ULASAN BUKU TEATER

Mungkin bagi sesetengah orang tak begitu gemar kepada tulisan tokoh ini tapi saya ada pandangan berbeza. Sejak dulu saya tak pernah jemu membaca tulisan Dr Mana Sikana. Saya berpeluang mengenali beliau ketika saya belajar Ijazah pertama di UKM. Mungkin kerana beliau kurang membuat pementasan berbanding tokoh2 yang lain makanya dia dianggap kurang layak untuk bercakap atau mengkritik sesebuah drama atau pementasan teater? Pada saya, masing2 ada kelebihannya sendiri. Setiap orang ada kehebatan ilmunya. Untuk menjadi seorang pengkritik drama, yang paling utama adalah pemilikan ilmu drama dan teater serta keupayaan mengapresiasi drama dan teater, selain pengalaman pementasan. Selain Rahmah Bujang, Solehah Ishak (sekadar menyebut beberapa nama), Mana Sikana banyak menulis BUKU berkaitan teater dalam bahasa melayu. Apatah lagi, sekarang ni susah nak cari buku rujukan teater dalam bahasa Melayu. Ramai tokoh dramatis hebat negara yang dah tiada. Pada saya itu satu bonus buat kita yang hauskan rujukan berbahasa Melayu. Salah satu buku yang saya sering ulang baca ialah buku ini. Banyak kompilasi esei pelbagai topik dikupas di dalamnya antaranya tatacara dan kaedah mengkritik drama, sejarah perkembangan drama negara. Yang paling Siok ialah kaedah kritikan dramanya. Beliau banyak memberikan contoh pendekatan kritikan teks yang memang sangat jarang dapat kita baca sekarang ni. Tidak dinafikan memang terdapat maklumat di dalamnya yang dianggap sudah outdated, maklumlah buku ni terbitan 1983, tapi itu bukan bermakna maklumat itu tidak relevan lagi. Ia amat berguna terutama kepada penggiat teater kontemporari masakini yang kebanyakan belum lahir waktu tu. Dengan membacanya kita boleh mengetahui senario perkembangan pemikiran drama dan teater zaman tersebut. Cara nak memartabatkan teater, wajib kpd semua yang mengaku menjadi pengamal drama teater untuk mengambil tahu sejarah perkembangan drama teater negara kita sendiri. Dengan mengetahui sejarah asal usul, akan memudahkan kita UTK menetapkan misi dan objektif perjuangan teater. Itu asasnya. Umpama pokok dengan akar. Dengan akar yang sihat sahaja akan menjadikan pohonnya kukuh, dahannya kuat dan daunnya yang lebat. #stagelight #livetheatre #theatrelife #theatre #stagedirector #teaterberilmu #stage #theatreworks #rumahlakonrm #instatheatre #Persatuanteatermalaysia #leadership #director #theatrefanmalaysia #theactorschannel #stageCraft #Performingartinmalaysia #nextgenstagedirectors #theatrethreesixty #beritateatermalaysia #suarateaternusantara #kakiseni #jomteater #teatermalaysia #beritateater #teatermemanusiakanmanusia #kakiseni

Comments

Popular Posts