Puisidra (Puisi Drama)
Puisidra adalah persembahan puisi yang disertai dengan lakonan. Puisi adalah bahannya manakala puisidra adalah alat persembahannya. Istilah puisidra atau puisidrama bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia pementasan teater. Sejak zaman Yuunani lagi telah kelihatan unsur-unsur puisi dra ini. Dalam upacara penyembahan terhadap dewa Dionysus akan dilakukan upacara yang diiringi dengan tarian dan nyanyian semasa mengelilingi pelantar biara Dionysus. Seorang ketua agama akan bercerita tentang kisah-kisah suci yang diambil dari dongeng Ode. Selepas itu ia disusuli dengan sayembara deklamasi puisi. Tokoh tokoh penyair akan tampil menyampaikan puisinya dengan pelbagai gaya tersendiri yang melibatkan ekspresi wajah dan pergerakan anggota badan. Di barat abad 19 telah wujud bentuk pementasan berunsurkan puisi yang dikenali sebagai poetic drama. Pementasan ketika itu banyak bersifat mendeklamasikan lakon seperti Shakespeare dan Lady Gregory telah menghasilkan persembahan puisi yang digabungkan dengan teknik pendramaan. Ketika itu bentuk persembahan yang menggabungkan elemen puisi dan drama amat popular sehinggakan kebanyakan karya yang dihasilkan oleh Shakespeare dianggap sebagai poetic tragedi dan poetic komedi. Begitu juga dalam abad 20 beberapa orang tokoh dramatis telah menghasilkan drama puisi seperti John Masefield (Tragedy of Nan & (Drinkwater Rebellion), Gordon (Bottomley Gruach) dan T.S. Elliot (Murder in the Cathedral).
#akubukanmanusiabaik
#stagelight
#livetheatre
#theatrelife
#theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage
#theatreworks
#rumahlakonrm
#Persatuanteatermalaysia
#leadership
#director
#theatrefanmalaysia
#theactorschannel
#stageCraft
#Performingartinmalaysia
#nextgenstagedirectors
#theatrethreesixty
#beritateatermalaysia
#suarateaternusantara
#kakiseni
#jomteater
#teatermalaysia
#beritateater
#teatermemanusiakanmanusia
#kakiseni
#teatersenjakala
#pestateaterusm
#seniusm
Comments