ULASAN BUKU TEATER 2

Membaca salah satu artikel dalam buku Drama Melayu 25 Tahun (1982), hasil tulisan Dinsman bertajuk Drama Melayu 25 Tahun Dari Sudut Kritikan, telah membuatkan saya berfikir mengapa senario sedemikian yang berlaku 41 tahun yang lalu masih lagi berlaku dalam abad 21 ini? Apa yang tertulis? Biar saya kongsikan. Menurut Dinsman; "Satu perkara yang sedang terjadi sekarang, dan ini juga merbahaya, ialah kebanyakan pengkritik-pengkritik muda terdiri dari pengarang drama, pengarah dan pelakon. Kita memerlukan pengkritik yang tidak terlibat dengan teater, tetapi amat berminat dan cinta kepada teater... golongan penonton tidak begitu mempedulikan kepada pendapat pengkritik teater. Sehingga ini pengkritik teater di Malaysia belum dapat mempengaruhi penonton dalam penilaian sesebuah karya teater. Penonton tidak begitu mempedulikan apa kata pengkritik, mereka tidak dapat diarah oleh pendapat-pendapat pengkritik, mereka lebih jujur dengan selera dan perasaan mereka sendiri... Barangkali ini ada hubungannya dengan kekacauan yang sedang berlaku dalam sistem nilai masyarakat kita sendiri...kurang sesuai dengan tradisi nilai masyarakat kita. Penilaian masyarakat kita terhadap teater amat berbeza dengan penilaian masyarakat Barat, kerana konsep teater dalam tradisi masyarakat kita juga cukup berbeza dengan konsep teater Barat." Kritikan teater yang berlaku masa kini, pada saya bukanlah satu kritikan tetapi lebih kepada ulasan dan pendapat peribadi semata-mata. Dan ulasan tersebut dibuat mengikut kehendak tradisi sistem nilai masyarakat Melayu - tidak akan mengkritik secara ikhlas dan jujur, lebih kepada ingin menjaga hati dan perasaan, ingin menjaga hubungan silaturahim agar berpanjangan. Hakikat yang masih tidak berubah dalam budaya orang Melayu. #stagelight #livetheatre #worldtheatreday #theatrelife #theatrelove #theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage #theatreworks #rumahlakonrm #instatheatre #Persatuanteatermalaysia #leadership #director #theatrefanmalaysia #thequarantinemonologues #theactorschannel #stageCraft #Performingartinmalaysia #nextgenstagedirectors #theatrethreesixty #beritateatermalaysia #suarateaternusantara #kakiseni #jomteater #teatermalaysia #beritateater #teatermemanusiakanmanusia #UoHCampus #kakiseni #artsusm

Comments

Popular Posts