INFLUENCER; THE GOOD, THE BAD & THE UGLY

Influencer adalah individu yang memiliki pengaruh besar dalam media sosial atau dalam komuniti tertentu yang dapat mempengaruhi pendapat, perilaku, atau keputusan orang lain. Influencer biasanya memiliki sejumlah pengikut yang besar, setia dan ta’asub dalam platform seperti Instagram, YouTube, Twitter, TikTok, atau blog peribadi. Mereka akan menghasilkan content yang berkaitan dengan minat atau niche tertentu, seperti fashion, makeup, makanan, gaming, dan macam-macam lagi. Kehadiran puak influencer ini ada baik dan buruknya khusus terhadap pembangunan sosial masyarakat. Sebagai influencer mereka boleh menggunakan platform media sosialnya untuk menerapkan dan meningkatkan kesedaran tentang isu-isu penting dan bermanfaat, memberikan informasi yang berguna dan memotivasikan pengikut mereka ke arah yang lebih positif. Mereka adalah sumber inspirasi kepada pengikut mereka. Mereka boleh berkongsi kisah kejayaan, kisah inspirasi, dan menyampaikan mesej positif yang dapat memotivasi orang lain untuk mencapai tujuan mereka. Influencer boleh mencipta dan membangunkan satu kelompok komuniti online yang mempunyai minat dan citarasa serupa, sekaligus mewujudkan rasa kesatuan dan keakraban sesama mereka, yang akhirnya mewujudkan pula suasana positif dan kesejahteraan sosial. Ada juga influencer yang menggunakan pengaruh mereka untuk mendukung kerja amal. Ini dapat membantu meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap pelbagai masalah sosial dan kemanusiaan yang berlaku di sekitar. Namun tidak kurang juga wujudnya puak influencer yang memberikan kesan dan pengaruh negatif terhadap pembangunan sosial masyarakat. Terdapat influencer yang menyalahgunakan pengaruh mereka secara tidak beretika seperti mempromosikan produk yang tidak selamat, merugikan, dan tidak kurang juga yang menyampaikan atau menyebarkan informasi palsu. Terdapat juga influencer yang menggalakkan budaya songsang, hedonisme, materialistik, mempromosikan gaya hidup berlebihan, membazir yang mendorong orang lain untuk membeli produk tertentu atau mengejar trending. Keadaan ini menyumbang kepada budaya pembaziran melampau. Akhirnya keadaan tersebut mewujudkan tekanan sosial kepada pengikutnya kerana kesukaran untuk mencapai standard kecantikan atau gaya hidup tertentu, dan akibatnya akan memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan harga diri. #sinar_my #beritaharian #mstaronline #mstaronlineofficial #stagelight #livetheatre #theatrelife #theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage #theatreworks #rumahlakonrm #Persatuanteatermalaysia #leadership #director #theatrefanmalaysia #theactorschannel #stageCraft #Performingartinmalaysia #nextgenstagedirectors #theatrethreesixty #beritateatermalaysia #suarateaternusantara #kakiseni #jomteater #teatermalaysia #beritateater #teatermemanusiakanmanusia #kakiseni #teatersenjakala #pestateaterusm #seniusm #akubukanmanusiabaik

Comments

Popular Posts