GRADUAN...APAKAH PERANAN ANDA SELEPAS INI?
Sepanjang tempoh hujung tahun ini, kerap kita lihat dalam sosmed, para mahasiswa/i yang memuat naik gambar graduasi masing-masing sebagai kenangan. Al-maklumlah, setelah tiga hingga empat tahun bergelumang dengan buku, esei dan tugasan bagai, menempuh liku-liku kehidupan kampus yang berbagai ragam; ada sedih, pilu, dan gembira. Tidak kurang juga yang tersangkut di tengah jalan. Kepada yang tidak berjaya menamatkan pengajian, jangan anggap ia sebagai jalan pengakhiran kamu. Bangun kembali, teruskan pengajian jika berkemampuan. Bagi yang kurang berkemampuan, mulakan langkah ke arah laluan lain. Hidup ini banyak pilihan dan jalannya. Hidup ini tiada noktahnya, selagi nyawa dikandung badan. Jangan pernah patah semangat dan bosan mencari ilmu pengetahuan kerana ia akan menghalang kepada kejayaan anda. Bagi yang telah berjaya mengharungi liku perjalanan kampus sehingga ke penghujung tahap...tahniah diucapkan. Kepada yang mencintai ilmu, teruskan perjalanan menimba ilmu, sambung pengajian anda ke peringkat tertinggi. Ilmu tidak pernahnya bersifat obsolete.Tidak ada istilah berhenti untuk menuntut ilmu, kerana setiap saat sampai kita meninggal dunia, kita selalu memerlukan ilmu. Ilmu adalah pelaburan berharga untuk masa hadapan.
Sebagai graduan, tugas anda yang pertama adalah membuat refleksi diri. Apa yang anda lakukan sepanjang tempoh pengajian selama tiga atau empat tahun? Adalah anda sudah berjaya mentransformasikan diri anda daripada seorang budak hingusan kepada seorang yang berakal dan berilmu? Lihat diri anda di cermin. Tanya soalan adalah aku sudah berubah? Adalah aku sudah bersedia untuk menjalani kehidupan sebenar? Belajar di pusat pengajian tinggi memiliki banyak kepentingan dalam membina sahsiah diri seseorang. Pusat pengajian tinggi menyediakan laluan kepada pengetahuan dan kemahiran yang mendalam dalam bidang pengajian tertentu. Melalui pendidikan tinggi, seseorang itu dapat mengembangkan pemahaman yang lebih baik tentang dunia dan memperolehi kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di dalam kerjaya pilihan mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran di pengajian tinggi mendorong kepada perkembangan kemampuan menganalisis dan membina pemikiran yang kritis. Mahasiswa diajar untuk menilai dan menganalisis informasi, mengajukan pertanyaan, dan mengembangkan kritikan secara fakta, yang merupakan kemahiran penting dalam kehidupan profesional dan sosial. Pengalaman pembelajaran pengajian tinggi tidak hanya tertumpu kepada bidang akademik semata, tetapi juga melibatkan interaksi dan perhubungan dengan berbagai latar belakang dan nilai. Ini membantu dalam pembentukan perwatakan seseorang, memperluaskan sudut pandangan atau perspektif, dan membantu dalam memahami dan menghargai kepelbagaian. Interaksi baik di dalam atau di luar kuliah, pembentangan, dan projek berkelompok dapat membantu dalam pengembangan kemampuan komunikasi. Ini melibatkan kebolehan berkomunikasi, menulis, dan berhubung secara efektif dengan kelompok yang pelbagai. Disamping itu juga, ia dapat membantu meningkatkan kepercayaan diri.
Kehidupan mahasiswa di pusat pengajian tinggi menuntut kepada pengurusan waktu yang efektif untuk menyeimbangkan tuntutan akademik, aktiviti sosial, dan mungkin juga pekerjaan separuh masa (part-time). Keupayaan mengurus ini sangat bernilai untuk kehidupan.Selain itu juga banyak tugasan semasa penghajian yang memerlukan hubungan kerjasama dalam kelompok. Ini dapat membantu dalam pengembangan kemahiran berkolaborasi, pengurusan konflik, dan kerjasama dalam kumpulan. Sepanjang tempoh pengajian mahasiswa sangat digalakkan untuk terlibat dalam projek atau program yang dapat membantu mereka memahami budaya kerja dalam pelbagai industri. Ini dapat mempersiapkan mereka untuk berdepan dengan dunia pekerjaan di masa akan datang. Kehidupan dalam kampus dan kebolehan untuk menguruskan tanggungjawab dapat membantu mahasiswa untuk menjadi individu yang mandiri. Mereka belajar untuk mengatur masa dan waktu, mengurus kewangan, dan membuat keputusan-keputusan penting. Suasana dalam kampus dapat memberikan pengajaran di mana mahasiswa dihadapkan dengan masalah dan tugas yang memerlukan pemikiran kreatif dan inovatif. Ini membantu dalam mengasah kemampuan mahasiswa untuk menyelesaikan masalah.
