FUNGSI DAN PERANAN IPT YANG MENAWAR BIDANG PENGAJIAN TEATER
Begitu luas fungsi dan peranan drama dan teater tapi kat Malaysia, kita sebenarnya masih lagi berada pada tahap mengapresiasi sahaja...kalau nak kata kita dah melangkah setapak ke arah menjadikan teater berperanan sebagai agen pendidikan, agen perubahan sosial, teater sebagai terapi atau teater dalam pendidikan... masih terlalu jauh lagi.. bukan semua cikgu terdidik dengan ilmu teater pendidikan (educational theatre) pun... malah mereka tidak menggunakan perkataan `teater' pun dalam semua aspek kaedah simulasi yang dipelajarinya. Kalau setakat buat pertandingan teater sekolah2 itu masih di tahap untuk belajar mengapresiasi sahaja. Di universiti juga pengajian teater masih ditahap pendedahan dan pengaplikasian.. proses mengapresiasi masih jauh sekali. Kita melatih pelajar untuk mengetahui, memahami dan melaksana. Untuk menjadi pengapresiasi, pemikir, pengkritik atau usahawan seni masih agak jauh.
Cadangan saya agar semua IPT yang menawarkan bidang seni persembahan (lebih kurang 10 IPTA) duduk semeja dan membincangkan secara serius arah dan hala tuju bidang ini. Ke mana kita nak salurkan graduan seni ini. Sudah tiba masanya kita menetapkan dan mencatur laluan seni teater agar menjadi sebuah industri yang benar2 diyakini. Kita menentukan ke arah mana nak pergi. Penggiat di luar sana, mereka memerhati dan menunggu apa cadangan dan haluan mana nak pergi. Sejarah drama negara juga sudah membuktikan perkembangan, aliran dan haluan drama dan teater negara banyak digerakkan oleh para cendekiawan di maktab2 dan ipt.
Tepuk dada tanya selera
#livetheatre #worldtheatreday
#theatrelife #theatrelove
#theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage
#theatreworks
#rumahlakonrm
#instatheatre #Persatuanteatermalaysia
#director
#theatrefanmalaysia
#theactorschannel
#stageCraft
#Performingartinmalaysia
#nextgenstagedirectors
#theatrethreesixty
#beritateatermalaysia
#suarateaternusantara
#kakiseni
#jomteater
#teatermalaysia
#beritateater
#teatermemanusiakanmanusia
#kakiseni
#artsusm
Comments