PENTAS HANYALAH SEKADAR PENTAS DAN BUKANNYA TEATER.
Anda nak buat teater tapi tak ada pentas yang sesuai? Jom kita fahami teater secara mudah.
Teater berasal dari perkataan Yunani iaitu `theatron' yang bermaksud tempat untuk melihat (seeing place). Ia adalah tempat yang istimewa. Panggung atau pentas ada bermacam jenis; prosenium, ladam kuda, arena, amphitheatre, fleksibel dan lain-lain. Namun ia semua hanyalah sekadar pentas dan ia masih bukan teater. Apabila ruangan atau pentas ini digunakan untuk memaparkan atau meniru kisah hidup dan pengalaman manusia dan disampaikan kepada penonton secara langsung, dan penonton mempelajari sesuatu mengenai dirinya dan orang lain (how, what why) maka pentas tersebut berubah menjadi pentas teater. Inilah yang dimaksudkan oleh Peter Brook sebagai; " it is the act of seeing and being seen."
Secara asasnya sebuah teater itu melibatkan 3 perkara utama iaitu pelakon, ruang dan penonton. Ruang ini sangat penting kerana ia merupakan ramuan utama teater iaitu melibatkan hubungan langsung antara pelakon dan penonton. Sejarah perkembangan teater juga banyak menyebut mengenai peranan dan evolusi ruang yang menghubungkan secara fizikal antara pelakon dan penonton.
Formula paling mudah untuk menjustifikasikan itu sebuah teater - "A man or woman stands in front of an audience in a special (or prepared) place and performs an action, usually interacting with another performer." (Barranger, 1995).
1. A man or woman stands in front of an audience: Teater melibatkan satu atau lebih individu samada lelaki atau wanita (bukannya binatang), yang berdiri di hadapan sekumpulan penonton. Mereka adalah para pelakon yang akan melakonkan watak atau melakukan aksi di atas pentas. Penonton pula menyedari peranan mereka sebagai penonton dan sedang menyaksikan sebuah persembahan.
2. In a special (or prepared) place: Persembahan teater biasanya terjadi di dalam ruangan khusus yang disediakan untuk tujuan ini (hatta di tangga pun boleh buat teater jika memenuhi syarat yang ditetapkan). Namun ruangan ini boleh sahaja (bukan wajib) dipersiapkan dengan pencahayaan, dekorasi, dan peralatan lain yang diperlukan untuk menyokong persembahan.
3. Performs an action: Pelakon-pelakon di atas pentas melakukan tindakan atau aksi (dirancang) yang sesuai dengan peranan mereka dalam cerita.
4. Usually interacting with another performer: Dalam kebanyakan persembahan teater, para pelakon berinteraksi antara satu sama lain. Mereka saling berhubungan antara satu sama lain dalam cerita atau senario yang sedang dipentaskan. Interaksi antara watak-watak ini pula menciptakan konflik atau perkembangan cerita.
JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA KEMUKAKAN. INSHA ALLAH YANG MANA MAMPU, SAYA AKAN CUBA RESPON DENGAN MENULIS MENGENAINYA (KENA BACA DAN MENELAAH DULU SUPAYA JAWAPAN ITU BERASASKAN FAKTA).
#stagelight
#livetheatre
#theatrelife
#theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage
#theatreworks
#rumahlakonrm
#Persatuanteatermalaysia
#leadership
#director
#theatrefanmalaysia
#theactorschannel
#stageCraft
#Performingartinmalaysia
#nextgenstagedirectors
#theatrethreesixty
#beritateatermalaysia
#suarateaternusantara
#kakiseni
#jomteater
#teatermalaysia
#beritateater
#teatermemanusiakanmanusia
#kakiseni
Comments