TEATER SENJAKALA - PESTA TEATER USM 2023
PESTA TEATER USM datang lagi... sudah menjadi tanggungjawab utama kepada warga Bahagian Drama Pusat Pengajian Seni USM untuk menggalas tanggungjawab melestarikan naskah novel-novel lama penulis dari wilayah utara Semenanjung Malaysia. Daripada Seorang Tua Di Kaki Gunung karya (Azizi Hj Abdullah), seterusnya TiVi (Shahnon Ahmad), diikuti pula Musafir (Hasan Ali) dan bakal menyusul Senjakala (Baharuddin Kahar).
Mementaskan naskah-naskah novel lama ke dalam bentuk pementasan teater adalah salah satu cara yang baik untuk melestarikan karya kesusasteraan lama. Ini dapat memberikan satu kesempatan baru kepada karya kesusasterasan lama untuk diapresiasi oleh khalayak yang lebih luas terutama kepada generasi muda. Pementasan teater adalah kaedah yang efektif untuk memperkenalkan karya-karya lama kepada generasi muda yang mungkin tidak pernah, tidak berpeluang atau mungkin malas untuk membaca novel yang asal. Melalui pementasan teater, kita dapat menginterpretasikan karya-karya lama dengan cara yang berbeza. Sutradara juga dapat memberikan sudut pandangan baru dan menghadirkan nuansa yang berbeza, sehingga membolehkan penonton untuk melihat karya tersebut dari perspektif yang berbeza dan segar. Melalui bentuk pementasan teater yang menggabungkan elemen-elemen seperti lakonan, muzik, dan visual dapat menciptakan pengalaman yang mendalam, malah mesej dalam karya juga dapat disampaikan dengan lebih baik dan beremosional. Beberapa karya kesusasteraan lama memiliki nilai sejarah dan budaya yang tinggi, dan melalui pementasan teater, kita dapat melestarikan warisan budaya kita dengan lebih berkesan. Pementasan teater dapat memicu kembali minat terhadap sastera dan mendorong penonton untuk membaca karya-karya asal atau menggali lebih mendalam karya-karya penulis tersebut. Namun, perkara paling pokok, yang paling utama dan penting dalam proses penterjemahan ini adalah memastikan bahawa pementasan teater itu dilakukan dengan penuh rasa hormat terhadap naskah asal dan visi penulisnya.
Dikongsikan sedikit kandungan cerita dalam teater SENJAKALA ini.
Bila satu-satunya anak dara Kinto disahkan hanya mampu hidup beberapa bulan sahaja lagi, hati Kinto hancur. Sudahlah Kinto kematian isteri tercinta, kini terpaksa berhadapan pula dengan kemungkinan anaknya juga turut pergi selama-lamanya.
Tapi bila anaknya mengidam daging rusa, pada Kinto, itulah peluang terakhir Kinto berbakti sebagai ayah. Meskipun dihambat usia dan pelbagai cabaran, Kinto tetap berusaha memburu rusa demi anaknya.
Berjayakah Kinto memenuhi hasrat anaknya?
TEATER 'SENJAKALA'
Adaptasi Novel BAHARUDDIN KAHAR
Arahan AZRUL AZIZI AMIRUL
Karya FATIMAH MANAF
27, 28 & 29 Oktober 2023
8.30 malam
Panggung Pelinggam Cahaya, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia
RM 30 (Dewasa)
RM 20 (Pelajar)
Klik pautan ini untuk tiket :
https://upay.usm.my/teater
Pertanyaan :
IG pesta_teater_usm
Whatsapp +601125004059
#stagelight
#livetheatre
#theatrelife
#theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage
#theatreworks
#rumahlakonrm
#Persatuanteatermalaysia
#leadership
#director
#theatrefanmalaysia
#theactorschannel
#stageCraft
#Performingartinmalaysia
#nextgenstagedirectors
#theatrethreesixty
#beritateatermalaysia
#suarateaternusantara
#kakiseni
#jomteater
#teatermalaysia
#beritateater
#teatermemanusiakanmanusia
#kakiseni
#teatersenjakala
#pestateaterusm
#seniusm
#akubukanmanusiabaik
Comments