Secara keseluruhan, belajar di pusat pengajian tinggi merupakan satu pengalaman holistik yang tidak hanya membentuk sisi akademik seseorang tetapi juga membantu dalam pengembangan aspek sosial, emosional, dan praktis yang mendukung pembentukan sahsiah diri yang kuat.
Namun setelah bergraduasi, timbul satu lagi persoalan. Apakah yang perlu dilakukan oleh mahasiswa setelah bergraduasi? Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dalam Utusan Malaysia 18 April 2023 menyatakan bahawa mahasiswa merupakan generasi pelapis yang akan mewarisi khazanah negara dan juga mencoraknya sebagai seorang pemimpin pada masa hadapan. Justeru mahasiswa memiliki peranan dan tanggung jawab tertentu dalam membentuk diri mereka dan memberikan kontribusi positif pada masyarakat.
Graduan seharusnya sudah mula berfikir untuk mengatur perbelanjaan dan kewangan kehidupan dengan cara yang bijaksana. Pinjaman pendidikan seperti PTPTN perlulah dibayar semula, membuat pelaburan sesuai untuk merencanakan perjalanan masa depan yang baik. Graduan seharusnya mula memberikan fokus pada pengembangan kerjaya profesional mereka. Ini melibatkan proses pencarian bidang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian, mengikuti latihan-latihan lanjutan, dan seterusnya mengembangkan keterampilan yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. Mungkin terdapat juga kelompok mahasiswa yang bercadang untuk memilih melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau mengambil sebarang kursus tambahan dalam meningkatkan kebolehan dan kepakaran mereka. Ia perlu diteruskan kerana pengembangan diri melalui pembelajaran sepanjang hayat ini sangat penting malah relevan dalam dunia yang senantiasa berubah.
Para graduan juga diharapkan agar mampu menjadi warga global yang peka, memahami isu-isu global, dan menyumbang kepada cadangan solusi yang positif. Mereka perlu terlibat dalam kegiatan kesukarelawan atau organisasi yang memfokus kepada pembangunan sejagat dan perdamaian dunia. Menyumbang semula kepada masyarakat adalah peranan paling penting yang perlu dilaksanakan oleh para graduan. Mereka boleh sahaja terlibat dalam apa jua projek amal yang menyumbang kepada masyarakat, dan menjadi mentor kepada generasi yang lebih muda. Graduan juga seharusnya berusaha untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dalam masyarakat. Ia melibatkan proses pengembangan kepemimpinan, penglibatan dalam kegiatan kemasayarakat dan sosial, dan menyumbang secara positif khususnya kepada komuniti setempat. Para graduan diharapkan agar senantiasa berpegang pada nilai-nilai etika dan moral dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka. Integriti dan kejujuran adalah aspek-aspek yang perlu dihargai dan diamalkan. Selain kemahiran praktikal, graduan juga perlu mengembangkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerjasama berpasukan, dan penyelesaian masalah. Kemahiran ini penting dalam memastikan kejayaan baik di dunia profesional mahupun sosial. Justeru graduan harus menjaga kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental mereka. Ia termasuklah pengambilan makanan yang sihat, kesihatan dan senaman yang teratur serta menjaga perhubungan sosial yang sihat. Kesihatan yang baik menjadi asas kepada semua aspek kehidupan.
Dengan menjalankan peranan-peranan ini, graduan bukan sahaja dapat membantu menciptakan kesan positif dalam kehidupan mereka sendiri malah juga memberikan impak dalam membina sebuah masyarakat yang dinamik dan cemerlang.
Tahniah kepada semua yang bergraduasi. Semoga anda terus cemerlang dalam apa jua lapangan diceburi.
#akubukanmanusiabaik
#stagelight
#livetheatre
#theatrelife
#theatre
#stagedirector
#teaterberilmu
#stage
#theatreworks
#rumahlakonrm
#Persatuanteatermalaysia
#leadership
#director
#theatrefanmalaysia
#theactorschannel
#stageCraft
#Performingartinmalaysia
#nextgenstagedirectors
#theatrethreesixty
#beritateatermalaysia
#suarateaternusantara
#kakiseni
#jomteater
#teatermalaysia
#beritateater
#teatermemanusiakanmanusia
#kakiseni
#teatersenjakala
#pestateaterusm
#seniusm
Comments