TUGAS SUTRADARA

Menurut Mana Sikana (1983) dalam bukunya Esei & Kritikan Drama - Salah satu tugas sutradara adalah sebagai penterjemah. Tugas yang paling penting dan berat sebenarnya. Perlu menguasai ilmu dasar pendramaan (struktur, formalisme dan mekanisme drama). Proses menterjemah untuk membangunkan 'daya dramatik' dan 'kekaguman pendramaan'. Sutradara berhak membuat apa juga bentuk terjemahan terhadap naskah, asal sahaja tidak terkeluar dari pemikiran dan permasalahan asal penulisnya. Ini yang selalunya pelajar gagal melakukannya. Time buat FYP, ramai yg dtg jumpa nak ubah content dalam ceritalah, nak ubah dialog, plot cerita. Alasan plot cerita kurang menarik, bahasa terlalu susah nak difahami, dialog tak menarik, nak tokok tambah watak dan sebagainya. Its a no! No! Kau ingat skrip ni makcik kau punya? Kau ingat buat skrip ni semudah kau melepaskan angin dalam selimut? Kau ingat dialog tu disusun dan perkataan itu dipilih sesuka hati? Itu ilham dik oiii. Sesetengah yg berlakon sesuka hati nak olah dialog ikut sedap mulut dia. Konon dialog tu kurang sesuai, tak ikut sedap lidah dia. Oiii!! Itu dialog watak bukan dialog hang! Fahami aksi dramatik, bahasa dramatik dan lain2 unsur dramatik yang tak boleh ditambah atau dikurangkan. Hormati hak penulis. Itu yang ramai tak faham. Bukan tak diajar. Menterjemah tu maksudnya sutradara perlu cuba menghidupkan gambaran yang ingin didramakan sang penulis, menyelami isi batin naskah dan perasaan dalaman serta motif dalam jiwa penulis. Kalau kita lihat naskah Di Mana Bulan Selalu Retak (DMBSR), tulisan A Samad Said umpamanya. Sebuah karya yang sarat pemikirannya mengenai hubungan sebuah dunia dan manusia yang tidak dapat dipisahkan buruk dan baiknya. Bukan setakat sarat dengan pemikiran malah bahasanya panjang berjela, macam bahasa buku. Bahasa dialognya bukan seperti dialog harian. Pasti tak ramai pelajar yang mahu memilihnya sebagai naskah pilihan. Malah ada juga pensyarah yang tak rekomen pelajar memilihnya. Alasan tak menarik, susah. Pelik juga ada pensyarah yang berfikiran begitu . Kalau bapa da borek maka anak rintik laaa. Kalau nak ikut kehendak pelajar zaman skrg, kalau boleh mereka nak bahasa dialog macam dalam WhatsApp je . Puak depa je yg faham. Tapi itulah karya seorang Sasterawan Negara, sasterawan ulung yang memang hebat bahasa sasteranya. Memang drama adalah cerminan kehidupan. Tapi drama bukanlah kehidupan yang realiti. Hanya cerminan sahaja, memaparkan pilihan, apa yang mahu ditayangkan oleh penulis, bukan semuanya. Paparan itu pulak berbentuk dramatik. Fahamkan istilah dramatik. Ia bukan paparan realiti semata. Makanya masuklah maksud elemen kekaguman. Analogi mudah dalam filem Titanic. Kisah percintaan watak Jack Dawson dan Rose lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet. Kisah itu memang ada dalam sejarah tetapi sutradara memperbesar2kan kisah cinta mereka dengan pelbagai unsur kekaguman. Hingga bila orang bercakap pasal Titanic maka akan terus tergambar dua watak tersebutkan dengan lagunya sekali. Cara terbaik, banyakkanlah membaca dan menonton.. menonton pulak jangan genre yang kau minat sahaja. Pelbagaikan. Dengan memahami pelbagai genre, kau akan lebih kritis dan tahap apresiasi akan meningkat. Kau tak akan jumud. #stagelight #livetheatre #theatrelife #theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage #theatreworks #rumahlakonrm #Persatuanteatermalaysia #leadership #director #theatrefanmalaysia #theactorschannel #stageCraft #Performingartinmalaysia #nextgenstagedirectors #theatrethreesixty #beritateatermalaysia #suarateaternusantara #kakiseni #jomteater #teatermalaysia #beritateater #teatermemanusiakanmanusia #kakiseni

Comments

Popular Posts