TEATER +TEKNOLOGI MEDIA BAHARU = MAGICAL

TO BE SUCCESSFULL IN THIS NEW WORLD, EITHER THE ENGINEERS MUST BECOME POETS OR THE POET MUST BECOME ENGINEERS. (Norbert Wiener) Jantung sebuah pementasan teater adalah pelakon. Kehebatan pelakon bergantung kepada bakatnya. Itu tidak boleh dinafikan dan tidak boleh diganti sama sekali. Namun tidak boleh juga dinafikan bahawa perkembangan lakonan juga turut disertakan bersamanya perkembangan teknologi. Berlakon zaman awal teater telah menggunakan teknologi cahaya seperti matahari, berkembang kepada lilin, lampu minyak dan gasolin. Diikuti pula dgn kewujudan lampu elekrik sehinggalah sekarang. Bayangkanlah pelakon bermonolog dan bercakap dengan dirinya sendiri melalui avatarnya sendiri menggunakan VR atau AR? Ini yang dilakukan oleh kumpulan Royal Shakespeare Theater (RST) London. Mereka memperkenalkan dan mengangkat karya-karya agung Shakespeare kepada generasi muda melalui medium yang mereka sudah biasa dan terdedah. Teater dan media baharu telah memberikan revolusi dalam dunia seni persembahan. Penggunaan media baharu dalam teater telah membuka ruang baharu untuk interaksi dan ekspresi. Media baharu seperti virtual reality dan video 360 darjah, sedang mengubah cara teater dialami oleh penonton. Penggunaan teknologi telah membolehkan persembahan teater dicipta dan diedarkan secara global, menjadikannya boleh diakses oleh khalayak yang lebih luas. Ia memberikan pengalaman teater yang lebih mengasyikkan dan interaktif. Teknologi virtual reality membolehkan penonton bergerak melalui ruang dan berinteraksi dengan persekitaran dengan cara yang tidak mungkin dilakukan sebelum ini. Augmented reality boleh digunakan untuk mencipta persembahan interaktif di mana penonton boleh berinteraksi dengan elemen digital. Artis boleh mencipta dunia maya, menggunakan teknologi motion capture untuk mencipta animasi dan menggabungkan tayangan video ke dalam persembahan secara langsung. Bagaimanapun penggunaan media baharu dalam teater juga menimbulkan beberapa cabaran. Ia memerlukan tahap kepakaran teknikal yang tinggi dan pelaburan yang besar dalam peralatan dan infrastruktur. Ia juga memerlukan penyepaduan teknologi dan seni, yang kadangkala sukar untuk mencapai keseimbangannya. Selain itu, seperti biasa, akan ada pihak berpendapat bahawa penggunaan teknologi dalam teater boleh menjejaskan unsur hubungan langsung pelakon-penonton dalam sesebuah persembahan. Pada pendapat saya ia tidak akan menjadi masalah, selagi kita tahu akan duduk letak dan peranan teknologi dalam persembahan, menjelaskan dan menyesuaikan peranan teknologi dalam sesebuah pementasan. Jangan sesekali kita meletakkan teknologi sebagai keutamaan dan menguasai persembahan. Teater adalah sebuah kisah mengenai manusia dan kemanusiaaan. Yang utama adalah kisah dan pemikiran yang disampaikan. Bagaimana ia disampaikan, itu peranan teknologi untuk menyampaikan dengan menarik, berkesan dan menghiburkan. So, jangan sesekali mengenepikan atau menolak teknologi, nanti kita akan terus ketinggalan. Di sebalik cabaran ini, sesuai dengan perkembangan teknologi IR4.0, penggunaan media baharu dalam teater semakin popular dan berkemungkinan akan turut mewarnai dunia seni persembahan #stagelight #livetheatre #worldtheatreday #theatrelife #theatrelove #theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage #theatreworks #rumahlakonrm #instatheatre #Persatuanteatermalaysia #leadership #director #theatrefanmalaysia #thequarantinemonologues #theactorschannel #stageCraft #Performingartinmalaysia #nextgenstagedirectors #theatrethreesixty #beritateatermalaysia #suarateaternusantara #kakiseni #jomteater #teatermalaysia #beritateater #teatermemanusiakanmanusia #UoHCampus #kakiseni

Comments

Popular Posts