentuk pertandingan seni apa, beberapa perkara penting perlu difahami untuk mengelakkan kekecewaan dan kekecohan seperti yang berlaku ini. Berikut adalah beberapa perkara yang seharusnya difahami oleh peserta:
1. Peraturan Pertandingan:
Peserta perlu memahami sepenuhnya peraturan pertandingan sebelum mereka mendaftar untuk menyertainya. Ini termasuk penilaian, kriteria, dan sebarang peraturan teknikal yang berkaitan dengan pertandingan. Pemahaman yang jelas tentang peraturan akan membantu peserta mengetahui apa yang diharapkan daripada mereka.
2. Kriteria Penilaian:
Peserta perlu memahami kriteria penilaian yang digunakan oleh juri. Kriteria penilaian harus ditetapkan dengan jelas dan disosialisasikan kepada semua peserta sebelum pertandingan bermula. Peserta perlu tahu apa yang akan dinilai oleh juri dan bagaimana penilaian akan dilakukan. Peserta perlu berusaha untuk memenuhi semua kriteria ini semasa persembahan mereka. Sebaiknya sediakan rubrik penilaian yang khusus yang boleh diukur. Sebab ia melibatkan sebuah persembahan. Elakkan dari menyediakan kriteria penilaian umum dan bergantung kepada budi bicara juri. Penting untuk diingat bahawa pertandingan seni adalah subjektif, dan tidak semua orang akan bersetuju dengan keputusan juri. Namun, dengan pemahaman yang jelas tentang peraturan, kriteria penilaian, dan etika pertandingan, peserta dapat menyertai pertandingan dengan penuh yakin dan menghormati hasil penilaian juri.
3. Etika Pertandingan:
Peserta perlu memahami etika pertandingan yang melibatkan penghormatan kepada juri, peserta lain, dan penonton. Mereka seharusnya menghindari tindakan atau tingkah laku yang tidak profesional dalam pertandingan.
4. Persediaan yang Baik:
Sebelum pertandingan, peserta seharusnya berusaha untuk bersedia sebaik mungkin. Ini termasuk latihan yang mencukupi, penyelarasan kumpulan, dan paling utama adalah persediaan mental. Yang penting. jalani latihan yang mencukupi untuk memastikan anda tampil sebaik mungkin.
5. Sikap Terbuka kepada Kritikan:
Peserta seharusnya bersikap terbuka kepada kritikan dan penilaian juri. Jangan anggap diri terlalu hebat dan terbaik. Ini penting kerana kritikan konstruktif dapat membantu untuk memperbaiki persembahan pada masa depan. Tidak perlu menganggap penilaian juri sebagai serangan peribadi. Jangan persoalkan kredibiliti juri yang dilantik. Proses pemilihan juri haruslah berdasarkan kelayakan dan pengalaman dalam seni yang dipertandingkan. Juri juga hendaklah memahami budaya serta tradisi tempatan.
DAN USULAN KEPADA MANA-MANA AGENSI YANG INGIN MENJADI PENGANJUR - usahakanlah agar diwujudkan sesi dialog konstruktif antara pihak penganjur pertandingan, peserta, dan juri untuk memperbaiki proses pertandingan dan penilaian pada masa akan datang. Memang ia agak sensitif, bukan tidak pernah berlaku juri dibelasah oleh penonton atau peserta. Namun punca masalah ini perlu dikenalpasti dan dicari jalan penyelesaian, bukan membiarkan ia berlarutan. Jika kita benar-benar mahu melestarikan dan mengangkat kualiti seni dan budaya, jika kita benar-benar ikhlas mahu melahirkan penggiat yang berilmu, berdisiplin dan beretika maka sesi sebegini amat perlu dilaksanakan.
#akubukanmanusiabaik
#stagelight
#livetheatre
#theatrelife
#theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage
#theatreworks
#rumahlakonrm
#Persatuanteatermalaysia
#leadership
#director
#theatrefanmalaysia
#theactorschannel
#stageCraft
#Performingartinmalaysia
#nextgenstagedirectors
#theatrethreesixty
#beritateatermalaysia
#suarateaternusantara
#kakiseni
#jomteater
#teatermalaysia
#beritateater
#teatermemanusiakanmanusia
#kakiseni
#teatersenjakala
#pestateaterusm
#seniusm
Comments